Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

10 Hours of Exploring Rome ( is not enough)

Salam kawan kawan🙂

Sinar matahari yang sangat terik menanti kami sebaik saja kami melangkah keluar dari bayangan Colosseum. Memang sangat panas sehingga saya terpaksa bawak 3 botol air mineral dan jus buah dalam beg saya. Kalau kat Rome , terdapat beberapa kedai yang agak murah menjual barangan runcit berbanding dengan gerai gerai kecil di tempat tumpuan pelancong. So kena pandai tanya dan pandai cari, kalau tak terpaksalah spend 3 euro untuk satu botol kecil air mineral🙂

Sebenarnya kami melakukan satu misi yang agak mustahil di Rome ni. Sebelum tiba di sini, sambil sambil saya surf untuk mengenal dan ambil tahu sejarah dan latar belakang tempat tempat bersejarah kat Rome ni , kebanyakan dari website mencadangkan minima 3 hari kalau nak abes berjalan kat Rome ni. Jadi , saya terfikir macam mana nak jalan kat semua tempat menarik kat Rome ni dalam tempoh kurang dari 10 Jam sebelum kami bertolak ke Florence.

Jadi, selepas diskusi saya, wife dan mama mengambil keputusan untuk naik beca supaya kami dapat cover more ground dalam tempoh terhad ni. Beca yang dikayuh oleh tourist guide merupakan salah satu cara yang terbaik untuk explore Rome dengan menelusuri celah celah lorong kecil kota lama ini sambil mendengar cerita yang disampaikan oleh tour guide kami Alessandro yang berasal dari Poland itu. Yang bagusnya, dia bawak kami untuk singgah beli barang barang runcit kat kedai kedai yang murah berbanding tempat lain sepanjang tour kami.

Antara tempat yang kami lawati :

a) Trevi Fountain – walaupun separuhnya ditutup kerna sedang dibuat maintenance, namun fountain ini memang epik dengan ukiran patung yang super realistic di atas air yang sangat segar dan sejuk sangat .

b) Fountain of Four River di Piazza Navona

c) Pantheon – cerita tentang pembinaan dome nya saja memang mengkagumkan saya

d) The Spanish Steps yang didepannya penuh dengan kedai kedai super jenama branded seperti Prada, Gucci dan lain lain

e) Castel St Angelo yang disebut sebut dalam novel feveret saya Angels and Demons by Dan Brown.

Namun kami tidak sempat ke Vatican City😉 cuma dapat memandang nya saja dari jambatan di depan Castel St Angelo.

Rome memang sarat dengan pelbagai sejarah pahit manis yang boleh kita ambil pengajaran untuk masa hadapan. Sebagai seorang penggemar foto, memang sangat teruja untuk non stop tekan shutter ambil gambar sana sini sebab ya, Rome ini sangat cantik. Namun sesekali saya ingatkan diri sendiri untuk turunkan kamera dan gunakan mata saya sendiri untuk tengok dan menghayati keseniaan dan keindahan kota Rome ini. Sebahagian besarnya memorinya saya simpan dalam kotak hati.

Enjoy the pictures ya my friends🙂

 

Kira kira jam 5 petang, kami ke Roma Termini untuk mengambil kereta yang kami tempah untuk disewa for our Italian Road Trip.

Well, we got ourselves a brand new cute Fiat 500 !!

Without GPS , memang super susah and super sesat kekadang tu memandu di celah celah kota Rome ni , tambahan pulak, kereta yang disewa adalah left hand drive !! Kotak gear di sebelah kanan dan pemanduan manual sambil cari nama jalan ! Fuh. Memang mencabar hahaha. Alhamdulillah, berbekalkan peta dan pertolongan dari beberapa italian yang baik hati untuk tunjukkan jalan keluar dari Rome untuk ke destinasi seterusnya Florence , Kota Renaissance .

Next entry,

Penerokaan Firenze !

Thank you for reading😉

5 responses

  1. ya allah..owesome Mamu!

    September 11, 2012 at 00:43

    • Bestnya….
      Becanya mana?

      September 11, 2012 at 15:44

      • Zalina , haha gambar beca tak sempat nak upload😉 kami bertiga berhimpit naik beca tu dan sambil si Alessandro tu kayuh, nanti dia cerita macam macam sejarah berkenaan dengan asal usul tempat tu, sejarah di sebalik tiap monument penting😉

        September 11, 2012 at 17:00

    • Alhamdulillah Nakia , dunia Allah memang banyak mende leh tengok and kita jadikan pengajaran🙂 Sejarahnya sarat dengat pengajaran untuk kita zaman sekarang.

      September 11, 2012 at 16:59

  2. Bila tengok gambar2 ni rasa macam nak gi Rome je. Thanks again for sharing

    September 19, 2012 at 00:30

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s