Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

1 Day Cruise

Salam !

Saya dan isteri saya sentiasa mencari cara baru untuk menghabiskan cuti kami. Bagi kami, cuti walaupun sehari dua, kalau dimanfaatkan dengan aktiviti yang interesting, sudah cukup untuk mencairkan sebentar fikiran kami terhadap tanggungjawab kerja masing masing.

Kali ni, kami masuk ke isi perut kapal resort-type yang gergasi iaitu Superstar Libra untuk ‘trip-to-nowhere’. Pelayaran hanya untuk semalam sahaja, bertolak dari Port Swettenham Penang jam 8 malam , belayar dan lepak sebentar di tengah laut untuk semalaman, dan kembali ke Port jam 10 pagi keesokan harinya.

Makan malam atas open dek, di bawah taburan bintang (walaupun hujan sebentar malam tu), bersama makanan laut dan daging yang dibakar secara barbeku berserta bermacam desert memang mengenyangkan perut hingga terasa terus nak tido lepas makan tu. Namun rugilah kalau tido, dah la semalam je naik kapal. So, dalam kapal tu, ada disenaraikan pelbagai jenis aktiviti untuk mengisi masa lapang. Ada karaoke, ada buleh shopping, ada buleh buat facial, ada buleh karaoke, ada buleh bersukan, ada spa, ada buleh berenang kat dalam swimming poolnya dan banyak juga persembahan live yang menarik untuk kita layan.

Namun antara aktiviti paling digemari oleh 90% penumpang malam tu adalah bergumbira mencuba nasib (konon) sambil menjadi lebih miskin (pastinya) dalam kasino kasino yang ada dalam perut kapal tu. Dan ada juga hardcore gamblers yang lansung tidak tido semalaman sehingga esok pagi bagai dipukau mata memasukkan coin demi coin dalam slot machine yang bersinar sinar cahayanya.

Kami hanya spend masa dinner, berborak , tengok permandangan Pulau Pinang yang sangat cantik dan berkilau bila malam, tengok several super interesting live show, minum mocha sambil berborak lagi dan duduk menongkat dagu atas rail deck sambil biar angin malam menyapu pipi sampai rasa pipi kebas sebelah sebab sejuk !

Tido dalam bilik cabin yang surprisingly comfortable walaupun agak sempit lepas penat meneroka lapisan lapisan dek kapal ni. Esoknya, sebaik selepas solat subuh, kami bergegas naik ke dek yang paling atas untuk menyaksikan keindahan matahari terbit . Memang cantik, Subhanallah.

Setelah brekpes di cafe, kami kembali juga ke dek paling atas untuk menikmati permandangan dan bergambar sehingga lah terdengar pengumuman di PA System memberi peringatan bahawa kapal yang besar ini sudah hendak berlabuh semula di Port Swetthenham.

Enjoy the pictures🙂

kapal1

kapal2 kapal3 kapal4

kapal5 kapal6 kapal7 kapal8 kapal9 kapal10

kapal11 kapal12 kapal13 kapal14 kapal15 kapal16 kapal17 kapal18

kapal19 kapal20 kapal21 kapal22 kapal23 kapal24

kapal25 kapal26 kapal27 kapal28 kapal29 kapal30 kapal31 kapal32

kapal33 kapal34 kapal35 kapal36 kapal37 kapal38 kapal39

10 responses

  1. Seperti biasa.. memang mantap.

    January 7, 2013 at 23:35

    • tq bos ! lepas ni buleh try naik hehe. Something different🙂

      January 7, 2013 at 23:37

  2. nuz

    bestnye…

    January 8, 2013 at 08:37

    • Nuz, sesekali nak cruise memang interesting🙂 cuba lah🙂

      January 9, 2013 at 19:07

  3. nakia

    saya sangat cemburu! Gambar dan event ini!

    January 12, 2013 at 16:42

    • nakia, ajak hasben pi. semalaman je atas tu. new experience🙂

      January 24, 2013 at 08:27

  4. menarik…*teringat plak filem Pisau Cukur. hehhe

    January 23, 2013 at 14:23

    • mmg menarik, kami cari gal kot kot jumpa maya karin atas cruise tu, tapi tak jumpa haha

      January 24, 2013 at 08:27

  5. sy nk tnya….semua harga naik kapal 1 mlm berapa ye….
    skali dengan bilik tdr….
    hbs makn plak mcm mna…
    tgk mcm best ja…teringn nk pi..huhu

    April 6, 2013 at 00:31

    • Salam muza, thanks for dropping by fotomamu🙂
      ada banyak package yang boleh diambil. Yang kami pi hari tu adalah package ‘trip to nowhere’. maknanya tak singgah ke mana mana. CUma bermalam di tengah laut, dan esoknya kembali ke darat.
      Yang diambil hari tu adalah penebusan kupon , cuma saya perlu bayar dalam rm200++ untuk harga semalam bilik.
      Baru baru ni ada saya terbaca dalam suratkhabar package baru yang dioffer oleh Star Cruises . Package PEnang-Phuket-Krabi yang bermula dari RM1,120 semalama 3 malam. Try le. Best !!🙂

      April 11, 2013 at 09:31

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s