Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Latest

Throwback #1 : Cherating 2015

Assalamualaikum semua !Maaf ya, ini adalah kiranya post yang pertama untuk tahun 2016 yang sudah mengufuk ke hujung April yang indah. Perubahan perubahan berskala besar dalam hidup datang dan perlu dirai, perlu didakap, perlu dihadam sebagai priority dalam hidup.Bila sudah kira stabil, baru sempat saya mencuri masa yang tertiris untuk menjengah dan membuat bunga bunga baru dalam blog yang sudah lama ditinggalkan ini :)Cherating dilawati kira kira hujung tahun lepas, sebagai meraikan persediaan untuk menerima amanah yang besar dari Allah SWT dalam hidup kami berdua. Zaujah sudah hampir ke bulan ke 7 dalam membawa kandungannya, dan untuk menenangkan hati , pantai Cherating pilihan kami.Hati kami terasa sakit pedih melihat alam diperkosa rakus oleh kapitalis bauksit merah di dalam perjalanan ke Cherating, meninggalkan jejak jejak debu halus kehancuran yang berwarna merah di merata rata jalan, dinding rumah, bumbung kedai, batang pokok. Doa pada Tuhan agar mereka diberikan kesedaran dan balasan supaya mereka sedar akan kesan ketamakan mereka pada bumi Allah ini.Cuaca di Cherating panas ketika kami sampai, dan untuk kali keduanya kami check in di The Legend Resort. Diuji dengan mendapat bilik yang bermasalah, pihak pengurusannya mengambil langkah bijak untuk menaiktaraf bilik kami setelah ditegur oleh saya di meja check in. Alhamdulillah, bilik yang baru dinaiktaraf selesa , mempunyai balkoni yang boleh dibuka mengadap laut lepas sambil dengar desir daun kelapa.Kesempatan yang ada diambil untuk meneroka Kuala Kemaman yang agak hampir dengan kami di situ. Pengalaman pertama merasa sata segar memang mengujakan di Warung Aziz Satar, dan meneroka sebentar ke perkampungan nelayan yang berdekatan. Juga turut singgah berehat sebentar membenamkan kaki dalam pasir putih pantai sambil minum cocktail kelapa muda di Awana Kijal.Itu saja setakat ini, moga Allah kasi kesempatan untuk update lagi 🙂 Banyak ‘throwback’ yang perlu dibuat dalam blog ini :)Tata.

DSC_0011DSC_0012DSC_0019DSC_0034DSC_0041DSC_0043DSC_0045DSC_0046DSC_0051DSC_0052DSC_0055DSC_0068DSC_0071DSC_0072DSC_0075DSC_0076DSC_0084DSC_0085DSC_0089DSC_0097DSC_0106DSC_0129DSC_0132DSC_0142DSC_0148DSC_0150DSC_0153