Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Return to Langkawi : Part 2

Salam !

Sambungan dari Part 1🙂

Selepas seharian pi meronda island hopping, keesokkan harinya kami spend masa ronda ronda Langkawi menaiki motosikal.

Lupa plak yang Langkawi ni adalah pulau terbesar di Malaysia, so tak le tergamak nak ronda pusing sepenuhnya hihi, so dari Pantai Tengah kami cuma naik hingga ke Telok Datai, dan singgah sebentar di Oriental Village. Ingat nak naik cable car, namun bila kami sampai tuu dia line beraturnya panjang berjela, so tak jadi la nak naik. Lagipun dah naik dah masa honeymoon lalu.

Malam tu kami meronda lagi, makan lagi , have a nice massage session together dan berhasil mendapatkan pakej Kilim Geopark Tour.

Esoknya kami dijemput dari lobi hotel, dengan van yang dipandu penuh sopan dan berhemah dan kami sampai jeti kira kira jam 1030 pagi. Kami beramai ramai menaiki boat yang dikendali oleh sorang brader yang sungguh bagus PRnya dan sungguh cekap kendalian boatnya. Kelakar dan very informative.

Kembara di Kilim Geopark ni satu adventur yang lain dari yang lain. Keaslian hutan paya bakaunya, kejernihan air sungainya, keunikan susunan batu batu nya , kemachoan helang helang menjunam menyambar ikan di permukaan airnya, kebiruan langitnya, kecuakkan momentari sewaktu menelusuri Gua Sarang Buaya dan Gua Kelawar memang sukar dilupakan🙂

Petangnya saya kasi class menunggang motosikal kepada isteri saya dan malamnya kami just jalan kaki dari The Lanai ke hotel Holiday Villa bersebelahan untuk duduk minum kopi dan makan aiskrim ditemani oleh candle light yang aman damai bersama bunyi ombak.

Esoknya sebelum balik, sempat lagi ke Sandy Beach Resort pekena dia punya Ketam Goreng Bercili.

Pehh.

Secara summary : Langkawi Tour 2013 memang best !

Nota : Gambar2 diambil menggunakan Fuji X100s dan Fuji X1o, dan diprocess sepenuhnya oleh LR3 dan VSCO Film

 

DSCF1169 DSCF1177 DSCF1186 DSCF1189 DSCF1195 DSCF1197 DSCF1199 DSCF1200 DSCF1207 DSCF1209 DSCF1211 DSCF1212 DSCF1214 DSCF1215 DSCF1224

DSCF1640 DSCF1655 DSCF1658 DSCF1663 DSCF1675 DSCF1681 DSCF1699

DSCF1233 DSCF1237 DSCF1238 DSCF1239 DSCF1244 DSCF1247 DSCF1250 DSCF1255 DSCF1260 DSCF1264 DSCF1266 DSCF1267 DSCF1270 DSCF1272 DSCF1273 DSCF1275 DSCF1279 DSCF1284 DSCF1288 DSCF1290

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s