Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Asal Mahu

Seorang lelaki dari India pernah berkata :

“Live as if you were to die tomorrow. Learn as if you were to live forever.”

Dia adalah Mahatma Gandhi.

Dan Nelson Mandela pun pernah berkata : “Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.”

Pendidikan di Malaysia berkembang pesat menerjah pelbagai era pemerintahan , merentas pelbagai rencah ekonomi dan meloloskan diri dari timbunan lapisan birokrasi untuk sampai ke tahap sekarang. Pendek kata, aksesibiliti kepada sistem pendidikan bukan hanya terhad pada kertas dan pena sahaja. Langit internet , sisipan suratkhabar, Tutor TV, malahan rancangan seperti Oh My English pun diolah supaya sesuai sebagai medium pembelajaran.

Semuanya diletakkan di tangan pelajar.

Jadi, persoalannya balik kepada diri pelajar itu sendiri. Sejauh manakah kehendak dan kekebalan semangat belajar yang akan digunakan untuk belajar? Setiap dari diri kita berbeza. Nasib kita semua tak sama.

Ada yang lahir kaya . Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Dan ada juga yang menjadi anak ke 9 daripada 13 orang adik beradik yang duduk dalam rumah kayu hampir runtuh di tepi sungai di atas tanah tumpangan ihsan orang.

Kehadiran sistem pendidikan sebenarnya bagi saya adalah satu ‘peluang’.

Yang sama rata boleh dimanfaatkan oleh pelajar, tak kira dari mana pun latarbelakangnya. Ada saja kes pelajar2 yang gagal dalam pelajaran dan hidup walaupun hidup selesa. Dan kita juga sering disajikan dengan kes kes anak anak petani yang berusaha bersungguh sungguh untuk mengubah nasib diri dan keluarga hingga berjaya dalam pelajaran dan hidup.

Peluang ada untuk semua orang.

Terpulang samada kita manfaatkannya ataupun mensia siakannya.

Gambar dibawah adalah gambar jiran saya yang bersemangat untuk menyiapkan kerjarumah. Dia membawa meja keluar dari rumah apartmentnya untuk diletakkan di tengah tengah koridor laluan , menyusun buku bukunya dan tekun menulis sambil diperhatikan oleh adik kecilnya.

Doa saya semuga mereka menjadi di kalangan pelajar yang berjaya dunia & akhirat.

Amin🙂

20130716-124537.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s