Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Port Dickson : Mengenang sejarah perwira tapi tak sempat mandi laut ( Part One)

Salam !

Last week wife dan saya ke PD – kerna ada special function yang diadakan di Kem 2 Armor di situ. Pada hari Sabtu sebelum ke event, kami mengambil kesempatan untuk bersiar di sekitar Port Dickson.

Memang dikenali ramai PD adalah tempat unggul warga kota untuk meluang masa bersama keluarga berkelah , beriadah dan bersukan air. Hotel pun banyak banget di sana, tepuk wallet tanya bajet berapa nak bayar. From 5 star to lepak main gitar tepi unggun api ditepi khemah yang dipasang sendiri – semua ada di PD😉

Lately most of my friends tak sehat – demam. Ini termasuk isteri saya pada hujung minggu tu. So tak jadilah kami mandi manda – sebaliknya mencari alternatif lain untuk luangkan masa kami di PD waktu tu.

Untuk yang tak perasan – PD do offer a lot of interesting places untuk jalan jalan – ia bukan sekadar aktiviti terjun tiruk ke dalam air pantai je. Ada macam macam lagi tempat bersejarah dan berinformatif kat situ. Dan tengok betul betul saya dapat jumpa 3 muzium kat situ – dan juga beberapa kompleks sejarah.

Jadi pagi tu, after brekpes di Kompleks Makanan di Pantai Bagan Pinang , kami spend masa melawat ke Muzium Angkatan Tentera yang terletak di Batu 4 Port Dickson. Kawan kawan – ini tempat memang wajib sampai beb !!

Nasik lemak Ayam beserta Soto Ayam

Banyak meriam pelbagai saiz menunggu anda di pintu masuk dan jugak gerabak keretapi lengkap bersama kepalanya kat luar

Try spend some time reading some basic information yang terletak di sebelah exhibits . Banyak info nanti dapat secara tak lansung. Some of these meriam dibuat 30-40 tahun lalu tapi saya tak test la pulak samada leh function ke tak hahaha.

Apakah wawasan Angkatan Tentera Malaysia ? Macam mana idea penubuhannya tercetus? Semua info ada disini – cuma macam saya cakap tadi – please do spend some times reading the materials.

Ada satu ‘kapsul masa’ disini. Disemadikan pada tahun 2008 yang lalu dan insyaAllah menurut info akan dibuka oleh Panglima Angkatan Tentera pada tahun 2033 nanti kalau tak salah saya. Apa yang ada didalamnya?

Bahan pameran interaktif – more maklumat accessible to display using the touch screens yang banyak kat dalam museum tu.

Also kami sign dalam Guest Book yang ada kat tepi pintu masuk utama sebagai kenang kenangan😉

Bahan pameran diceritakan bermula dari sejarah penubuhan Melaka – Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Fungsi Laksamana dan Hulubalang, senjata yang digunakan, taktik yang digunakan semasa melawan penaklukan Portugis dan Belanda – dan juga nama nama pahlawan dari of courselah Hang Tuah bersaudara sampailah ke Hang Nadim dan keberanian Raja Haji terkorban berjuang dengan pedang di tangan kiri dan naskah Al Quran di tangan kanan.

Zaman Pemerintahan British – kami belajar macam mana mula British campur tangan dalam urusan pemerintahan kita – kebaikan dan pengetahuan yang dibawa – keburukan yang turut bersama seperti lagenda JWW Birch yang mati dek melanggar tatasusila menghormati agama dan adat yang sekian lama dijunjung kita.

Dalam banyak banyak material exhibition – ni yang paling macho saya rasa . Berdiri di sini patung patung berserta profil pahlawan pahlawan Melayu antaranya Datuk Maharaja Lela,Mat Salleh,Rentap,Tok Janggut , Datuk Bahaman dan lain lain lagi. These were the heroes. Real ones.

Saksikan juga kelahiran Askar Melayu yang bermula dengan 25 pemuda Melayu yang berani tampil ke depan menyahut cabaran mempertaruhkan nyawa mempertahan pertiwi. Perjalanan mereka diceritakan dengan gambar dan juga tayangan video – usaha mereka, dedikasi mereka time tu – peeeh .. Memang kagum saya. Bermula dari 25 orang inilah Askar Melayu telah berkembang, berevolusi gagah setia seperti hari ini.

Test drive jeep !!

Dalam banyak banyak fasa – paling menderita masa Zaman Pendudukan Jepun, disitu ada banyak mende yang boleh kita pelajari dan jadi iktibar. Dari strategi berbasikal menusup masuk ke sempadan negara, taktik peperangan , siapa dia Jeneral Yamashita – taktik taktik seksaan pun ada. Tidak sedikit air mata rakyat kita yang tumpah sepanjang 3 tahun zaman pendudukan Jepun dulu – semuanya ditamatkan degan gegaran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki barulah mereka menyerah tanpa syarat.

Antara features yang cool kat Muzium ni adalah Terowong PKM nya – kat dalam ni leh dapat banyak info mengenai bagaimana mereka Parti Komunis Malaya hidup dalam terowong bawah tanah – hinggalah ke tempat mereka bercucuk tanam , bermesyuarat , dan lain lain.

Muzium ini sangat ultra-cool. Banyak sangat yang boleh dipelajari di sini. Sedar tak sedar kami spend masa almost 3 jam dalam ni sampai kan perut dah berkeroncong mintak diisi.

Ada satu tempat yang kami lalui sewaktu on the way menuju ke Teluk Kemang – sungguh obvious tempatnya Cowboy Place. Kat depan gerainya dipanggangnya bertimbum ayam berasap asap memang cukup membuatkan orang yang lalu lalang stop jap untuk makan hehehe. Nasik kukus ayam panggang rm5 sepinggan cukup untuk mengenyangkan😉

Hehehe. Memang terliur kan?

Jumpa lagi kita dalam next entry😉

8 responses

  1. Seperti biasa… memang mantap.

    January 30, 2012 at 22:24

    • alhamdulillah tq bos😉

      January 31, 2012 at 07:58

  2. azim_afni

    as usual BEST!!!

    January 30, 2012 at 22:59

    • Alhamdulillah tq azim😉

      January 31, 2012 at 07:59

  3. nakia

    mamu..you always make my blood go upstairs with your photo..:P

    January 31, 2012 at 17:38

    • thank u so much for ur kind words nakia and also for being a constant reader utk Fotomamu yang tak seberapa ni😉

      February 1, 2012 at 00:38

  4. sharwadi

    Bro, awat hang xbgtau dtg PD. Aku dah sbulan dok jadi rekrut dlm PUSASDA(blkg muzium) tu. Aku dok kawad tiap2 hari btol2 sblh muzium tu. Klu x bleh dtg snap gambar aku kena blasah sini. Hhahaha..

    February 1, 2012 at 05:10

    • Hahahahaha,
      Aku pun lupa la plak yang hang ada kat sana hihi , tapi memang padang kawad kat situ memang champion la luas dan nampak kemodenannya.. sampai bila hang ada kat sana bro?

      February 1, 2012 at 17:50

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s