Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

My 100th Post : Bali 2011 Part 6 !

Salam !

Sesungguhnya memang tak dapat saya nafikan bahawa di Bali – if nak senang kita hanya perlu engage supir untuk bawa kita melawat sana sini. Samada supir itu disupplykan oleh travel agent, ataupun kita boleh cari dan kawtim once kita berada di sana. They will gladly assist u dan harga boleh bisa dirundingkan lagi.

Hari pertama sehingga hari ke empat – mostly untuk melawat ke tempat tempat menarik – kami pakai supir – dan Alhamdulillah supir yang kami dapat tu memang best ! Setelah meng’cover’ area utara Kuta sepanjang 4 hari tu, tiba masanya untuk kami mengodek semenanjung kecil selatan Bali untuk tengok apa yang best. Dan after perbincangan (mostly dicadangkan oleh wife saya hihi ) dengan berpikiran positifnya kami decide untuk kembali ke Kuta dan akan habiskan baki 2 hari percutian kami tu dengan meneroka Bali dengan menaiki speedamotor!!

Awal pagi ke 5 – setelah brekpes di Hotel Barong tepi swimming pool yang penuh dengan Australian bersidai – kami terus mencari speedamotor untuk disewa – tak yah pi jauh pun , kat depan hotel pun ada tempat sewa. Dengan harga sekitar rp70,000 leh sewa pusing pusing seharian. Dan depa ni pun tak berkira sangat pukul berapa nak pulangkan – janji jangan kasi hilang udah le – dan minyak top up sendiri.

Kami ke Pantai Kuta . Memang niat kami untuk belajar surfing sejak awal awal lagi kami sampai di Bali. Sesaje cari pengalaman baru hehe. Di tepi pantai memang akan ada banyak gile beach boys and beach pakciks akan datang offer untuk belajar surfing – hanya bayar sekitar rp150,000-rp200,000 dan depa akan ajar untuk surfing dalam tempoh 2-3 jam. Ada jugak surfing school yang lengkap dengan trained instructor, insurans nyawa dan jurufoto sekali. Pilihan di tangan anda – kami memilih Big Kahuna Surf School kerna pakej yang ditawarkan lengkap dan rasa macam selamat sikit la. Ye la, pertama kali nak cuba kot dan totally we have nooooo idea how to surf ! Lagipun it comes with photographer hehehe. Kalau takde, sapa nak amek gambar kita ngah surfing kan ? Dah la maybe this is the only chance u have to try surfing.

Pak Anthony yang menjaga kauter sangat peramah dan very helpful – dan diterangkan pada kami semua mende dan harga. Setelah membayar booking – kami daftar untuk amek class jam 2.00 petang – kasi redup sikit. Takde lah rentung sangat bila balik Malaysia nanti.

Jam baru menunjukkan pukul 11.00 am lebeykurang. So sementara menunggu untuk class bermula – kami memulakan episod rempit Bali kami ke Sanur – pantai alternatif yang lebih aman, tenang dan sangat sesuai untuk berehat. Tak sesesak Kuta. Tenang namun panasssss gile ari tu.

Isi minyak dulu ya – boleh didapati dalam botol botol tepi jalan – Benzin gelaran di sini satu liter = rp5000. Mahal sikit berbanding stesen minyak, namun sangat mudah didapati tempat menjualnya di mana mana sudut kota.

Time ni cam sesat – sambil kat menunggu trafic light kami bukak peta Bali . Luckily mamat kat sebelah tu tolong tunjuk jalan sebelum sempat lampu jadi hijau . Terima kaseeeh banggeeetttttttt paakkk!

Sampai di Sanur Beach dalam 30 minit naik motor dan oh sungguh coolnya pantai ini – memang tempat melepak habis habisan!

 

Dengar kata kat sini pada waktu petang ada sukan air😉 Namun ketika kami sampai keadaan sangat sangat damai sehingga saya terpaksa tidur sejam sebab damai sangat ! Air Teh Botol aisssss menemani kami sambil angin pantai tiup kaki – mana nak dapat !

Setelah melepak tahap gaban di Sanur, kami bergerak kembali ke Kuta untuk our surfing lesson. Perhatikan gambar di atas – kebanyakan daripada motorsikal a.k.a speedamotor ada tempat untuk carry surfboard hehehe .

Surfing lesson bermula tepat jam 2.00 petang dan di assist oleh our surf instructor bernama Rio. Lesson diajar bermula dari cemana nak berdiri di atas surf board dan cemana nak buat kalau kita direjam dalam gulungan ombak !! Whooa cuak gak dah la berenang saya tak le terer sangat huhu. Step by step di ajarin nya kami di tepi pantai sangat sangat membahang panasnya. Setelah teori 30 minit – we hit water and ALAMAK ! ia sangat berlainan dari expectation saya.

Ombak memang ganas (bagi saya le) – tapi bagi otai otai surf kat situ macam mainan budak je kot ombak je hihi. Tengok macam kacang je depa berdiri siap melambung lambung berpusing pusing mengakrobatikan diri masing masing dengan bergayanya sambil saya rasa saya hampir lemas dibelasah deretan ombak ombak yang tak putus putus menghempas .

Target hari ini nak suruh kami berdiri dan mengimbangi badan sambil dibawa ombak yang datang. Saya rasa saya berjaya kot.

Untuk TAK SAMPAI 10 SAAT. Hahahahah. Kira ok la tu !

Hahaha. What an experience !!! Memang best gile. Sampai sekarang leh gelak kalau cerita sesama kami apa yang jadi masa belajar surfing tu.

Setelah belajar surfing ( ataupun mandi bersama papan surf) kami terus mandi kat Hotel jap, bersiap semula dan kembali ke Big Kahuna Surf School kerana Pak Anthony yang baik hati menawarkan diri untuk membawa kami ( tunjuk jalan – dia naik motor gak kami follow dari belakang) untuk ke Jimbaran.

Jimbaran tu apa? Satu lagi pantai dimana bertaburan atasnya restoran seafood yang fantastik (ketika itu ada 24 different restoran) yang dimana tarikan utamanya ialah seaside romantic dinner. Dinner sambil tengok matahari terbenam and wow oh wow , ciptaan Tuhan memang tiada tandingannya!!

Dinner kami di Jimbaran malam tu ialah seafood platter ( ada macam macam dari Lobster, king crab, udang, sotong segala mende seafood lah yang takde ikan paus je kot) di Mentari Cafe . Sambil makan ditemani candle light dinner , ada segerombolan pemuzik datang menghiburkan anda meja ke meja. Sumbangan ikhlas kasi lah lepas depa perform cuma jangan kasi kulit lobster dah hehehe.

Setelah dinner – kami pun bergerak pulang naik speedamotor kembali ke Kuta . Alhamdulillah tak sesat dan sampai di Kuta dalam tempoh kurang 40 minit je. Sebab awal lagi – kami pergi ke hair spa yang banyak bertaburan di Kuta untuk buat hair spa😉

Perfect ending for the perfect day !

Jumpa lagi !😉

 

 

 

 

4 responses

  1. Faiz

    Best betul….

    December 22, 2011 at 22:05

    • tq bos faiz – memang best – kena kena masuk senarai ‘must-go’ places😉

      December 23, 2011 at 08:11

  2. nakia

    marbeles!

    December 23, 2011 at 10:43

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s