Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Jagalchi Market , Busan

Hi all

Baru baru ni saya ada kesempatan untuk singgah sebentar di pasar ‘seafood’ yang terbesar di Korea Selatan iaitu di Jagalchi Market. Terletak di Busan , benda pertama yang para pelancong akan perasan adalah majoriti (saya rasa 95% kot) para penjual terdiri daripada para wanita pertengahan umur atau dipanggil ‘ajumma’. Rajin betul makcik makcik ni. Ada yang sibuk siang ikan, sibuk susun ikan n kerang , angkat sotong dan macam macam. Kalau kat Kelantan ni macam pasar Siti Khadijah. Meriah !

Segala jenis hidupan laut, semuanya ada disini. Pembeli samada surirumah mahupun runner untuk tokey tokey restoran pun datang singgah sini sebab semuanya dijamin fresh ! Sebenarnya ada 2 pasar besar kat sini. Outdoor dan indoor. Namun hari tu saya ke pasar outdoor sebab feel dia best sikit . Aroma ikan segar, laungan suara penjual, seni tawar menawar sangat membuatkan tempat itu ‘lively’ !

Sempat kami singgah sebentar di salah sebuah restoran di situ untuk makan tengahari. Kedai makan di tingkat atas, gerai ikan di tingkat bawah, laut depan kedai. So, bayangkan la hanya masakan sesegar segarnya yang disediakan. Ikan goreng biasa pun sedap ! Tak payah masak 3 rasa sweet and sour pun takpe !

 

 

DSCF2637 DSCF2643 DSCF2647 DSCF2651 DSCF2653 DSCF2667 DSCF2676 DSCF2679 DSCF2681 DSCF2682

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s