Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Lombok : The journey (part one)

Assalamualaikum & Good Day !

Sebenarnya idea untuk ke Lombok timbul sejak 2011 lagi, apabila si isteri ada terbaca mengenainya sewaktu kami bercuti di Bali ketika itu. Namun, kekakangan masa tidak membenarkan kami ke sana pada waktu itu. Sekarang, 3 tahun selepas itu, kami diberi keizinan oleh-Nya untuk sampai dan meneroka ke Lombok.

Alhamdulillah, kami sampai di Lombok Praya International Airport sekitar jam 1200H. Airport baru ni baru beroperasi menggantikan airport lama di Mataram. Kat luar pintu keluar, seperti biasa anda akan diserbu oleh para supir menawarkan mode mode pengangkutan awam untuk anda sampai ke destinasi pilihan. Disebabkan kami baru sampai, kami ambil keputusan untuk menaiki teksi ke Sengigi. Jaraknya lebih kurang 45 minit dari airport dan belanjanya Rp190,000.

Permandangan saya terkisar kepada bentuk geografi Lombok yang rata ratanya dibentangkan dengan tanah pertanian untuk diusahakan. Majoritinya adalah sawah padi yang terbentang luas. Dibelakangnya nun terpasak bukit bukit dan gunung ganang indah sebagai pelengkap keindahan semulajadi Lombok. Supir memberitahu kami bahawa sudah lama hujan tidak turun membasahkan bumi Lombok, sejak dari Aidilfitri 2014 lagi. Patutlah saya lihat kebanyakan dari tanah situ sudah mula merekah dan kering dan rata rata sawah padi tidak dikerjakan melainkan di beberapa tempat saja.

Juga sepanjang perjalanan, saya dapat lihat banyak masjid indah didirikan. Masjid-masjidnya mempunyai satu rekabentuk yang dominan iaitu berkubah besar. Rata-rata masjidnya berbentuk segiempat dan lebih dari setingkat. Setiap kilometer akan dapat jumpa masjid. Bak kata supir ” Kalau di Bali pelancung gelar Pulau Seribu Kuil, maka kami di Lombok ini adalah Pulau Seribu Masjid”

DSCF4448

Tidak banyak bas yang kami jumpa. Majoriti masyarakat menggunakan pick up truck yang dimodifi untuk mengangkut orang dan barang

DSCF4450

Kami sampai di tempat penginapan kami di Hotel Green Asri di Sengigi lebih kurang jam 1300H. Hari sangat panas, matahari tercacak atas kepala. Namun Hotel Green Asri ada penawarnya. Ada 11 chalet kecil, lengkap dengan semua kemudahan didirikan di dalam satu taman besar ala Bali yang sangat cantik dan terjaga. Punya 1 restoran , satu Spa dan satu swimming pool yang sangat cantik walaupun kecil. Kami check in kedalam bilik sebelum keluar semula untuk makan tengahari.

DSCF4452 DSCF4454 DSCF4461 DSCF4466

Kami berehat saja hari tu tanpa kemana mana. Perancangan untuk perjalanan dibuat dengan melihat peta pelancungan yang kami dapat di meja resepsi dan setelah bertanya pada para penduduk setempat. Malam itu kami menaiki teksi untuk ke Pusat Sengigi (terletak 2 km dari hotel). Jika nak dibandingkan dengan Kuta / Seminyak / Legian di Bali memanglah jauh, tapi suasana di Sengigi lebih rileks dan santai. Tidak banyak pub dan disco yang terbuka, dan kebanyakan dari kedai kedai makan menyediakan pelbagai variasi makanan , terutamanya makanan western.

Keesokan paginya kembara sebenar bermula. Seperti biasa, kami berdua lebih suka meneroka menaiki motorsikal. Sewa nya sekitar Rp 60,000 untuk 24 jam . Recepsi menguruskan untuk motorsikal dihantar terus ke hotel. Senang. Pengembaraan dimulakan untuk mencari Pura Lingsar yang disitu uniknya kerana beberapa agama beribadat pada satu tempat yang sama tanpa ada sebarang masalah.

*Nota : sepanjang perjalanan kami meneroka Lombok , saya menggunakan Here Maps yang didownlod terus ke dalam Nokia Lumia 630 saya. Bezanya dengan lain, Here Maps tidak menggunakan data connection dari network provider, sebaliknya terus data dari satelit macam GPS. Jadi, lebih jimat !

DSCF4468 DSCF4470 DSCF4471 DSCF4472 DSCF4477 DSCF4479

Tidak banyak pelawat pada masa kami tiba tengahari tu. Mungkin sebab cuacanya terlalu panas. Setelah berjalan bersiar, kami meneruskan perjalanan lagi ke Sukarara untuk melihat perkampungan Suku Sasak di situ.

DSCF4480

Perjalanan ke Sukarara membawa kami masuk di jalan jalan kecil celah celah kampung. Menjadi perkara normal terserempak dengan makcik makcik yang mandi berkemban di tepi perigi di luar rumah, anak anak kecil berlari memakai jersi Messi sambil berkaki ayam dan pakcik pakcik mengendong air bersih diangkut dari perigi untuk ke rumah. Kami sampai di desa itu dan disapa sebaik saja saya tongkat motorsikal saya oleh Pak Mustopa. Setelah berjabat tangan dan berkenalan kami masuk bersiar di sekitar kampung yang sangat asas itu. Kebanyakan daripada yang dilihat berkerja adalah para gadis dan kaum wanitanya sebagai penenun kain.

DSCF4484 DSCF4485 DSCF4487 DSCF4490 DSCF4491

Banyak info yang dapat dari Pak Mustopa. Antaranya adalah menjadi kewajipan untuk perempuan Sasak belajar menenun, dan dimulai seawal umur 8 tahun lagi. Material tenunan kebanyakkannya dibuat sendiri dari bahan bahan semulajadi, termasuk pewarnanya. Coraknya bermula dari yang mudah hingga ke sangat kompleks sehingga memerlukan lebih dari sebulan untuk menyiapkan sehelai tenunan yang baik.

Juga sempat bergurau bertanya pasal isu Kawin Lari di Lombok. Katanya sambil tersenyum, cara itu memang adat mereka, kaum lelaki untuk membuktikan kejantanan mereka di kalangan komuniti.

Setelah itu, kami singah di Koperasinya yang menjadi pusat jualan kain hasil tenunan. Harga bergantung pada jenis kain dan kerumitan corak yang ditenun. Kami jugak dijamu dengan Kopi Lombok asli yang ditumbuk dan digoreng di rumah. Sungguh lazat !

Entry berikutnya saya akan ceritakan perjalanan kami ke Kuta Beach di Selatan Lombok.

Jumpa lagi !

4 responses

  1. nakia

    Tengok gambaq yang tak tahan tu..cantek ja..

    October 14, 2014 at 23:40

    • Apa lagi tunggu Nakia, terus booking la pi sana, lagi cantek. hehe

      October 18, 2014 at 20:09

  2. Salam. Hee sungguh cantik gambar-gambar Lombok.

    October 18, 2014 at 10:52

    • Salam, thank u for visiting ! yes, Lombok memang chantek !! Subhanallah🙂

      October 18, 2014 at 20:08

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s