Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Erti dan Nilai Gambar Lama

Salam!

Apa erti gambar bagi anda? How does images influence our life?

1) Sesetengah kita merasa sangat gembira apabila gambar2 yang kita ambil memenangi apa apa pertandingan🙂
2) Sesetengah dari kita merasa sungguh puas melihat client yang mengupah kita tersenyum lebar dan bersinar sinar matanya bila melihat gambarnya
3) Sesetengah yang lain cukup merasa puas merekod semua kenangan pahit manis bersama yang tersayang – supaya kekadang dikala kejauhan boleh la dibuat ubat menghilang rasa rindu di dada
4) Sesetengahnya menggunakan gambar sebagai platform untuk mengekspresi nilai artistik diri.
5) Juga yang sangat saya kagumi mereka yang menggunakan imej untuk mengabadikan kesempurnaan ciptaan Tuhan – kecantikan alam semulajai yang tiada taranya.
6) Dan juga pelbagai lagi tujuan gambar dan imej boleh digunakan – baik dan buruk bergantung pada kita . Sebagai pedoman yang membimbing dan juga pedang fitnah yang membunuh kemanusiaan kita.

Ya – begitu berkuasanya nilai dan erti gambar dan imej. Satu event yang cukup gilang gemilang yang memerlukan 1000 perkataan untuk penceritaannya cukup boleh disetel dengan hanya cuma sekeping gambar🙂

Sejak tahun lepas kami sefamili mendapat berita bahawa rumah nenek saya di Bagan Dalam – akam dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan perlabuhan yang baru😦 Setelah berpuluh puluh tahun di situ, rumah Tok yang menjadi tempat saya membesar sebagai anak kampung akhirnya akan tumbang jua. Dan begitu juga dengan semua kenangan yang lekat bersamanya.
Ketika ini – hanya dan hanya jika ada sebarang gambar yang diambil saja dapat menjadi galang ganti modal untuk saya ceritakan pada anak cucu
tentang siapa saya dulu waktu kanak kanak.
Sewaktu memunggah – banyak barang lama dijumpai . Buku latihan darjah satu yang berhabuk bawah katil bikin saya ketawa gila bila melihat buruknya tulisan tangan saya pada waktu itu. Himpunan komik yang dimakan anai anai, permainan2 lama yang dah rosak macam macam lagi jumpa.
Namun yang paling menarik perhatian saya bila saya jumpa beberapa kepihng gambar lama ini sewaktu saya duduk minum dengan pakcik saya :

20120116-205911.jpg

Yaaa. Ini adalah gambar gambar lama yang dijumpai. Gambar datuk dan nenek saya diambil dengan menggunakan kamera yang saya tak tau – sekitar tahun 1950-60 an maybe – dicuci menjadi kepingan gambar yg bercorak-corak tepinya dan lebih kurang kecik sikit dari saiz iphone saya.

This is really interesting. Saya tidak punya kesempatan untuk mengenali datuk saya kerana dia meninggal sewaktu saya masih kecil lagi. Saya dapat tahu arwah datuk pernah bekerja sebagai seorang ‘draftman’ mendesign boat di perlabuhan dulu.

Ini adalah potraitnya. My grandfather .

20120116-211053.jpg

20120116-211146.jpg

20120116-211300.jpg

Gambar dia sedang lepak hisap paip di ruang tamu rumah. I wonder who took this picture? For me sangat sangatlah ‘dekat’ – dan sungguh cantik plak cahaya pada waktu tu🙂 Raya ni nak lena interview semua pakcik/makcik hehehe.

Also – this mysterious photographer juga berjaya ambil gambar nenek saya yang sedang memasak nasik di dapur waktu tu. Susun atur dapur lama, kain kain batik yang digantung, besen besi , cebisab cahaya yang menyusup di celah celah belahan kayu owh sungguh tulen !

20120116-211847.jpg

20120116-212028.jpg

See? Dan lagi satu baru saya tahu mana datang kegemaran saya ambil gambar kucing kucing – it runs in the family!!

20120116-212215.jpg

Sebagai seorang cucu yg tidak mempunyai kesempatan untuk kenal kasih seorang datuk – gambar gambar ini sangat bermakna bagi saya – saya dapat ‘lihat’ dia🙂 Cukup bagi saya.

Menjawab soalan saya tadi mengenai erti dan nilai gambar.

Gambar lama yg menggamit sejuta memori dan soalan🙂 Saya kena start cuci gambar. Tak de sangat nilainya kalau gambar bertapa dalam hard disk saja🙂

And one more thing – nak kena siasat siapa cameraman ni – hehehe

Jumpa lagi !

4 responses

  1. sentimental btul gamber2 tu bro, buat aku nak pi scan balik gambar2 lama kat kampung tu.. kalau biar dlm bentuk hardcopy sure reput.

    January 17, 2012 at 08:52

    • salam keed, tu la pasal. Gambar yang dok ada dalam hardisk aku pun dah berkepok menunggu dijangkiti virus je hehe. Sama samalah kita memprintkan gambar gambar tu – mana tau suatu hari nanti after 50-60 tahun akan datang anak cucu kita akan jumpa balik gambar gambar tu hehehe

      January 17, 2012 at 17:06

  2. azim_afni

    nice bro..clasicos

    January 17, 2012 at 19:08

    • salam – tq azim !😉

      January 18, 2012 at 11:52

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s