Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Lombok : The Journey (Part Two !)

Salam kepada semua .

Sambungan dari entry lepas🙂

Setelah ziarah di Sukarara, kami meneruskan perjalanan lagi ke selatan Lombok. Kali ni ke Pantai Kuta. Jangan kawan kawan keliru, kerana di Bali juga ada pantai yang namanya Kuta. Namun Kuta di Lombok nyata berbeda🙂

Perjalanan dengan motorsikal dari Sukarara ke Kuta mengambil masa yang agak lama kali ini. Kerana jaraknya yang agak jauh sejauh hampir 30km mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk kami sampai. Perjalanan kami menempuh banyak kampung kampung kecil. Sesekali kelihatan para pemuda berkumpul beramai ramai bermain bola di padang yang tidak berumput, hanya debu kelihatan beterbangan setiap kali mereka berkerumun berebut bola sambil diperhatikan oleh para penonton lain di tepi padang.

Cuaca sangat panas dan kering, namun angin kuat yang menghembus kekadang membuatkan motor kami melelong lelong. Berhenti sebentar untuk si isteri menyapu losyen sunburn pada tangan dan muka kerana cuaca terlalu panas. Kalau tak pakai, memang comfirm rentung.

Kami tahu kami mula mendekati kawasan pantai apabila pola geografi kawasan yang kami lalu mulai berubah, dari kawasan bandar, kepada kawasan berbukit bukau, kepada tanah lapang, dan kepada tanah luas yang dipenuhi dengan beribu pohon kelapa yang tercacak di tepi pantai yang luas terbentang panjang. Pantai Kuta tidak ramai pengunjungnya sewaktu kami sampai, kerana ketika itu jam baru pukul 1.00 petang. Beberapa gerai cenderamata dan kedai kedai yang menjual/baiki surfboard membarisi jalan kecil masuk ke Pantai Kuta.

Sebab cuaca panas dan dahaga, kami ambil keputusan untuk berehat sebentar di Novotel Lombok. Novotel Lombok sangat cantik dan mempunyai pantai yang menawan. Kami duduk salah satu restoran yang terletak betul betul mengadap laut luas sambil minum dan bersembang dan memerhatikan gelagat pengunjung lain🙂

DSCF4492 DSCF4493 DSCF4495 DSCF4496

Sambil minum di situ banyak perkara dapat diperhatikan. Sesekali beberapa kanak kanak datang berkumpulan untuk mempromosi barang barang buatan lokal mereka. Ada juga beberapa pria pemuda yang berjalan jalan memegang sebilah parang di tangan kanan, dan buah kelapa muda segar di tangan kiri. Angguk saja kepala kita jika bersetuju dengan harganya , maka di depan anda mereka akan mengopek kelapa segar untuk anda nikmati airnya. Kumpulan kanak kanak ini saya lihat gembira sekali. Kulit mereka memang gelap dek panas mentari yang memancar. Mereka bergerak berkumpulan, memegang tangan dan sesekali mendekati gadis gadis Eropah yang berjemur di situ sambil cuba untuk bersembang dan bergurau dalam bahasa English mereka. Jika tiada orang, mereka meletakkan barang jualan mereka setempat di tepi pantai, dan berlari lari kejar mengejar hingga masuk ke dalam laut dan mandi manda di situ. Mereka akan bergurau, tolak menolak dan sesekali berguling guling atas pasir sambil ketawa besar. Tiba masanya, mereka akan kembali naik ke pantai, mengutip kembali barang dagangan mereka dan kembali mencari pengunjung sebagai target customer🙂

DSCF4500 DSCF4506 DSCF4508 DSCF4519 DSCF4521 DSCF4526 DSCF4528

Satu fenomena baru yang saya jumpa dalam hidup saya adalah jenis pasir di pantai Kuta. Berbeda dengan pasir halus pantai pantai lain yang pernah saya lawati, pasir di sini butirannya sangat halus dan bulat. Ya, bulat. Dan bila memijak pasirnya , kaki akan tenggelam lebih dalam dari pasir biasa, namun pasirnya kurang melekat di kaki:)

Sangat anggun ciptaan Tuhan, kan ?

DSCF4534 DSCF4537

DSCF4538 DSCF4540 DSCF4544 DSCF4547

Setelah melihat sunset di Kuta Beach, kami bergerak semula ke Sengigi. Perjalanan harus dimulai awal, kerana dari Kuta, jarak ke Sengigi hampir 70 km. Memang jauh. Alhamdulillah, kami sampai di Sengigi lebih kurang sejam lebih. Menaiki motorsikal di Lombok banyak memorinya. Masa ke semasa akan ada motosikal datang bertentang dengan arah jalan anda, ada ketikanya anda berselisih dengan orang yang menarik kudanya berjalan sambil dia di atas motorsikal yang bergerak. Ada masanya satu satu tempat itu penuh dengan motorsikal yang diletakkan di tepi jalan, di tengah jalan sehingga anda terpaksa menyelit nyelit untuk lepaskan badan anda. Masa ke semasa kami singgah mengisi minyak di gerai kecil tepi jalan menjual benzin dengan harga lebih kurang 7,000 – 8,000 rupiah sebotol.

Memang cemas kadang kadang, namun bagi kami, menaiki motorsikal adalah merupakan salah satu cara terbaik untuk meneroka dan melihat Indonesia🙂

Sangat disarankan !

Next entry : Menjelajah Gili Trawangan !

2 responses

  1. nakia

    Yan, kalau bawak ‘handbag’ kiri kanan, macam mana nak naik motor..hahahahah..

    October 21, 2014 at 16:07

    • hahaha kena pikir cara lain la tu nakia. or kena tunggu yang sulung besaq sikit supaya leh carry adik adik dia hihi

      October 25, 2014 at 20:23

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s