Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Euro Trip 2012 : Moscow City Part 3

Salam Ramadhan and selamat ‘tak sabar’ nak bercuti pada kawan kawan !

Entry ini adalah rentetan daripada event sebaik sahaja selepas majlis konvokesyen Shahrul. Beberapa hari sebelum majlis konvo bermula, Shahrul dan kawan kawannya telah pun mengatur satu special event ( once in a lifetime kot for me) khas kepada ibu bapa mereka yang datang dari jauh untuk sama sama merasai naik ‘ Hummer Limousines ‘ yang disewa khas untuk bersiar siar dan bergambar di sekitar bandaraya Moscow. Sebanyak 3 unit Hummer itu disewa – dan dalam satu Hummer Limo tu dapat memuatkan lebihkurang 20 orang.

20 orang dalam satu Hummer. Yes. Memang meriah betul.  Each student memperkenalkan diri dan juga ibu bapa masing masing sambil Hummer tu menelurusi jalan jalan sekitar Moscow City. Beberapa venue telah dipilih untuk semua turun sebentar untuk berehat dan bergambar . Antaranya kami berhenti jap di Borovyevery Gori yang dapat kami lihat keseluruhan Moscow City, MGU yang merupakan salah satu daripada 7 Sisters ( bangunan mercutanda stail Stalinist : ada 7 kesemuanya) , beberapa tempat lain sebelum last sekali berhenti di Red Square untuk bergambar lagi sekali😉

The day sebelum kami bertolak balik semula ke Zurich, kami keluar kejap di awal awal pagi untuk meronda di Arbat Street. Arbat Street ini merupakan satu jalur jalan yang sangat panjang ( more than 2 km kot tak salah saya) . Dan disini ada banyak gerai gerai kecil menjual pelbagai jenis cenderamata, dan satu tempat tumpuan para artisan mempamerkan karya masing masing. One thing saya notice was para pelukis jalanan kat sini memang super talented dan gambar yang depa lukis, masyaAllah sungguh lawa ! Setelah puas meronda dan membeli cenderamata, kami bergerak semula ke hostel sebelum kami naik teksi ke Domodedovo Airport.

Pesanan untuk saya sendiri dan kawan kawan, jalanraya dan highway di Moscow City sangat lah sesak, tambahan plak time kami pi tu most roads started to do their maintenance. Jalan menjadi sempit, kereta beribu bersesak sesak, debu berterbangan di udara, panas mentari membuatkan seolah olah air cond tu takde effect. Jalan sesak sepanjang kami nak menuju ke Airport. Sampai saja ke Airport, lagi sekali kami berebut dan sesekali berlari kerana delayed by security check  dan urusan emigresen yang agak lembab dan slow motion.

Alhamdulillah, several fellow Malaysians yang turut sama beratur time tu memberi laluan khas kepada kami kerna boarding time kami yang sudah terlalu hampir. Terima kasih pada depa semua😉 Walaupun tak sempat bertanya nama, terima kasih lagi sekali dan hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Alhamdulillah, kami selamat menaiki plane yang kebetulan delayed 15 mins dan kembali ke Zurich pada malamnya.

Next entry : ROADTRIPS ITALIA BEGINS !!!!

stay tuned guys !

Thank u😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s