Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Posts tagged “Pulau Tioman

Pulau Tioman Family Retreat ( Part 2)

Salam kawan kawan,

Pengalaman tinggal di Panuba Inn memang best. One of the most significant value that we got from the vacation package is the FOOD. Kat Panuba bagi saya, makan memang berbaloi. Malam pertama yang kami datang di situ, dalam pukul 8 malam kami dijemput untuk dinner BBQ. Makan sakan kami malam tu. Antara yang dihidangkan ialah nasik, kepak ayam panggang, ikan segar bakar , some western food.  Ikan bakar dia – memang segar. Seriously. Terbaek dari ladang. Kalau tak kami berlima takde makan sampai 15-16 ekor ikan kembong – ratah sambil cicah sama dia punya sambal kicap. Peh.

Keesokan harinya kami dibawa ke beberapa tempat untuk aktiviti snorkeling. Berdasarkan pengalaman saya yang lalu, memang terbakar kulit la kalo gi snorkeling tak pakai sun block lotion. So sebelum turun ke pantai – masing masing sibuk menenyeh sun block lotion kat muka, tangan, kaki :) Once saya tak pakai sun block masa saya berkayak di Pulau Pangkor menyebabkan saya tak dapat tido malam tu sebab kulit rasa burning kaw kaw. So, lesson learned.

Berhenti sebentar untuk lunch di Pantai Salang dalam ekspedisi snorkeling. Food was surprisingly good and delicious di situ ( malangnya saya tak ingat apa nama restoran tu). Duduk di bawah pokok kelapa sambil dihembus angin laut sambil memakan nasik goreng nya. Harganya tak le semahal yang saya sangkakan – affordable. Masa kami makan tu mostly di pantai kelihatan banyak foreigner lepak sun bathing.

But bagi saya yang dah pergi snorkeling di most pulau pulau kat Malaysia ni – Pulau Pangkor, Pulau Redang, Pulau Perhentian Kechil dan Besar – saya agak gusar dengan keadaan terumbu karang di Pulau Tioman ni – mostly karangnya dah mati – tidak sewarna warni seperti yang saya lihat dalam dasar laut sekitar pulau laen. Bagi saya – setakat ni Pulau Redang lah yang paling best ! ( merancang nak repeat lagi ke sana nanti hihi)

Petang tu saya mengajak semua keluarga untuk bersiap lawa lawa utk lepak mengambil family potrait di pantai. Bukan selalu kami dapat berkumpul macam ni. Suasana damai dan tenang kat pantai tu memang memberikan ekstra happy mood bagi kami untuk bergaya depan lensa.

Malam menjelma tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar Panuba Inn. Pantai nya yang private mungkin bukan tempat kepada mereka yang ingin kan suasana happening. So saya dan keluarga lepak untuk mengambil gambar di Jetty Panuba Inn ( sambil mama tengok ulangan Maharaja Lawak di Youtube). Maxis dan Celcom di sini – full bar 3G- don’t worry. Kalau nak guna internet di sini agak mahal – RM12 sejam tu pun penuh ngan Mat Salleh yang berkumpul ramai ramai mengupdatekan facebook mereka dengan gambar gambar percution depa di Tioman.

Sebelum balik tu, kami mandi puas puas dari lepas kami brekpes sampai la pukul 12 tengahari. Ambik ko. Makan tengah hari tu pun best – sebab kita leh order apa saya ( memula tu saya tak percaya gak –too good to be true) untuk lunch. Maka pukul 1 pm sebelum kami balik kami pun membedal lunch yang dipreorder sebelum tu – sotong goreng tepung, ikan goreng, ikan masak asam, sup sayur, udang goreng bawang – siap ada buah buahan potong yang sejuk sebagai dessert.

Terbaek lah !

So, dalam pukul 2.00 pm boat pun sampai – kami pun bergerak pulang ke Tanah Besar. Dan Alhamdulillah kami selamat sampai di Rawang pada malam tu despite banyak kedengaran cite cite mengenai perhimpunan yang akan mengambil tempat di KL ujung minggu lepas.

Enjoy the pictures !

combo19combo11combo13DSC_0298DSC_0474combo14DSC_0528combo15DSC_0431DSC_0637combo17 combo21combo22 combo23combo24combo25combo26 Alhamdulillah ;)

Sesekali dapat release tension dapat bawak semua family bercuti. I think i should do this more often.

Thanks for reading .

Salam.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,707 other followers