Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

A night in Rome

Salam,

Salam Aidilfitri to all kawan kawan saya yang masih sudi menjengah ke Fotomamu ni🙂

Sebaik sahaja pulang dari Moscow, kami berehat semalaman di Zurich untuk meneruskan kembara Euro kami ni. Actually boleh je fly terus dari Moscow ke Venice, namun ada sebabnya kami kembali ke Zurich. Reason utamanya ialah untuk merasai majestik nya menaiki keretapi laju merentasi pergunungan Alps yang legendary tentang kecantikannya.

Keretapi yang dinaiki bertolak dari Bern kira kira jam 9.00 pagi. Di sebelah kanan kami terpampang panorama yang super cantik ( Subhanallah) banjaran Alps yang sangat cantik. Ya, seolah olah rasanya melalui satu lukisan landscape yang sangat besar. Kaki gunung gunung di situ sebahagiannya dipenuhi oleh rumput hijau , dihiasi dengan tompokan rumah rumah kecil. Bahagian atas gunung terselindung sebahagiannya oleh awan nipis, dan diatas awan itu ada lagi sebahagian dari puncak gunung yang putih diselumuti salji. Kaki gunung sepanjangnya ada laluan sungai yang air nya mengalir kuat sejernih kaca , yang pasti dingin walaupun saya melihatnya dari dalam keretapi yang bergerak laju.

Di samping ‘hidangan’ permandangan Alps yang epik itu, kami juga melalui beberapa negeri lain Itali yang sangat cantik sebelum kami tiba di Milano Centrale. Lugano dan Como adalah negeri tasik Itali. Pulau pulau kecil di tengah tengah tasik yang terpampang luas seluasnya , bot bot kecil bertambat di tepi tasik. Air tasik yang sangat tenang membuatkan saya bisa melihat refleksi awan biru di atas tasek. Rasanya macam nak hijack keretapi suruh drebarnya stop sekejap heheh. Cantik.

Rugi sangat kalau terlena dalam perjalanan tu . Perjalanan selama 4 jam ke Milan memang terlalu banyak permandangan cantik di kiri dan kanannya .

Sampai di Milano Centrale , kami terus menaiki bas ke Bergamo Airport sebelum terus ke Rome Champiano Airport. Kat airport tu sempat lagi kami makan nasik lauk ayam yang dimasak mama malam tu hehe. Siap berpaling lagi orang orang Itali kat situ bila menghidu masakan mama tu.

Sampai saja di Rome, terus kami naiki bas ke Roma Termini. Cam KL Central la kat Rome tu. Hotel kami, Oversea Bed and Breakfast yang dipunyai oleh satu family Chinese terletak betul betul berhadapan dengan Roma Termini. So sangatlah senang. Sebaik sahaja check in, letak beg, solat kami terus keluar dengan niat nak mencari Colloseum hoho.

Namun, untuk berjalan dan meneroka Rome memang kompom kena ada map. Tambahan plak waktu malam. Dan itu yang kami takde . Buku kecil peta Rome yang saya ada nampak nya tidak beberapa membantu, namun ada pelancong US yang baik hati memberi kami peta yang dia ada🙂

So, memang tak jumpa la Colloseum pada malam tu. We spend masa berjalan kaki di sekitar bandar melihat permandangan Rome yang sangat cantik pada waktu malam. Kedai kedai banyak ditutup . Namun kedai kedai makan seperti pizzaria, bar dan beberapa kedai kecil menjual gellato ( aiskrim) masih dibuka dan masih menanti pelanggan.

Setelah penat berjalan, kami berehat setelah masak mee maggi yang dibawa khas dari Malaysia hehe.

Tomorrow morning, we will conquer Rome !!

See u guys in the next entry !!

Salam

4 responses

  1. Pengalaman yang menarik bila berada di Europe. Seperti biasa, gambar, mantap seperti selalu. Lepas raya kita kena ada sesi post mortem europe trip. Selamat Hari Raya to you and your wife.

    August 18, 2012 at 17:46

    • tq bos, orait, nanti 1st week kita set TT kat Hijaz after work. Set semua datang, bawak kueh raya pun boleh hehe. Tq bos and Selamat Hari Raya😉

      August 25, 2012 at 13:22

  2. Gambar2 yg tak jemu ditengok berulang2 kali.. Cepat2 update next entry ;p.

    August 22, 2012 at 02:19

    • thank u soo much for dropping by Zalina🙂
      InsyaAllah gambar gambar lain bakal menyusul😉 thank you and stay tuned !!

      August 25, 2012 at 13:21

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s