Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Nasi Kandar Line Clear

Salam to kawan kawan.

Malu gak sebenarnya nak type post ni. Bukan apa, sepanjang panjang hidup saya sebagai orang Penang, cuma baru baru ni sahaja saya mendapat peluang dan kesempatan untuk berkunjung dan merasai nasi kandar yang begitu sinonim dengan Pulau Pinang🙂

Nasi Kandar Line Clear.

Wife saya , walaupun berasal dari Johor dah pun lebih terdahulu sampai di sini bersama ibu mertua saya tidak lama dahulu ketika dia berkursus di sini.

Jadi pada tengah hari Syawal ke-6 saya , isteri dan juga adik saya Farhan sengaja berpakat untuk tidak breakfast supaya perut kasi lapar lapar demi menunggu saat dan ketika nasi kandar Line Clear masuk ke perut. Kami bergerak ke sana agak lewat , dalam jam 2 pm selepas solat Zuhur melalui Jambatan Pulau Pinang untuk ke sana mencari Penang Road.

Alhamdulillah, jalan tak lah sesibuk seperti yang disangka dan kami parking agak jauh sikit somewhere at the backlanes of Penang Road sebelum berjalan ke Line Clear.

Actually kepada yang dah pernah pergi (atau yang hari hari pergi) akan notice yang tempat Line Clear bukannya actually a restaurant pun. Lokasinya terselit antara 2 bangunan , dan di celah tu lah diletakkan meja-meja, kerusi-kerusi dan jugak susunan timbunan lauk pauk kari mari yang memangggil memanggil deria rasa saat kita mula beratur menunggu giliran. Did I say beratur ?

Yup.

Dakwaan kawan saya yang selalu makan kat sini comfirm kena beratur panjang untuk tunggu seisi mamak tu mencampurkan lauk pauk dan ‘menari narikan sudunya membanjir kan kuah’ ke dalam pinggan nasik kita. OR kalau nak makan hidang pun boleh gak, just cari port tempat duduk dan terus order pada mamak mamak yang fotogenik tu ( depa ni pandai bergaya depan camera) nak makan apa.

Sedap ke ?

Hah. Soalan yang kalau tanya kat wall facebuk mungkin dapat 7 juta ‘like’ kot🙂

For me, this place tidak sekadar hanya untuk mendapatkan makanan yang super lazat, it is more like a culture lesson. Kat sini kita dapat lihat semua orang berbilang bangsa datang dari segenap ceruk Penang and also Malaysia duduk side by side , dahi berpeluh (sebab tak kena kipas), jilat jari (utk rasa balance kuah kari yang masih terlekat) dan terkadang ada yang bersandar lepas makan , senyum dan berkata :

“Betul la – sedap sungguh !”

Selepas makan kat situ, kami bergerak ke Padang Kota Lama foodcourt kerana di sini pulak terletaknya Jalil Special Ice Kacang yang secara peribadinya , saya rasa it is the best ice kacang yang pernah saya makan sepanjang 34 tahun hidup saya !

Awesome !

Enjoy the pictures🙂

Super Awesome Ais Kacang !!!

Wow.

Selesai menjamu selera, kami terus balik sambil nyanyi dalam kereta sebab perut dah kenyang.

Burp.

Alhamdulillah.

Stay tuned for my next entry ya friends😉

5 responses

  1. Agak2 yg kat KL punye Line Clear tu pun sesedap Penangnye ke tak ek? Saya tak pernah rase sebab takleh masyuk la kari mamak ni hehe… ntah lah nape, ngade!

    September 4, 2012 at 08:52

    • salam Farah,
      haha, KL punya Line Clear ? Kat mana tu Farah ? Saya pun tak pernah try lagi. Kalau dah try leh la review hehe.

      September 10, 2012 at 16:37

  2. Anwar

    Thank You Bro for promoting Line Clear Nasi Kandar. This shop has been established since 1940s and the name of the restaurant was created by the nasi kandar lover . anyway. I really appreciate your time and also your creativeness of editing the picture and being a part of your blog’s story.

    Grandson of SN. Seeni Packir

    ” SN Seeni Packir is the Founder and the Owner of Line Clear”.

    February 12, 2013 at 17:45

    • Salam Anwar ,

      thank u for visiting Fotomamu. Yes , Line Clear was famous troughout our country. I’m in Rawang and when my collegues asked me where to go when visiting Penang, among my 1st recommendation to them is to have lunch at Line Clear Nasi Kandar !

      February 16, 2013 at 14:21

  3. miswadi

    Salam sdr Anwar… bila baca blog ni terus jer terkenang masa duduk Penang dulu… Line Clear memang the best nasi kandar yang saya dan famili pernah makan… kalau boleh nak kesana hari-hari, tapi apa kan daya… sekarang kami telah berpindah ke KL.

    January 24, 2014 at 16:54

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s