Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Songs and Colours of Venice (Part One)

Salam kawan kawan,

Selepas puas meronda di Firenze (masih lagi belum puas sebenarnya), seawal pagi kami bergerak dari Firenze menuju ke Venice yang terletak kira kira 300km ke utara dari mana kami berada. Matahari yang terang dan mula terik mengiringi FIat 500 yang kami pandu bergerak keluar dari Firenze dan Tuscany yang sangat cantik. InsyaAllah kalau diizinkanNya, ingin sangat kami kembali ke sini tapi maybe dalam musim luruh untuk pengalaman baru🙂

Isteri saya selaku co pilot memang sangat sangat membantu dan aktif memberikan arahan arahan dan sesekali memberi galakan untuk saya memandu laju dan cilok secara rambang dan berbahaya sepanjang perjalanan hehe. Memang jenuh sangat takde GPS, kami pun pakai peta yang hampir setengah hancur dilipat sana sini untuk membantu perjalanan kami ke sana sini di Itali.

Bumbung bumbung bangunan yang merah kekuningan dan air laut yang bergemerlapan disinari matahari terik menyambut kami sewaktu kami sampai di Venice lebih kurang jam 12 tengahhari. Terdapat banyak tempat parking kereta sebelum masuk ke Venice, maka kami pilih satu yang betul betul terletak selepas jambatan besar masuk ke Venice dengan harga 26 Euro sehari parking. Parking kebanyakan bertingkat dan Alhamdulillah, ada tempat parking kosong untuk kami park.

Ada banyak cara untuk meneroka Venice, namun sebelum bermula, amat amatlah saya syorkan untuk membeli peta Venice untuk membantu kita navigate di celah celah lorong bangunan sambil meniti beratus jambatan kecil di dalam Venice. Macam maze. Boleh sesat kalau tak kena caranya.

Kami terus check in dalam Hotel Leo (nak mencarinya gak satu cabaran) yang terletak di celah celah lorong Cannaregio di tengah tengah matahari terik membahang atas kepala. Manusia manusia pelbagai warna pelbagai bahasa pelbagai rupa memenuhi Venice sepenuh penuhnya, hingga kekadang sangat sesak untuk bergerak di celah celah bangunannya. Selepas check in, kami mandi , solat dan terus bergerak keluar (sebab kalau start duduk atas katil tu compom tido lena) untuk melihat sekitar Venice.

Venice ni cantik. Menjadi inspirasi ramai penyair , penyanyi, pembikin lagu dan penerbit filem memilihnya untuk dibadikan dalam karya masing masing. Bagi saya, jalan di Venice tak perlu rebut rebut dan terburu buru. Take ur time untuk melihat bukan sahaja kecantikan bandar atas air ini, namun ada banyak lagi benda yang boleh dilihat.

Kami berjalan sekitar Venice dari pulau ke pulau kecil yang dihubungkan oleh jambatan2 , melihat gelagat para pengayuh Gondola, pasu bunga kecil yang menghiasi balkoni bangunan bangunannya, turut sama bertepuk tangan beramai ramai bila ada satu pasangan yang baru berkahwin berjalan berpegang tangan memakai gaun pengantin lengkap tersenyum lebar menelusuri jalan di tengah tengah Venice, telan air liur melihat pastry pastry roti bun yang disusun di sebalik cermin kaca kedai kedai roti, terbeliak mata melihat saiz saiz pizza yang ada di kedainya. Pizza walaupun dapat jamah satu part kenyangnya sampai ke malam. Kami makan pizza vegetarian (cuma sos tomato and carikan carikan keju yang ditabur di atasnya) untuk rasa gak kedasyatan rasanya hehe.

This is part 1,

enjoy the pictures ya🙂

Ayang tengok peta lagi sekali. Kalau tanpa peta nak teroka Venice, saya ucapkan : Super Good Luck lah !!

sedap gile kot aiskrim

9 responses

  1. nakia

    adoi…my heart melt….

    September 29, 2012 at 15:00

    • Kia.. Jom pegi… Hahahhahaha

      October 1, 2012 at 12:41

    • nakia, kena pi lagi best !!!

      October 9, 2012 at 23:01

  2. Tak naik gondola?

    October 1, 2012 at 12:40

    • memang teringin nak naik, tapi mahal sangat la sis🙂

      October 9, 2012 at 23:01

      • ye ke..tapi dah alang2 pegi kan..berapa??

        October 10, 2012 at 15:55

      • Zalina, tak salah saya dalam euro80-100 kot rasanya

        October 25, 2012 at 16:04

  3. Memang cantik tempat ni. Suka dengan gambar hitam putih orang bawak gondola di celah-celah bangunan tu. Brilliant!!

    October 2, 2012 at 20:32

    • Alhamdulillah tq bos, tu la ingatkan memula nak naik gondola tu tapi mahai gila kot huhu

      October 9, 2012 at 23:01

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s