Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Mini-retreat : Sg Pinang

Salam and hi to all my friends !

Kerja saya dan kawan kawan menuntut kami berkerja di kilang tatkala kawan kawan lain mendapat cuti😉 Kekadang cuti yang panjang seperti Aidilfitri menjadi pendek dek kerja beberapa kerja yang perlu diselesaikan. Yes, kerja yang HANYA boleh dilakukan ketika mesin mesin dalam kilang tu berhenti berfungsi.

Baru baru ni Alhamdulillah saya dan kawan kawan sepasukan berjaya melengkapkan salah satu projek mega tahun 2012 pada bulan lepas. Namun masih ada lagi beberapa elemen penambahbaikan perlu lagi dilakukan. Disebabkan kami dah lama tak bercuti dan berehat bersama sama, jadi pada minggu ini kami membuat plan untuk berehat dan berjimba bersama sama keluarga di Kawasan Perkelahan Sungai Pinang yang terletak berhampiran dengan Batangkali.

Saya sampai paling awal pagi tu, jam menunjukkan 0830 HRS dan baru sedikit pengunjung mula memasuki kawasan perkelahan tu. Rata rata yang datang membawa ramai ahli keluarga dan kawan bersama sama siap set BBQ . Parking tak jadi masalah, kerna kawasan itu memang banyak tempat parkingnya. Kami membuka port di bawah satu jambatan gantung di situ di bawah teduhan bayangan kanopi pokok pokok besar menjulang ke angkasa dan Alhamdulillah, we also got ourselves a big wakaf betul betul di gigi air. 30 minit diambil untuk ‘lekat api’ sambil mendengar suara air mengalir deras di celah celah batu sungai . Ayam yang diperam, kerang, daging burger, sosej dan meehon jadi material santapan kami pada pagi tu.

Usahasama dan pandangan beberapa pakar BBQ membuatkan kami start panggang awal, dan bergilir gilir mengipas dan membalikkan ayam atas tungku BBQ yang dicipta sendiri . Setelah makan satu round, maka kami pun mula terjun beramai ramai, air memang sangat jernih and super sejuk kaw kaw kaw. Anak sungai pun cetek, so agak selamat kepada anak dan bapak budak untuk mandi dan berehat rehat sambil makan keropok atas batu sungai. Cuaca sangat baik, langit biru dan cerah dan pengunjung lain pun ramai sampai leh nampak asap asap BBQ menjulang ke langit sepanjang anak sungai tu hehe.

So, without any more delays, enjoy the picture. Dan owh… gambar saya tiada dalam ini siri hehe. Nak kena cari kat kamera lain lah esok.

We had so much fun !

Thank you for reading !!!

2 responses

  1. wann.....

    Terbaik. Memang A++… Cantikk.. Like..

    June 3, 2012 at 23:01

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s