Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Lombok : The Journey Part 3 (Gili Trawangan)

Salam !

Rata rata pelancong yang datang ke Lombok akan cuba untuk singgah juga di pulau pulau kecil yang bertaburan di tepi pulau Lombok. Antara pulau pulau kecil yang popular adalah Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno. Kesemuanya terletak bersebelahan antara satu sama lain dan bisa dijejak jika menaiki bot dari Lombok.

Seperti biasa, setelah sarapan, kami menaiki motorsikal lagi , kali ini menuju ke arah utara Lombok dari Sengigi melalui jalan tepi pantai. Kawan, saya sangat syorkan anda meneroka Lombok dengan motorsikal selagi boleh, kerana sepanjang perjalanan tepi pantai anda semua akan ketemu banyak tempat tempat yang mempunyai permandangan yang sangat sangat cantik. Permandangan di sepanjang laluan Sengigi – Malimbu – Nipah – Pemenang – Perlabuhan di Bangsal  bagaikan satu kanvas alam yang dilukis sebegitu tulen , asli, sempurna, cantik dan terbentang indah ciptaan Allah.

Sungguh cantik. Bagi saya, gambar gambar yang saya ambil masih belum dapat menzahirkan kesempurnaan kecantikannya. Mesti lihat dengan mata sendiri🙂

DSCF4552 DSCF4555 DSCF4556 DSCF4558

Beberapa kali kami berhenti di tepi tepi jalan untuk mengambil gambar. Kami sampai di Perlabuhan Bangsal kira kira jam 0900H setelah 20 minit bertolak dari Sengigi. Di Perlabuhan Bangsal , anda boleh parking motor di sini di tempat khas yang dijaga dan bayarannya hanya Rp5,000 sahaja seharian. Perlabuhan Bangsal sewaktu pagi memang meriah. Kereta kuda beratur menunggu untuk mengangkut penumpang dari barang untuk naik dan turun daripada bot-bot. Ada beberapa jenis bot di sini tergantung pada budget masing masing. Antara bot yang paling banyak digunakan oleh warga tempatan tambangnya cuma sekitar Rp17,000 tapi waktu bertolaknya bergantung pada penuhnya penumpang baru bot bertolak. Amaran , feri terakhir dari Gili Trawangan kembali ke Lombok adalah pada jam 5.00 petang. Kami memilih untuk menaiki bot laju dengan bayaran Rp75,000 seorang. Kalau ada nak lagi selesa, ada juga bot laju Rp400,000 yang pastinya lebih selesa.

DSCF4560

DSCF4565

Gili Terawangan pada pukul 10 pagi sangat panas. Matahari tegak di atas kepala sewaktu kami jejak kaki ke Jeti di Gili Trawangan. Namun kepanasannya hilang apabila bayu laut sesekali menghembus deras daripada laut yang membiru cantik di bawah langit berawan nipis.

Cantik. Pandangan kali pertama untuk pencinta adventur pulau dan aktiviti snorkeling pasti sepastinya akan jatuh cinta berulang kali melihat warna warna alam di Gili Trawangan. Tiada kenderaan bermotor atas pulau kecil ini. Cuma ada 3 pilihan andai mahu meneroka. Samada menaiki kereta kuda, berbasikal ataupun berjalan kaki. Jalan tar pun tiada.

DSCF4567 DSCF4569 DSCF4574 DSCF4576 DSCF4581 DSCF4582 DSCF4583 DSCF4586 DSCF4590 DSCF4592 DSCF4593 DSCF4594

Kami berehat sebentar di Pearl Beach Lounge. Cuaca panas bikin tekak kering dan dahaga. Kebanyakan restoran dan hotel di Gili Trawangan tertumpu bermula dari utara hingga ke tenggara pulau kecil ini. Jalan jalan dan meja meja di restoran masih kosong lagi pagi pagi ni, mungkin rata rata pelancong masih berehat. Jadi kami dapat duduk di meja yang betul betul mengadap laut dan menjamu mata melihat permandangan yang sangat cantik. Setelah berehat, kami menyewa basikal untuk pusing pusing di pulau ini.

DSCF4598 DSCF4604 DSCF4615 DSCF4617 DSCF4618 DSCF4619 DSCF4625 DSCF4633 DSCF4635 DSCF4637 DSCF4640 DSCF4642 DSCF4645 DSCF4646 DSCF4647 DSCF4648 DSCF4651

Dah puas kayuh (sambil mengelak taik kuda di jalan) , kami berhasil membuat tapau keliling Gili Trawangan dengan catatan masa lebih kurang 2 jam setengah. Bila kalori terbakar, secara matematiknya kami mencari restoran untuk menggantikan kalori yang hilang itu dengan nilai kalori yang lebih kurang sama. Maka dengan itu, kami lunch di Blue Beach Resort untuk makanan asli Indonesia.

DSCF4654 DSCF4655 DSCF4656 DSCF4658

Kami mandi jugak di sini sebentar. Pantai nya dipenuhi dengan pelancong majoritasnya pelancong kulit putih. Merata rata di tepi pantai ramai antara mereka yang ‘sun bathing’ dan ada sesetengahnya yang mandi seperti kami. Air lautnya sangat sejuk walaupun tengah hari namun ombaknya boleh tahan besar. Namun di tepi pantai berhadapan dengan Blue Beach Resort, kaki mudah terluka bila mandi kerana terpijak batu batu karang yang mati yang sangat banyak, di samping batu batu lain. Jadi sila berhati hati mandi di sini ya.

Sambil kami mandi, dapat dilihat beberapa bot penumpang lain tiba mendarat sambil membawa barang barang dari Lombok. Semuanya diangkut secara manual. Dijinjing atas kepala, diangkut dari bot satu persatu dan diletakkan di dalam kereta kuda yang sedia menunggu.

DSCF4660 DSCF4665 DSCF4672 DSCF4674 DSCF4678 DSCF4680 DSCF4682

Memang kami tak bercadang untuk overnight di Gili Trawangan dalam pengembaraan kali ini. Kerna jam sudah menunjukkan sekitar jam 5.00 petang, kami pun bersedia membeli tiket bot untuk pulang kembali ke Lombok. Alhamdulillah, kami selamat sampai semula ke Lombok walaupun laut agak bergelora. Setelah mengambil motorsikal kami, kami kembali ke Sengigi. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Malimbu. Ada satu view point di sini yang sangat cantik dan sangat strategik melihat matahari terbenam. Sambil menunggu matahari terbenam dan melihat cahaya emas oren betukar perlahan lahan menjadi malam, kami duduk di pondok pondok  kecil di situ sambil menghirup kopi Lombok yang panas dan lazat.

DSCF4685 DSCF4687

Alhamdulillah , kami sampai semula di Hotel Green Asri jam 8.00 malam🙂

Catatan pengembaraan kami akan diteruskan lagi di entry berikutnya ..

Nota : semua gambar diambil menggunakan Fuji X100S dan diprocess dengan LR3 + VSCO Film

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s