Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

D90 , Trima kasih atas memori :)

Salam.

Nikon D90 dibeli oleh saya ketika satu pameran fotografi d Midvalley Megamall sekitar tahun 2010. Setelah mengunakannya beberapa kali, saya terus tahu untuk mengoptimumkan kuasa D90 ini, saya perlu melabur dalam konteks ilmu dahulu. Jadi kesedaran ini membawa saya berguru dengan salah seorang guru yang terbaik yang pernah saya jumpa iaitu Mr Andrew Boey di Nikonian Academy. Mata saya terbuka luas setelah menghadiri beberapa kelas teori dan sessi praktikal di sana.

Thank you to Andrew Boey dan Nikonian Academy.

Setelah belajar, tiba masanya untuk saya mencari ‘suara’ saya dalam dunia fotografi yang sangat luas ini. Sepanjang 3 tahun, sAya hanya ditemani oleh 2 lensa sahaja.Kit lense 18-105mm dan lensa feveret saya 50mm f/1.8 πŸ™‚

Bersama mereka, ribuan memori dicipta dan diabadikan. Sepamjang 3 tahun saya mengambil gambar, perlahan lahan saya rasa saya mencipta persepsi seni fotography saya yang tersendiri hasil campur aduk inspirasi dan teladan yang saya perolehi dari ratusan rakan fotographer dari dalam dan luar negara.

Sehingga timbul pula satu prosess pendefinisian saya terhadap gaya fotografi saya. Setelah lama, baru saya sedar yang saya ini sebenarnya bukan seorang fotographer .

“Saya hanya seorang lelaki biasa yang sangat minat seni fotografi ”

Setelah medapat kesedaran ini, maka ada beberapa aspek dalam minat saya yang perlu saya ubah. Kita semua punya sebab tersendiri untuk melibatkan diri dalam seni fotografi , dan saya percaya – semuanya betul πŸ™‚ Sebab saya adalah simple, saya suka abadikan momen momen dalam hidup saya sendiri dan berkongsi dengan dunia tentang macam mana sebenarnya saya melihat dunia ini πŸ™‚

Maka diputuskan oleh saya, aspek pertama yang perlu saya ubah adalah camera. Saya perlukan sebuah kamera yang kecil , kompak, agak “invisible” , namun pada masa yang sama tidak mengabaikan kualiti gambar dari segi teknikalitinya. Saya perlukan semua element ini untuk saya menggandakan peluang peluang imej yang saya jumpa saban waktu saban hari dalam semua keadaan semaksima mungkin.

Setelah mencari hampir 3 bulan, maka saya ketemu jawapannya dalam Fuji X100S.

(insyaAllah akan saya ulas dalam entri yang akan datang mengenai Fuji X100S ini)

Kawan kawan, berikut dalam entri kali ini adalah imej imej terakhir yang saya rakamkan dengan menggunakan D90. Gambar gambar diambil sekitar aktivit ronda ronda TamAn Tasik Taiping bersama isteri saya suatu masa dahulu πŸ™‚ Pesanan penting : Jangan naik kayuh sampan kat tengah tasik ketika matahari terik ! hahaha.

Thank u dear my D90. i will never forget our adventures together πŸ™‚

nota : Imej daripada D90 dan diproses menggunakan VSCO Film dalam LR3.

DSC_0063 DSC_0065 DSC_0066 DSC_0068 DSC_0069 DSC_0074 DSC_0084 DSC_0085 DSC_0090 DSC_0099 DSC_0101 DSC_0103 DSC_0105

8 responses

  1. As usual.. mantap.

    May 11, 2013 at 12:18

    • Alhamdulillah , tq bos πŸ™‚

      May 11, 2013 at 17:22

  2. hairyfitry

    harus di ingat, dgn D90 tu la gambar hari bahagia saya diabadikan….tq…

    May 11, 2013 at 18:48

    • Alhamdulillah, tq Hairy atas peluang dan kepercayaan yang diberikan πŸ™‚

      May 13, 2013 at 12:34

  3. azim_nur

    Assalamualaikum.. bang yan.. software vsco cam dalam lightroom senang tak nak pakai? mana nk cari ye?

    May 14, 2013 at 14:38

    • Salam Azim ,

      VSCO ni actually ada more than 2 products :
      VSCO CAM : buat masa sekarang harganya USD0.99 khas untuk Iphone sahaja.
      VSCO FILM : Ha, ini untuk desktop uses. Avalaible untuk Lightroom, Aperture dan Adobe Camera Raw buat masa sekarang. Tempoh hari saya beli VSCO FILM 01 for LR3 harganya USD119 dari websitenya http://vsco.co/store . Mmg berbaloi beli Azim, selain dari customs preset yang banyak gile , sepastinya ia akan mempercepatkan digital workflow kita untuk memproses gambar untuk dapatkan film-look.

      Terbaik !

      May 16, 2013 at 08:40

  4. zulhelmie

    salam, bos sampai taiping xroger saya..da 4tahun saya disini..hehehhehe

    May 20, 2013 at 09:34

    • salam zul , laaa ya ka kamu ada kat taiping hehe. takpa takpa next time saya ke sana in Shaa Allah kita lepak makan cendol sekali ya hihi

      May 25, 2013 at 19:36

Leave a comment