Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Firenze itu Florence

Salam kawan kawan,

Kami bergerak dari kesibukan kota Rome , sesat namun dibantu oleh beberapa italian yang baik hati untuk kami jumpa jalan keluar dari Roma. Jam dah menunjukkan jam 5 petang masa kami mula memasuki highwaynya menuju ke utara Itali. Dikenali dengan nama Autostrada , highway ini menghubungkan hampir semua kota kota utama Itali.

Fiat 500 sewa kami meluncur laju sepanjang Autostrada dari Rome. Kekok rasanya tukar gear dengan guna tangan kanan pada awalnya , namun lama kelamaan Alhamdulillah dah biasa dan mula lancar. Sama seperti Malaysia, sepanjang autostrada punya juga banyak rest area yang lengkap dengan kedai. Dari masa ke semasa memandu, kita akan jumpa dengan papan tanda eletronik yang memaparkan harga harian semasa minyak petrol yang berbeza beza antara satu stesen dan satu stesen yang lain🙂

Kiri kanan kami dihampar oleh ladang gandum yang seluas mata memandang, ada gumpalan gumpalan jerami yang disusun comel dan juga sesetengah pemiliknya melepaskan kuda bebas berlari di padang padang rumput yang luas. Sentral Itali tidak punya banyak gunung yang tinggi , cuma bukit bukau hijau dan emas yang luas dan pokok pokok tirus tinggi lurus sebagai penghias laluan masuk ke dalam villa villa batu bata merah yang banyak di kaki kaki bukit.

Sepanjang laluan juga ke Firenze (nama highway and peta untuk Florence), beberapa bandar lain juga dilalui seperti Grossetto dan Siena. Sengaja kami pilih jalan tu sebab ia melalui tepi laut. Siena dalam buku travel saya memang banyak juga tempat menarik, namun kali ni terpaksa di’skip’ kerna masa terhad di Itali🙂

Kami terus bergerak ke Florence memandangkan hari sudah hampir gelap dan sampai di sana ketika hampir jam mencecah 12 tengah malam.  Sedikit sesat untuk mencari hotel di tengah tengah malam di Firenze dan bersyukur saya kerna ada co pilot yang banyak menolong saya mencari jalan dan berhenti bertanya arah dari masa ke semasa.

Jam 1 pagi, kami sampai di Hotel Emma.

Kami bangun seawal mungkin pada esoknya, dan bertekad untuk meneroka Florence dengan menapak kaki sahaja kerna untuk seorang yang baru memandu kereta left hand drive, saya ragu keupayaan diri sendiri untuk meneroka celah celah lorong Florence yang sempit dan sangat limited tempat parkirnya.

Destinasi pertama kami adalah lain tidak lain untuk melihat Santa Maria del Fiore yang mempamerkan skill arkitektual yang tinggi. Seni berselang seli dengan teknologi pembinaan mereka melahirkan bangunan bangunan yang cantik sebegini.

Alang alang dah sampai, saya dan wife mencabar diri untuk memanjat Giotto’s Tower – menara loceng setinggi 414 tangga batu yang berliku liku untuk sampai ke atasnya untuk melihat 360 darjah permandangan seluruh Firenze hingga ke kaki langit sana. Penat !! tapi berbaloi-baloi memanjatnya. Amaran keras kepada orang yang mempuyai masalah jantung dan kesihatan untuk tidak memanjatnya kerna bagi saya memang mencabar namun kalau nak naik jugak takpe kerana kat bawah tu ada banyak standy ambulance🙂

Firenze juga satu ‘syurga’ untuk peminat barangan kulit tulen. Peniaga di sini sangat berbangga dengan barangan kulit mereka yang didakwa terbaik di dunia !

Dan saya bersetuju🙂 Dan paling bestnya bila seisi tawar menawar kalau nak beli . Tersenyum melihat gelagat peniaga depa mengeluh , tepuk dahi, menjatuhkan bahu, berkata “mamma mia !! andai kata tawaran yang kita buat terlalu rendah.

Sana sini selang 4-5 kedai barang kulit, akan ada gerai gerai kecil menjual geletto (aiskrim) yang super lazat ! Kami lunch di satu kedai yang menjual Kebab Turki sepanjang rondaan kami di sana. Kenyang cukup sampai ke malam !

Fiat 500 kiut comel tak hingat yang disewa kami🙂

Pagi di Firenze.

Real Flowers🙂

Bergaya tidak kira usia🙂

Perfettamente leather products

Kucing ni namanya Nero. Sebijik seketul macam Gebu di Penang. Gelak orang tua si italian ni bila saya tunjukkan gambar Gebu dalam henpon saya

Epic. Sebahagian dari bangunan ini masih dalam peringkat maintenance sewaktu lawatan kami

Ayang bersama standy ambulance in case ada emergency di kalangan pelawat nak bercita cita memanjat Giotto’s Tower

414 steps to the top. Not advisable to those yang ada heart disease. Alhamdulillah, ketika lutut hampir tercabut, kami berdua berjaya sampai di atas

Seorang pengunjung berehat sebentar di tengah tengah perjalanan ke atas Giotto’s Tower. Kelihatan adalah kubah Santa Maria del Fiore

owh. Aku gemuk.

Beauty

OOOO atas tu pun boleh panjat gak kaaa

Still admiring the beauty of the building

Ok, Alhamdulillah kami berjaya naik dan turun tanpa ada sebarang masalah kesihatan hehe.

Tq for still reading my blog ya .

Please do stay tune for my next updates !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s