Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Mengkuang Dam Revisited

Salam !

Terakhir kali menjejak kaki ke sini adalah kira kira 25 tahun lalu (lebih kurang). Bersama ayah dan adik saya. Terasa masa tu empangan ni macam laut luasnya.

Tak banyak yang saya dapat recall masa tu, selain dari bapa saya mula mula menunjukkan cara untuk baling batu supaya batu tu melompat lompat meluncur atas air beberapa kali sebelum batu tu tenggelam. Pertama kali melihat ayah saya tunjuk dan saya dan adik saya rasa kagum gila.

Sambil angin mengembus muka dan bau segar rumput yang baru dipotong sekeliling kami, saya dan adik dan ayah menghabiskan masa petang tu membaling berpuluh puluh batu sambil saling mencabar batu balingan siapa yang paling jauh dan banyak lagi loncatannya atas permukaan air tu.

Semestinya lah ayah saya menang.

Kegembiraan zaman kanak kanak adalah satu anugerah kurnia Allah yang sangat berharga bagi saya. Memori-memori tu membentuk diri saya sekarang. Dikurniakan dengan family yang sederhana dari segala sudut , kami banyak spend masa hujung minggu untuk membuat aktiviti-aktiviti simple bersama yang saya ingat dan kenang sehingga sekarang.

Alhamdulillah.

Jadi baru baru ni saya membawa isteri ke sini. Jam 9.30 pagi waktu minggu bekerja membuatkan kawasan ini sangat lengang , sunyi dan bisa dengar burung burung terbang rendah atas kepala sesekali sambil berkicau. Air di empangan sangat tenang, jernih dan bersih. Angin tidak kuat sangat macam mula mula saya pergi dulu, tapi cukup kuat untuk menggerakkkan daun daun di ranting pokok yang mana kalau kita betul betul fokus, boleh didengari daun daun menari kecil ditiup angin dalam melodi harmoni alam ciptaan tuhan.

Tidak bermaksud untuk kami jogging pada hari ini, selain dari duduk senang bersembang berjalan berpimpin tangan sambil sesekali hadir dekat ke gigi air sambil bergambar.

Alhamdulillah ya Allah atas semua keindahan dulu dan kini.

Nota : Semua gambar diambil dengan Fuji X100S, diprosess dengan LR dan VSCO Film.

DSCF2023 DSCF2027 DSCF2030 DSCF2034 DSCF2035 DSCF2044 DSCF2047 DSCF2056 DSCF2057 DSCF2061 DSCF2062 DSCF2063 DSCF2066 DSCF2070 DSCF2072 DSCF2074 DSCF2075 DSCF2084 DSCF2085 DSCF2086 DSCF2087 DSCF2091 DSCF2092

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s