Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Aku mahu kembali lagi ke Firenze !

Salam kawan kawan.

Sesungguhnya bagi saya sangat benar kata kata pujangga dulu :

“Jauh perjalanan luas pengalaman”

Hmmm.

Macam mana saya nak cerita eh ?

Camni :

Berdiri di tengah tengah kota asing , dikelilingi oleh ribuan manusia yang bercakap berpuluh bahasa asing , meneka makna signboard yang dijumpai di sepanjang jalan, berjalan slow ala dramatik sambil memegang batu bata bangunan bangunan lama , sesekali mengelak apabila makcik berusia lebih kurang 60 tahun hampir melanggar saya dengan basikal tuanya yang dihiasi bunga segar kat bakulnya, bertawar menawar harga beg dalam keadaan saya tak paham bahasa itali dan si penjual tak reti bahasa english .

Semerbak bau kulit original dalam tiap kedai leather product yang dikunjungi, suhu panas yang menyebabkan saya meneguk air tiap 10 minit sekali, melalui kedai kedai geletto aiskrim yang super menyelerakan, senyum sambil menolak ajakan ‘singgah mai masuk’ waitress kedai kedai pizzeria , lawan tenung mata dengan anjing poodle yang dibawa dalam beg jenama LV oleh tuannya .

Cuba menafsir maksud di sebalik lukisan lukisan yang menghiasi dinding bangunan, membaca maksud lain di sebalik tugu tugu dan patung patung di sekeliling Florence, melihat ke atas dan terpandang bait bait syair ciptaan Dante yang diukir di dinding bangunan lama, tersenyum sambil melihat bagaimana tangan orang Itali bergerak gerak bermacam gaya ketika bersembang di tepi jalan, kagum dengan ‘sense of style’ orang italian yang rapi bergaya dari hujung rambut ke hujung kaki tak kira lelaki mahupun perempuan tak kira usia dressing habes walaupun nak berjalan nak ke kedai.

Owh Firenze.

Owh Florence.

We will miss u badly.

InsyaAllah, we’ll return here one day😉

terima kasih !

3 responses

  1. Thanks for sharing. Macam biasa… Gambar2 yang mantap.

    September 19, 2012 at 00:23

  2. Pegi musim sejuk lagi best kut?

    September 25, 2012 at 08:19

    • salam zarina, yup. depa kata musim sejuk lagi best – tapi me and wifey rancang nak ke sana during autumn / fall plak hihi. Lagipun saya tak tahan sejuk .

      September 29, 2012 at 12:41

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s