Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Songs and Colours of Venice (Part 3)

Assalamualaikum🙂

Ini adalah entry terakhir saya dalam siri 2012 Eurotrip saya bersama isteri dan ibu mertua saya pada Jun-Julai lepas. Untuk siri siri yang lepas , sila click di sini :

  1. Zurich https://fazriani.wordpress.com/2012/07/20/2012-euro-trip-part-1-zurich/
  2. Zurich https://fazriani.wordpress.com/2012/07/22/2012-euro-trip-part-2-still-in-zurich-and-lompat-sekejap-ke-germany/
  3. Moscow https://fazriani.wordpress.com/2012/07/31/euro-trip-2012-moscow-city-part-one/
  4. Moscow (Graduation Day) https://fazriani.wordpress.com/2012/08/01/euro-trip-2012-shahruls-graduation-day/
  5. Moscow https://fazriani.wordpress.com/2012/08/05/euro-trip-2012-moscow-city-part-3/
  6. Zurich-Milan-Rome https://fazriani.wordpress.com/2012/08/18/a-night-in-rome/
  7. Rome https://fazriani.wordpress.com/2012/08/28/conquering-colosseum/
  8. Rome https://fazriani.wordpress.com/2012/09/08/10-hours-of-exploring-rome-is-not-enough/
  9. Firenze (Florence) https://fazriani.wordpress.com/2012/09/12/firenze-itu-florence/
  10. Firenze (Florence) https://fazriani.wordpress.com/2012/09/18/aku-mahu-kembali-lagi-ke-firenze/
  11. Venice https://fazriani.wordpress.com/2012/09/29/songs-and-colours-of-venice-part-one/
  12. Venice-Zurich  https://fazriani.wordpress.com/2012/10/09/songs-and-colours-of-venice-part-2/

Kami ronda ronda di Venice sehingga malam menjelma tiba. Tiba malam, ribuan pelancong yang waktu siang hari yang bersesak sesak seolah olah hilang, yang tinggal hanyalah ada lagi sedang minum di bar, makan di pizzeria, duduk di tepi laluan gondola. Majoriti kedai sudahpun mula tutup yang tinggal cuma lampu lampu suram menerangi lorong lorong kecil di kota lama ini.

Juga ada beberapa kedai kecil yang dibuka menjual makanan – time ni nak beli best sebab harganya dijual kurang dari separuh. Contohnya air mineral yang waktu pagi dijual dengan harga 3 Euro, boleh dibeli dengan 1 euro sahaja. Pekerja-pekerja di sini banyak jugak yang berasal dari Bangladesh , dan yang bestnya antara mereka ada pernah kerja di Malaysia🙂 Siap ingat lagi cakap Melayu. Malah saya juga ada berduet menyanyi lagu Ekamatra dengan sorang warga Bangladesh kat situ sewaktu dia menjual scarf pada mama ! Dan kami dapat ekstra diskaun, dan beberapa bungkus makanan free dan direction kepada kedai kedai yang menjual makanan halal kat sekitar Venice.

Namun apa daya, esok tu dah nak balik dah😦

Siang-siang kami checkout, breakfast dan do some last minute shopping sebelum bergerak meninggalkan Venice. 3 jam lebih saya memandu untuk ke Kota Milan untuk menghantar kereta sewa ni semula. Sedikit sesat, namun kerana co pilot saya rajin bertanya arah, akhirnya kami sampai di Milano Centrale untuk mengejar keretapi pulang ke Zurich. Alhamdulillah, setelah berlari gila gila (kesian mama) mencari platform untuk mengejar keretapi terakhir ke Zurich malam tu, dapat jugak kami naik dan spend time gelak gila gila terkenangkan muka barai masing masing sewaktu berlari lari dalam stesen keretapi mencari platform sambil bawak beg besar haha.

Auntie Abby datang jemput kami di stesen keretapi di Baden , dan sebaik sahaja sampai rumah mama terus masak nasik lauk ayam masak merah. Masing masing makan tahap tak tengok kiri kanan kerana dah lama tak jumpa nasik.

Esoknya, kami spend whole time tido – recovering penat yang amat sangat menjelajah Italy. Cuaca sejuk di Swiss memang membantu melenakan saya sampai ke petang. Kami hanya duduk2 di rumah bersembang dan tengok tengok gambar perjalanan yang diambil sambil bercerita. Owh, ditemani dengan kopi panas.

Esok pagi, kami bergerak ke airport. Sempat singgah sebentar bergambar di ladang bunga matahari (sunflower) yang lebih tinggi dari saya🙂

Alhamdulillah, setelah 2 minggu berkelana menjelajah , akhirnya tiba masanya kami balik ke Malaysia tercinta. Namun sarat dengan memori, (dan memory card) , pengalaman baru yang mengubah beberapa persepsi minda kami.

InsyaAllah, ada masa dan rezeki lain masa , ingin benar rasanya kembali ke Zurich. Ya, terutamanya Zurich kerana rasanya terlalu singkat masa yang dihabiskan di situ. Switzerland sangat cantik.

Err, maybe 2013 ?

3 responses

  1. nakia

    love the bunga matahari..:)

    November 16, 2012 at 00:18

  2. memey 50mm lens je kann.. chantekkks.. ehhHHe

    November 29, 2012 at 15:48

    • salam wakgelas🙂

      yes bro hehe. 50mm je. yang wide shot pakai camera compact je hihi. Thanks for visiting

      November 29, 2012 at 19:54

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s