Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Lumut – Pangkor Year End Holiday 2011 ( Part One)

Salam,

Setelah my wife menyetelkan training HO nya di Hospital Sungai Buloh , beliau mendapat arahan dari markas untuk bergerak melaporkan diri untuk training attachment selama sebulan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut , Perak. Jadi from minggu ke minggu saya akan bergerak ke sana untuk meluangkan masa hujung minggu kami bersama.

Kebetulan, masa dia training di sana, adalah time cuti sekolah hujung tahun jugak, jadi memang Bandar Lumut tu penuh sesak la dengan segala macam pelancong dari luar dan dalam negara. Malahan saya turut ada masalah nak cari hotel untuk bermalam di Lumut kerana hampir kesemua hotel di sana penuh menjelang hujung minggu. Cari punya cari dapatlah jugak sebuah bilik di Lumut Country Resort .  Tengok dari luar sebelum masuk macam kecik je , tapi once dah check in dan lihat keseluruhan kemudahan resort – memang ok lah !🙂 Bilik nya luas, resort dijaga dengan kemas dan bersih. Cuma tempat parking agak limited, so kena cari tempat parking di tanah berumput tepi resort kalau parking depan hotel habes.

Lumut itself ada beberapa tempat yang menarik untuk dilawati. Most people akan tend to skip Lumut terus ke Pulau Pangkor tapi nasihat saya, take a day to rest and explore Lumut kerana bagi saya, banyak mende untuk dilihat. Tempat makan pun banyak yang sedap sedap, kalau nak tengok wayang leh gi ke Sitiawan yang berhampiran.

Sebelum kami ke Pangkor, saya dan wife spend seharian untuk meronda ronda sekitar Lumut. Antara tempat / kawasan menarik yang kami lawati ialah Muzium Kapal Perang KD Rahmat. Bagi yang tak tau (termasuk saya) KD Rahmat sebelum ni dikenali dengan nama KD Jebat – kapal perang pertama TLDM yang dilengkapi dengan sistem anti-udara Sea Cat. Ditauliahkan pada tahun 1972 dan dilucutkan tauliah pada 2004.

Kini dengan bayaran RM10 per person, kita boleh masuk ke dalam KD Rahmat dan meneroka almost semua tempat yang ada dalam kapal perang itu. Mengimbau kenangan lama sewaktu saya bekerja sebagai Ship Repair Coordinator di Hong Leong Lurssen Shipyard dulu, saya kerap masuk keluar untuk repair kapal kapal TLDM dari masa ke semasa. So peluang untuk masuk ke dalam KD Rahmat kali ini tidak saya lepaskan begitu saja.

For me, sangat bagus bawak family datang melawat sini – tersangat banyak mende yang boleh dipelajari dan lihat dengan mata sendiri bagaimana kehidupan anak kapal – tempat tidor, tempat mandi , macam mana depa pi makan semua ada.

Although kebanyakan dari peralatan adalah lama – namun saya rasa dek kesungguhan anak kapal memastikan semua kerja kerja penyelenggaraan disiapkan on time – nampak cam baru pun ada. Depa memang jaga ini kapal dengan baek sekali😉

Yap, memang korang leh panjat merata dalam kapal tu, selagi ada tangga kami panjat dan jenguk ke sana sini hehe.

Kalau gelap sangat tak berani la kami turun tengok hehehe

At the Bridge : Kat sini ada sorang staff KD Rahmat akan standby - so korang leh tanya apa saja soalan nanti dia jawap berkenaan KD Rahmat

Tidak dibenarkan amek gambar di area meriam , tempat lain OK🙂

Setelah spend lebih kurang sejam lebih ronda ronda dalam KD Rahmat – kami pun bergerak untuk ke next destination : Teluk Senangin.

Banyak yang boleh dipelajari waktu lawatan singkat ke KD Rahmat ni. Sangat banyak. Kalau ada masa kawan kawan, bawak anak anak semua datang tengok sini – terangkan bagaimana TLDM kita selama ni bertungkus lumus tinggalkan famili, harungi ombak dan ribut semata mata nak jaga kedaulatan tanah air kita yang tercinta.

Asal plan nak pi ke Teluk Nipah tapi cuti sekolah ni memang penuh gile pantainya. Bak kata orang Penang : ” Nak sua kaki pun tak boleh !” So saya mengikut saranan sorang kawan saya untuk melepak di Teluk Senangin – jauh gak but sunyi dan sangat tenang gitu.

Yes, memang nak bawak anak mandi kat sini pun sedap. Air tenang, takde ombak sangat dan orang pun tak ramai

Kami tak mandi pun hari tu – sebab malam tu dah beli tiket wayang di Sitiawan untuk layan Mission Imposibble 3 : Ghost Protocol. For dinner, kami pi lepak di Marina Cove. After beli ticket untuk ke Pangkor for the next day trip, kami lepak di kedai kedai tepi pantai layan nasik lemak dan sate !!

Lumut rocks ! Banyak menda menarik yang boleh dilihat di Lumut sebelum kita ke Pangkor😉

Next Entry : Saya akan ceritakan kegagalan kami untuk mandi laut dek ramai gile manusia yang bercuti di Pangkor hahaha😉

Sekian .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5 responses

  1. AZIM_AFNI

    NICE BRO..BYK BERMAIN NGAN DETAILS KEADAAN DALAM KAPAL TU..PANDAI CURI2 ANGLE BAIK..TONE PUN RINGKAS JE..BEST2

    January 18, 2012 at 20:46

    • tq azim – ! mcm yang saya cakap dalam FB tu – paksa diri pakai MATA😉 hehehe.

      January 19, 2012 at 08:04

  2. ello bang… nak tanya camne nak gi KD jebat ni? kat bandar lumut ke? pas raya ni perangcangan nak gi lumut tp swiss garden.. jauh tak dari swiss garden ke sini

    August 7, 2012 at 20:55

    • salam bro Rusdi, KD jebat ni memang sangat dekat dengan Lumut Town . Swiss Garden saya rasa agak jauh la dari KD Jebat ni🙂 Betul betul kat tepi jalan dah leh nampak dah kapalnya. InsyaAllah u won’t miss it

      September 24, 2012 at 14:33

      • tenkiu reply bang… boleh shoot sunset sekali nanti hehe

        September 30, 2012 at 23:00

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s