Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

2012 Euro Trip : Part 1 ( Zurich)

Salam kawan kawan,

Sori ye , agak lama ( paling lama rasanya) Fotomamu ni dibiarkan bersawang tanpa sebarang updates. Now it is ready for some

new fresh post yang boleh dikumpulkan dan dipublishkan dari masa ke semasa.

Last few weeks, me and wife together with my mother in law had a jolly good time travelling to Europe. Alhamdulillah,

takde sebarang masalah besar,sampai jugak la kami dengan selamat kat Malaysia end of last week.

Perancangan kali ni bermula 2 bulan before tarikh tayar kapal terbang bergerak meninggalkan KLIA 30 June lepas. Thanks to

photographer/blogger Wazari Wazir ( which ispired me with his travel tips and pictures), salah satu tips yang paling berguna adalah

his recommendation of www.skyscanner.com. Super very helpful. Just masukkan tempat mana yang korang nak pergi travel, masukkan

tarikhnya pastu and Search. And walla ! All list from all avalaible flights from all avalaible airlines akan terpampang keluar

kat monitor anda termasuklah harganya sekali. So u guys can make comparison and find which one the suits your budget and

travel plans. Like me, saya pilih of course lah yang paling murah sekali😉

Orait, after dah purchased ticket from Qatar Airways, we proceed using Agoda.com and also Hostelbookers.com untuk cari high and low about

our accomodation kat sana plak. Seriously, this process was tedious and me and wifey have to use 2 pcs side by side to open all recommnedation

one by one , buat comparison harga vs value and also have to check rating/comments about tempat yang kami pilih tu using TripAdvisor.com. From

TripAdvisor we can check other tips contohnya cam jauh/dekat hotel tu dengan public transportation, or ada ke tak any halal food oulets

berhampiran, hospitality rating dan lain lain. Bila da tengok semua tu, baru la kita comfirm booking.

Once dah book airlines and also accomodation, baru senang perut sikit and boleh focus sama apa barang apa baju mau bawak pi. Our style was

‘travel light’. Tak perlu bawak barang banyak. Luckily time ni time summer so tak payah la sumbat beg dengan baju baju sejuk winter yang

will take a lot of spaces.

We also planned to drive in Italy, so one day before fly ( suka buat kerja last minute) , we went to JPJ to make our International Driving

Licence (IPL). Cuma isi borang, bawak gambar terbaru size passport, bayar rm150 and u can get the licence ready almost immediately. Penting

gak IPL ni sebab masa nak book / collect kereta yang disewa tu, depa kat kaunter nak tengok sebelum kasi kunci.

Orait, that’s all for our preparation sebelum pergi sana. Flight nya dari KLIA-DOHA-ZURICH. Yang bestnya (or takbestnya) was our transit kat

DOHA was a whooping 14 hours before gerak to Zurich. Qatar Airlines was good. Selesa. Tempat duduk class ekonominya boleh la tahan sempitnya,

the food served was great and delicious, and the pramugara/pramugari was helpful. Tempat duduk agak selesa, boleh lena tanpa pakai any

additional pengalas tengkuk selain dari guna bantal kecik yang disediakan.

Doha International Airport , currently depa punya Terminal for connecting flight was located in a different building apart from

the arrival to Doha building. 2-stories high, bahagian bawah penuh dengan kedai duty free and bahagian atas ada jugak kedai2 and also a lot

of tempat duduk . Surau ada disediakan – besar and selesa. Also sebelah surau tu ada ‘Quite Zone’ iaitu bilik khas yang digelapkan lampunya,

disediakan kerusi untuk berbaring lena sementara menunggu. Kat situ la kami tidur lelap barang 5-6 jam selepas ronda keliling airport.

If the transit time is more than 5 jam ( kalau tak salah saya), kita leh tunjukkan boarding pass kita kat ada satu special Qatar Airways

kaunter berhampiran dengan kafeteria and will get a free meal ( dinner in our case). Internet free ada secara meluas walaupun tak selaju

mana, and aircond sangat sejuk . For those yang ada banyak duit lebih, you can go to Oryx Lounge dgn harga RM150 ( rasanya). Dalam tu memanglah

sangat selesa ( hanya saya mampu jenguk dari luar tingkap lounge sahaja). Kerusinya empuk, aircondnya mungkin sejuk sejuk sedap and kalau

tak silap saya, makanan disediakan unlimited buffet stail bisa makan sampai senak perut. Boleh jugak mandi dalam bilik air yang selesa.

Tapi kami duduk kat luar je lah, badan yang penat dan still adjusting ikut time zone yang berbeza dari Bukit Beruntung bisa buat mata jadi

kuyu kejap je bila dah dapat tempat duduk yang strategik.

