Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Return to Langkawi : Part 1

Langkawi.

Kali terakhir kami di sini adalah ketika honeymoon 8 tahun lalu. Betapa cepatnya masa berlalu. Sepanjang 8 tahun perkahwinan kami terlalu banyak nikmat yang dikurnia Allah, satu demi satu dan susunannya cantik sekali. Alhamdulillah.

Bertolak dari Sungai Petani kira kira jam 5.00 pagi , kami sampai di Jeti Kuala Perlis kira kira jam 7 lebih dan berjaya cari tempat parking. Tiket jam 9.30 dibeli supaya kami sempat duduk kejap dan sarapan sambil memberi laluan kepada beberapa rombongan dari segenap penjuru negara untuk masuk berbondong bondong pada feri feri awal waktu.

Sampai di sana kira kira tengahari tanpa melalui sebarang gelora dan ombak besar di lautan, kami makan lunch di Jeti Langkawi sebelum ambil teksi ke hotel. Harga perjalanan teksi standard dah ditetapkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

The Lanai. Hotel yang kami tempah melalui Agoda pada malam sepenuhnya. Agak last minit, namun nasib baik ada lagi bilik kosong. Pandangan peribadi saya, The Lanai perlukan banyak plan improvement untuk kasi lagi value for money pada pelanggan. Attention to details yang akan kasi extra keselesaan pada pengunjung.

Sebaik saja check in dan letak beg di bilik, kami keluar semula untuk cari motosikal utk disewa. Pantai Tengah tidaklah se’happening’ Pantai Cenang , namun saya agak suka dengan rasa tidak ramai orang itu. Motosikal disewa dan kami pun meronda sakan malam tu untuk dinner di Pantai Cenang.

Ketam Goreng Bercili di Sandy Beach Resort terlalu sedap. Rasa isi nya yang crunchy, di salut dengan kuah cilinya memang membuatkan saya berkata pada isteri : ” Ayang, sebelum balik kita kena mai lagi pekena ni”

Sebelum balik, kami berhasil mencari package Island Hopping.

Esoknya kami bergerak awal pagi dijemput di lobi untuk memulakan adventure Island Hopping yang cover Pulau Dayang Bunting sehinggalah ke Pulau Beras Basah. Sempat juga kami terjun mandi di Tasik Dayang Bunting walaupun agak ramai orang di situ🙂 Begitu juga di Pulau Beras Basah pun sama sama terjun tiruk dalam air laut. Adventur menjadi kenyataan bila on the way balik kami di’sapa’ dengan ombak tinggi dan angin kuat yang membuatkan kami melambung lambung dalam bot dan ada gak penumpang lain yang menangis kerna takut. Namun Alhamdulillah kami selamat sampai di darat🙂

DSCF1018 DSCF1027 DSCF1029 DSCF1036 DSCF1037 DSCF1046 DSCF1047 DSCF1056 DSCF1057 DSCF1058 DSCF1062 DSCF1063 DSCF1064 DSCF1067 DSCF1068 DSCF1074 DSCF1075 DSCF1078 DSCF1079 DSCF1080 DSCF1081 DSCF1098 DSCF1102 DSCF1112 DSCF1114 DSCF1118 DSCF1131 DSCF1132 DSCF1133 DSCF1135

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s