Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Kellie’s Castle Part 1

Hi all !

Baru baru ni saya dan isteri dapat peluang untuk singgah sebentar ke Kellie’s Castle di Batu Gajah , Perak. Sebenarnya dari dulu lagi teringin nak singgah ke sini, tapi kesempatan dan peluang tu tak kunjung tiba. Baru baru ini, setelah pulang dari Ipoh menuju ke Rawang, saya membuat keputusan untuk singgah sebentar di situ untuk tengok apa yang ada di sana.

Terletak di Batu Gajah, tempat ini sangat senang ditemui. Hanya perlu lock pada Waze dan ikut saja arahannya inshaaAllah sampai sana.

Cuaca agak panas, namun langit pada hari itu membiru. Pelawat pada hari itu tidak ramai, maka dengan itu dimanfaatkan sepenuhnya peluang untuk bergambar sakan.

Ambillah masa 10-20 minit untuk baca sejarah disebalik Kellie Castle ini, bagi saya, ia satu sejarah sedih dan memorial peninggalan untuk satu cita cita yang tinggi William Kellie Smith suatu masa dahulu. Persekitaran tempat ini dijaga rapi dan bebas dari vandalisme. Menelusuri koridor koridor di bangunan yang masih dipercayai ada banyak misteri ini, saya cuba membayangkan jerih penat pekerja yang dibawa khas dari India , barang barang pembinaan yang didatangkan dari luar negara, cubaan kombinasi seni bina dari luar yang cuba dizahirkannya.

Ia satu ‘masterpiece’ sejarah di Malaysia.

DSCF4278 DSCF4282 DSCF4285 DSCF4286 DSCF4288 DSCF4289 DSCF4296 DSCF4298 DSCF4305

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s