Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Sungai Petani – Penaga – Bagan

Salam.

Kenangan adalah salah satu harta karun saya. Memori.

Zaman dulu, zaman membesar, zaman mengenal dunia, zaman mengenal cinta, zaman mengenal realiti hidup.

” I never tried to block out the memories of the past, even tough some are painful. I don’t understand why some people hide from their past. Everything you live trough helps to make you the person you are now ” kata Sophia Lauren

Segala yang kita lalui menjadikan element dalam diri kita sekarang.

Saya adalah seorang yang akan sedaya upaya ‘keep in touch’ dengan memori lama dengan seboleh mungkin melawat semula tempat tempat saya saya pernah pergi sewaktu saya membesar. Kenangan pergi ke tempat tempat tersebut dengan famili memang boleh dirasakan semula apabila kita memilih berada semula di tempat tempat itu.

Contohnya saya pergi duduk di satu kedai kopi berhampiran dengan Pekan Ahad di Penaga. Terbayang zaman dahulu 20 tahun lepas saya datang sini semasa Pekan Ahad. Masa tu mana la ada Tesco / Giant lagi. Kalau nak bahan mentah yang fresh, pasar la tujuannya. Dan yang speselnya kat Pekan Ahad ni kita boleh dapatkan macam macam barang keperluan rumah. Ratusan pengunjung yang bersesak sesak menghimpit saya yang pendek ketika tu, bau ikan dan sayur segar, serta warna warna makanan yang beraneka rupa dan rasa ada di Pekan Ahad. Barangan keperluan rumah seperti cerek, kuali dan belanga banyak bergantung. Namun antara yang paling saya nantikan masa tu adalah ketika mana mak mencari ikan pekasam.

Selepas membeli selalunya kami akan makan dulu kat gerai gerai yang berhampiran. Kedai yang beratap zink (sampai sekarang) yang berada di situ memang penuh sepenuh penuhnya dengan pengunjung yang menjinjit beg plastik penuh berisi dipegang tangan kanan dan kiri.

Kami balik ke rumah selepas membeli, dan selalunya saya akan tertidur dalam kereta kerna terlalu penat berjalan dan muka merah akibat kepanasan. Jadi masa tu air cond kereta memang terasa seperti kurnia Tuhan yang paling besar.

Selepas Penaga, saya selusuri jalan lama menuju ke Butterworth dan seterusnya mencari port cendol favorite saya di Bagan. Rasanya macam orang lain yang berniaga, walaupun papan tandanya ada tertulis “Since 1968” . Mungkin anak tokey nya kot.

By the way, the cendol still rocks ! Ubat terbaik untuk kerongkong kering ketika matahari tegak atas kepala setelah bumi tak disimbah air hujan lebih dari 2 minggu.

Burp.

Alhamdulillah . For Everything.

Nota : Gambar2 diambil menggunakan Fuji X100S dan diproses dalam LR3 menggunakan VSCO Film.

DSCF1970 DSCF1975 DSCF1977 DSCF1992 DSCF1994

4 responses

  1. If not mistaken, the cendul pulut is near the previous Ferry, close to pasar’s CIMB bank there. I recognized the “since 1968”.

    September 26, 2013 at 18:16

    • yes chorwin! absolutely right !🙂

      September 27, 2013 at 12:18

  2. Nice..

    October 7, 2013 at 03:29

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s