Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Yik Mun : Tanjung Malim

Salam !!

Sapa suka makan pau angkat tangan !

Sebenarnya saya tak la suka sangat makan pau. Secara statistiknya, saya hanya makan nya 2 bulan sekali kot. Kalau teringin sangat lah. Kalau tak, lalu depan pun buat derk je.

Namun , kalau saya singgah ke Tanjung Malim , nescaya saya akan singgah sebentar ke Restoran Yik Mun. Tempat ni dah lama dah bukak. Since kecik, since highway PLUS belum dibuka, since kalau dulu nak pi KL from Penang amek masa lebih kurang 6-7 jam lalu jalan lama kat sini lah ibubapa saya stop sekejap untuk makan.

Secara ultimatenya, niat saya ke Yik Mun adalah untuk membaham Chicken Chopnya yang (bagi pendapat peribadi saya only) adalah merupakan Chicken Chop tersedap yang pernah saya rasa. Memang sedap.

Iye.

Tak tipu.

Pauya memang sedap lah, sampai tak sempat saya nak amek gambar sebab terus makan sebaik saja tiba di meja. Roti bakarnya juga superb. Bila digigit maka meleleh leleh lah campuran mentega dan serikaya nya sampai kekadang menitik ke bucu meja. Sedikit terlebih garing ke arah hangit , namun kombinasi camtu la yang saya suka akan rasa roti bakar yang legendary.

Nak lagi sedap ? try amek secubit pau / roti bakar dan cecah dengan kuah pekat Chicken Chopnya!

Fantastiscos !

Perfettamente !

Makanan lain pun ada, namun rasa cam tak tergerak hati lagi nak try makanan lain kerna dibayangi oleh kombinasi Chicken Chop + Roti Bakar + Pau + Kopi O panas yang fantastik dan mengkhayalkan tu.

(semua gambar diambil dengan iPhone dan diedit dengan kombinasi Snapseed + VSCO Cam)

(masih kecewa kerna tak sempat amek gambar pau)

🙂

20121216-224207.jpg

20121216-224240.jpg

20121216-224301.jpg

20121216-224325.jpg

20121216-224348.jpg

20121216-224419.jpg

20121216-224453.jpg

12 responses

  1. deeb0207

    Saya pun suke pau Yik Mun. Dulu ade jual kat Petronas Danau Kota so tayah la gi Tg Malim untuk lepaskan gian. Tapi skang dah takde. Nama nak gi Tg Malim takde le pulak nak lalu huhuuu…

    December 20, 2012 at 09:08

    • Deeb, tu la. kena singgah la sis. memang sempoi🙂 dia kena beli n makan kat kedai baru lagi feel🙂

      January 5, 2013 at 20:53

  2. satu dinding puji-pujiannya!!

    December 26, 2012 at 16:36

    • Tu la Dr Singa, dinding tu penuh dengan keratan akhbar and magazine cite pasal ini kedai🙂

      January 5, 2013 at 20:52

  3. nak kena try satu hari nanti

    January 3, 2013 at 15:28

    • Anas, set time, lepas kerja kita pi kena. Tapi jauh sikit la hang nak balik rumah.

      January 5, 2013 at 20:51

  4. ana

    salam , nak tahu boleh
    vsco cam tu ape eh ?
    softwarekah? macam photoshop etc ?

    maaf tanye saya kuno orangnye,orang dah lame tau saya baru nak tau.hehe
    btw ,saya suka membaca lalu lalang tempat orang.ukhuwahfillah🙂

    January 4, 2013 at 23:34

    • Salam ana, thank u kerna sudi singgah Fotomamu:)
      VSCO CAM adalah satu apps utk IOS Iphone – dia cam apps untuk editing foto . Ringkas dan senang digunakan, VSVO Cam ni dia akan cuba dapatkan tone dan mood filem lama dalam foto foto yang diedit. BEst ! Cuba download (USD 0.99) dan try🙂
      Thank u !

      January 5, 2013 at 20:49

      • ana

        jazakallahu khairan🙂

        sedih sekali , patutla. app dalam iphone rupanya.saya masih guna hp zaman batu.hihi camera pun takde🙂

        lagi satu gambar2 anda memang menarik ,kagum dengan gambar2 yang dkongsikan . masyaAllah !
        boleh berguru ni ,hee

        January 8, 2013 at 14:36

      • ooo takpa takpa masih ada banyak lagi apps yang boleh guna untuk edit gambar nowadays🙂
        Alhamdulillah kalau anda suka tengok gambar2 dalam blog ni. Untuk berguru rasanya saya tidak layak digelar guru, namun untuk berkongsi ilmu, In Syaa Allah bisa boleh sahaja🙂

        January 9, 2013 at 19:09

  5. Aakkakka..itu ler..pegi Yik Mun x der gambar pau..tak complete..hehhe

    January 23, 2013 at 14:32

    • hahaha tu la pasal. order da la satu je. pastu terus ngap, then mmg tak sempat la nak amek gambo haha . takpa pasni trip khas ke sana amek gambaq pau saja

      January 24, 2013 at 08:26

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s