Tiba kami di Zurich , kami dijemput oleh Aunt Abby yang sangat ceria, leh nampak senyum dia dari jarak 800 meter lagi. Jam 6.30 pagi touchdown, cuaca

pada pagi tu hujan gerimis sepanjang panjang hari. Rumah Aunt Abby sangat cantik, a cute apartment di satu kawasan hijau sejuk di Endingen. Perjalanan from

airport to Endingen kami banyak berborak bertukar cerita tentang family, namun kebanyakan masanya mata saya lebih tertumpu di luar tingkap kereta.

Hijau. Warna ini mendominasi landskap Swiss. Kiri kanan ladang gandum terbentang seluas mata memandang, terkadang melalui hamparan ladang bunga matahari,

pasu-pasu yang penuh bunga berwarna warni di tingkap rumah dan bukit bukit kecil hijau yang rata rumputnya. Cantik. Sangat cantik.

Sampai kat rumah, mama dah standby dengan nasik berlauk and seberkas jemput jemput pisang. Apa lagi, 2 pinggan kena dan terus bersandar di balkoni sambil ditiup angin sejuk. Walaupun summer time, namun suhunya chill sehingga 17 degree celcius.

The pictures dalam siries travelog ni diambil dengan menggunakan :

a) Nikon D90 fitted with my beloved 50mm f1.8

b) Fuji x10 ( main photographernya was my wife)

c) and my trusted Iphone 4.

Enjoy :

Fresh berries plucked right from the tree in front of the house

After makan makan dan menggemokkan diri, terus siap siap untuk keluar ke Zurich . Singgah sebentar di Islamisches Zentrum Zurich. Cam kat sini ada jual makanan halal and also a mosque yang digunakan utk Solat Jumaat tiap mingu di bandar Zurich. Berborak dengan Imam Saamir yang berada di situ sudah almost 20 years.

Bersama Imam Saamir

Then we went to do some shopping at Aarau , Bhanhofstrasse area di Zurich. Shopping kat sana was ridiculously murah for some item time sale nya. Harga beg yang rm2000 – rm3000 kat sini leh dibeli dengan rm400 – rm 500 je kat sana. Jalan kaki merupakan kaedah terbaik jelajah area tu selain dari naik basikal. Sementara tunggu depa shopping, saya hanya duduk di bench bench yang ada di sekitar Globos and Gelmolli ( shopping complex) sambil do some people watching.

Apple strudel nya sedap melampau.

After do some shopping , Auntie Abby bawak kami ke atas satu bukit kecik. Ada area perumahan kat situ , and from that area, boleh nampak bandar Old Baden terhampar . The view was spectacular !!!

Spectacular view

Mama, Auntie Abby n my wife😉

Selalunya, I noticed that I took too many pictures during time bercuti. Sometimes I was too occupied with my camera and jalan jauh dari wife saya. Sedangkan time cuti lah nak jalan jalan dengan dia kan😉. And I make my self more relaxed, enjoy the jalan jalan n slow down a little bit daripada berterusan tekan butang shutter . A lot of photo opportunities ada actually, but hey, so does this journey kan. Bukannya selalu leh sampai ke sini pun😉

So this time of our holiday, I’ll think i’ll change my photography approach a little bit. You guys maybe leh see more of us ( especially me yang sangat jarang berada dalam gambar) hahaha.

Please stay tune dear friends, this post adalah permulaan kepada banyak lagi pengalaman dan gambar yang saya nak kongsikan dengan kawan kawan😉

See u guys later !!

6 responses

  1. nakia

    best…gambaq dan cerita serta experience di europe…saya boleh mimpi je la

    July 20, 2012 at 22:40

    • salam nakia , everything starts with a dream. Keep the travel dream alive and also some saving and some tips from fellow travelers around the world, insyaAllah kita leh sampai ke tempat yang kita nak pi lambat laun gak😉 thank u sis for keep reading my blog !

      July 22, 2012 at 20:39

  2. rosna ross

    Luv it….luv it…your wife seems happy kt celah2 rak baju tu…will wait for updates

    July 21, 2012 at 14:21

    • thank u much rosna😉 keep on reading ada banyak lagi updates bakal menyusul😉
      p/s dia sangat suka sebab harga kat sana kalau sale berbaloi baloi heheh

      July 22, 2012 at 20:40

  3. wan

    Nak tanya X10 syok ka?

    September 24, 2012 at 11:04

    • salam wan,
      bagi saya, x10 tu kira dah good compact camera beserta dengan some manual function yang bagus. walaupun tak sehebat x100 , camera x10 ni ringan dan mudah dibawa beserta good zoom range jugak😉

      September 24, 2012 at 14:31

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s