Iphoneography : Batu Caves 2013
Salam and happy new year !
Tangga Batu Caves memang curam. Jika kita berada betul betul di bawah permulaan pada siri tangga ke pintu gua yang terletak di atas, kita memang dapat rasa kecuraman ratusan anak tangga itu.
Selain dari google info berkenaan dengan Batu Caves, pada pendapat saya lagi satu cara untuk mendapatkan info mengenai sejarah Batu Caves adalah dengan bertanya kepada para pelawat kaum India yang saban waktu datang ke situ.
Sejarah yang diwarisi ceritanya dari turun temurun, memberi input tentang tempat itu. Batu Caves sudah menjadi tempat yang boleh dilawati oleh semua orang sekarang. Ramai pelancong asing, dari pelancong British yang memakai sandal dan seluar pendek menggalas backpack, mahupun pelancong dari Arab yang berjubah putih dan juga ada saya jumpa sami Budha yang membawa smartphone pun turut bergambar mengabadikan kenangan dalam gua batu kapur ini.
Lelah menaiki tangga tak terasa kerana kami berhenti 4-5 kali (atau lebih) untuk mengambil gambar di sepanjang perjalanan naik ke atas. (atau buat buat stop amek gambar sebab semput maybe hehe). Tua muda miskin kaya membawa keluarga masing masing untuk naik ke sana, yang kecil didokong dan yang bisa berjalan sendiri sudah mula bertatih naik ke atas sambil tangan dipimpin ibu bapa.
Bila Thaipusam menjelma pada 17 Januari setiap tahun, kurang lebih sejuta pengunjung akan ke sini untuk perayaan yang antara highlight perayaan tersebut adalah pembawa pembawa kavadi.
Semua gambar gambar dalam siri ini diambil dengan menggunakan Iphone sahaja dan diprocess dengan menggunakan apps Snapseed.
Enjoy the pictures !
Leave a comment