Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Cinta Pantai Merdeka

Salam kawan kawan,

Sori, agak lama tak update Fotomamu🙂 Lately, saya kurang sehat namun sekarang dah Alhamdulillah better. Kaffarah pada dosa dosa lepas hendaknya .

Aidiladha bakal menjelma – nampak sangat masa terlalu cepat berlalu melintasi kita. Pada yang pandai manfaatkannya – alhamdulillah. Namun pada yang mempersiakannya, aduhai – rugi.

Sangat rugi.

Saya kerap balik beberapa kali dalam sebulan untuk lepak bersama isteri di Sungai Petani. Kali ini, cuti panjang sebelum Aidiladha dimanfaatkan kami untuk pergi berjalan di sekitar Sungai Petani setiap petang selepas isteri bekerja untuk jamu mata melihat sawah padi yang menghijau, burung burung bangau kat tepi sungai mencelup paruh mencari rezeki, deretan gerai kecil yang menjual pelbagai jenis kuih muih yang gebu, besar dan sedap dan murah dan banyak lagi.

Begitu juga ketika menyelusuri jalan kampung ke Pantai Merdeka, kami melalui kawasan kampung yang cantik, masih ‘dara’ dengan nafsu pembangunan, rumah rumah papan yang besar dan tinggi tinggi di tepi sawah, kedai kedai kopi kecil bawah pohon kelapa yang dipenuhi pakcik pakcik yang sedang minum kopi sambil baca suratkhabar Utusan Jawi.

Masa ke semasa anak anak kecil lalu melintas berlari sambil ketawa besar di jalan jalan raya sambil menyorong basikal berkejaran dengan kawan kawan lain sambil tidak berbaju . Yaa, tidak berbaju namun, sangat gembira rupanya. Ketawa besar sampai nampak gigi putih .

Terlalu banyak benda , kejadian, ciptaan Tuhan , peristiwa , drama drama kecil yang sentiasa berlaku di kelililing kita sebenarnya yang membuatkan masalah masalah yang sedang kita hadapi terlalu ‘kecil’ berbanding dengan rahmat Allah yang turun berterusan dalam pelbagai rupa di keliling kita.

Kali terakhir saya di sini sudah 15-20 tahun lepas. Bersama ibubapa. Masa tu saya ingat lagi, ombak sangat kuat menghempas batu pantai sampai terpercik setinggi pokok airnya. Air laut kuat menghembus sampai rasa menderu deru di cuping telinga saya yang masih budak ketika tu.

Owh. Memori.

Kali ini saya bawak isteri untuk duduk bersama, melihat matahari jatuh perlahan lahan ketika masa menginjak ke Maghrib. Walaupun tidak lah secantik kawasan kawasan scenic yang lain, namun perasaan duduk mengadap satu sama lain sambil bercerita tentang pengalaman kami bercuti di tepi laut masa kami kecik kecik dahulu sambil ditemani angin laut yang tiup sangat lah rasa best.

Teringat lirik lagu :

“Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya… peristiwa…
Cinta kita di Pantai Merdeka…
Oh… oh…

( 1 )
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka ”

Lagu nyanyian Tropika suatu masa dahulu.

Jiwang ? Hahaha.

Yup. Jiwang dengan wife disertakan dengan pahala🙂

Jumpa lagi ya kawan !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s