Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Kiki : The Arrival

Salam !

Sejak Blinie  ‘meninggalkan’ saya , memang the only kucing yang saya leh lambung lambung sambil dicakar adalah Si Gebu. Namun Gebu bernasib baik, kerna saya hanya boleh mengacau hidupnya cuma tiap kali saya balik ke Penang sahaja.

Hidup ada kucing ni lain. Rasa terhibur dan kekadang tu tahap berpeluh  bersukan tiap kali mengejar mereka yang sesekali suka kencing di sudut sudut sukar dalam rumah. Kucing yang house-trained macam Gebu dan Blinie tidak mendatangkan masalah mengacau saya makan kerana depa hanya makan cat food sahaja. Berbanding dengan kucing kucing lain yang pernah saya bela masa kat kampung dulu, tiap kali makan jenuh tampar kaki diorang yang sesekali cuba mencuri ikan goreng yang ada dalam pinggan nasi.

Ada pulak yang perangai jenis tido waktu siang macam tiang kayu tak gerak gerak , kemudian menjadi aktif seperti werewolf melompat lompat cakar kaki dan runtuhkan kelambu tengah tengah malam buta jam 3 pagi ajak main kejar kejar ngan dia.

Juga  Ganglion yang bertaraf super thief bertaraf dunia. Tok saya yang sedang menyiang ikan lansung tak leh pusing belakang dalam dapur kerana bila tok pandang ke depan semula, ikan yang disiangnya sudah tiada.

Bon Jovi dan Cipling, dua beradik kucing jantan sasa berparut merata yang tahap super gangster yang akan mengejar, memukul, dan melukai perasaan kucing kucing jantan lain yang cuba lalu depan rumah tok. Depa duduk atas tangga je dah cukup, memang takde la kucing lain berani lalu dalam radius 200 meter dari rumah tok. Gangster sungguh. Tapi makanan feveret depa adalah Twisties.

Hansen yang lagenda kerana secara heroic mati setelah bertempur secara solo melawan 4 ekor anjing yang sesat masuk dalam kampung – matinya atas ribaan saya setelah saya jumpa dia terdampar di tepi parit . Nangis saya time tu. Cam dalam movie rasanya.

Even ada lagenda kucing mak saya yang balik ke rumah suatu hari dalam keadaan bijik mata tergantung sebelah kerana baru lepas bergaduh dengan kucing kucing lain. Memang keturunan warrior .

Kerana suka berak merata, ada seekor nya dinamakan Jamban . Pernah hilang secara tiba tiba hampir 1 tahun, namun saya berjumpanya kembali di kedai nasik kandar yang terletak 10 kilometer dari rumah tok. Maybe dia pi kerja part time kat sana kot. Dan kami bawanya kembali ke rumah. Dan nasib baik dia dah tau nak berak kat tempat yang betul. Bukan lagi kat belakang rak tv.

Sebelum Gebu ni dipelihara mak, ada lagi seekor Gebu senior. Mak cukup sayang kat dia. Pandai sembang. Dia leh duduk kat dapur teman mak saya buat kerja sambil non stop mengiau tiap kali mak cakap sesuatu ngan dia. Leh jadi DJ radio.

So, this time we take another kitten to be a part of the family.

A persian.

Cute 1 month old fluffy yet skinny kitten.

Dan diberi nama Kiki.

Kebolehan istimewa : Pandai buat muka blur sambil membulatkan mata tengok kita tiap kali cakap dengan dia.

Misi pertama, toilet train dan kasi gemuk.

Welcome Kiki🙂

(Gambar2 diambil oleh isteri saya )

20121213-121626.jpg

20121213-122011.jpg

Jumpa lagi !!

2 responses

  1. Serius comel!!!!!!!!!

    December 26, 2012 at 16:33

    • Dr Singa, bukan saja comel. tapi nakal gile kot. Pantang tengok benda bergerak🙂 Thanks for singgah Fotomamu

      January 5, 2013 at 20:52

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s