Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Laksa Penang

Salam !

Secubit memori lama :

Semasa saya kat sekolah rendah , antara hari yang paling dinantikan tiba adalah hari Jumaat. Bukan sebab esoknya tu hari Sabtu & Ahad, tapi sebab pada Jumaat malam, akan ada pasar malam di kampung saya di Bagan Dalam.

Kami ke pasar malam selalunya lepas Maghrib. Lepas mandi dan lepas pakai bedak sejuk (homemade) , selalunya saya & adik akan bersama ibubapa or pakcik makcik akan gerak ramai ramai ke sana. Tangan ibubapa dipegang kemas sebab nak kena lintas jalan dan takut ‘lost’ depa di tengah tengah orang ramai.

Wap yang keluar berkepul kepul dari timbunan kacang kuda yang dikukus, nasik tomato + ayam masak merah + acar  yang dijual oleh Pak Janggut , putu piring yang panas panas, robot robot mainan dalam bungkusan plastik , bunyi generator yang bising yang memberi nyawa cahaya pada mentol mentol yang digantung di atas kepala laluan pejalan kaki, kaset kaset cetakrompak yang dijual RM2 sekeping antara kenangan yang dapat saya ingat masa tahun 1980 -1990 an tu.

Namun, yang paling memorable sekali adalah :

Laksa Buyong.

Pinggan kecik RM0.30 dan pinggan besar RM0.50. Kat gerai ni sahaja semasa pasar malam disediakan beberapa meja di bawah pokok ketapang yang sangat besar dan merimbun untuk pelanggan duduk dan makan laksa. Kuah nya diletakkan dalam buyong tanah liat merah yang besar di atas tungku api yang guna kayu api , dikacau kacau dari masa ke semasa sebelum mencedok kuah laksa tu masuk dalam pinggan plastik oren. Tiap kali menunggu order di tepi kakak laksa tu, tiap kali jugaklah bau harum kuah laksa menerjah lubang hidung tiap kali dia kacau kuah laksa samada untuk dine in atau bungkus bawak balik rumah.

Meleleh air liur.

Sebab meja yang disediakan tak sampai pun 10, maka pelanggan selalunya penuh. Selalunya adik saya or kawan akan tunggu di meja sementara saya pi beratur amek laksa. Bila dah dapat, kami duduk terus, muka tunduk mengadap laksa kekadang sedikit berpeluh sebab wap panas kuah laksa. Tapi peduli apa kan, laksa buyong apabila di campur ngan otak udang memang super lazat sampai kan tak perasan orang lalu lalang kat keliling dalam suasana kebisingan pasar malam tu.

2012 :

Teringin tiba tiba nak makan laksa. Saya mengajak isteri dan adik melintas Jambatan Pulau Pinang , untuk mencari laksa di Batu Feringgi. Makan laksa di sepanjang pantai Batu Ferinngi memang best . Singgah kami di Pantai Shamrock . Aroma laksa berselang seli dengan tiupan kuat angin pantai membuatkan sesekali isteri terpaksa pegang tudung yang ditiup angin sambil sebelah tangan memegang camca (sudu) menyuap laksa ke dalam mulut.

Kena pulak dengan pisang goreng.

Dan jagung bakar.

Peeh.

Oh yeah !

Alhamdulillah.

8 responses

  1. nakia

    kecoq ayaq lioq aihhh

    November 7, 2012 at 21:46

  2. Bila balik mai lagi..nanti kita buat 1 day food hunting…aku pun dah lama tk buat keja nie..1st mee udang pulau aman..2nd rojak tonggek pantai road..laksa cina muslim kat bukit minyak..cendoi kat permatang tok kandu…he2 ada bran ajak DR sekali

    November 7, 2012 at 22:57

    • set tuan, nanti set time banyak nak kena explore lagi tu Penang. Food Paradise maaa🙂

      November 13, 2012 at 19:16

  3. sedapnya laksa penang!

    November 12, 2012 at 10:52

    • yes sis ! sedap, namun mengikut kata kata pakar pemakanan sedunia, ada lagi satu tempat laksa sedap kat Balik Pulau. ni pun nak kena pi cari jugak hihi

      November 13, 2012 at 19:15

  4. best dudok penang saya pun dudok penang best boleh mndi laut huuhu
    !

    May 27, 2013 at 15:26

  5. x sbaq satgi nk pi mndi lot ..yeyeye🙂 😀 :O

    May 27, 2013 at 15:28

    • Aliya, thanks for dropping by. Yes ! Penang memang terbaik ! ahaha

      May 27, 2013 at 20:36

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s