Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Conquering Colosseum

Salam !

Sambung semula my previous entry regarding my recent trip to Europe sebelum Ramadhan lepas.

Setelah kami gagal untuk menjejak Colosseum pada malam kami sampai ke kota Rome ini, keesokkan paginya awal awal pagi lagi setelah breakfast di hotel kami keluar untuk meneroka isi perut bandar historikal ini. Memandangkan kami ada masa cuma tak lebih dari 10 jam pada hari tu untuk meneroka, jadi kami perlu mencari satu kaedah yang super effektif (walaupun tak cukup kos effektif) untuk memaksimakan pengalaman kami di sana. Ye lah, alang alang dah sampaikan.

Penerokaan di Caput Mundi ini boleh dilakukan banyak cara. Yang paling penting sebelum bermula, pergilah ke Tourist Center yang paling hampir untuk ambik dia punya peta. Rome dihubungkan dengan effektif melalui sistem jaringan metro dan bus yang effesien. And tiketnya boleh dibeli banyak cara – one time , daily pass, 3 days pass dan lain lain. Jadi, target utama kami yang memula sekali nak pi tengok adalah ke Colosseum.

From Roma Termini ( cam KL Central dia la tu) kami naik metro terus ke Colosseum. Sekejap je, 10 minit dah sampai. Dan sampainya betul betul depan Colosseum tu.

Colosseum.

Saya dah tengok movie Gladiator dan drama Spartacus.

Saya dah baca mengenainya sebelum saya tiba.

Juga saya dah tengok gambarnya berulang kali dalam pelbagai sudut dan perspektif bila ianya diabadikan oleh ribuan lensa fotografer dan traveller yang datang ke sini.

But, mcm omputih kata, there are some things in this world that you have to see it in order to believe it .

That is so true about this magnificient mammoth monument.

Terpaku saya tengok . Dah lah terpaku, panas pun satu hal. Matahari betul betul tegak atas kepala membuatkan saya habis berpuluh ringgit untuk beli berbotol air mineral dan jus untuk kasi hilang dahaga. Kang pengsan kat situ satu hal gak kasi malu orang Malaysia hehe.

Kami beratur almost sejam dari luar hingga ke dalam untuk membeli tiket sebelum masuk ke dalam Colosseum tu. Macam macam bahasa orang cakap keliling kita, English, Spanish, India, Jepun dan ramai lagi. Ketika beratur akan datang beberapa orang tourist guide untuk offer service depa untuk bawak kita masuk. But we rather go in by ourselves🙂

Kami spend masa lebih kurang sejam lebih berjalan jalan di dalam Colosseum untuk tengok sendiri macammana orang dulu2 pikirkan teknologi untuk menghiburkan 50,000 rakyat yang leh berdiri dan bersorak dalam tu. Beribu hamba abdi, beribu haiwan liar dan beribu lagi Gladiator membasahi pasir nya dengan darah mereka sendiri demi kegemilangan Rome dulu dengan pelbagai aksi pertempuran yang dirancang. Yang paling saya kagum personally ada plak depa ni boleh ‘banjir’kan dalam Colosseum tu untuk simulate pertempuran armada laut Rome dengan musuh musuh tradisi mereka.

Gile.

Sungguh epic ini tempat.

Enjoy the pictures my friends🙂

My kind of car !!

super epic. U have to see it to believe it

Entry kali ni focusnya tentang lawatan kami di Colosseum , next entry kami naik beca keliling Rome sambil ditemani oleh seorang ‘historian’ Rome !

Stay Tune !!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s