Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Travelog Bali 2011 : Part Five

Salam kawan kawan !

Tetiba phone hotel berbunyik seawal jam 5.30 pagi mengejutkan kami dari tidur. Setelah blur dan mamai kejap – baru teringat yang pada awal pagi ni kami dijadualkan untuk keluar ke laut seawal jam 6 pagi untuk mengejar dolphin yang pagi pagi lagi dah mencari rezeki di hadapan pantai Lovina. Setelah bersiap, kami terus ke pantai yang letaknya dalam tak sampai 50 meter kot dari Bali Taman Resort.Bot yang kecil cuma muat 4 orang penumpang saja tak termasuk pemandu bot terus bergerak menelusuri laut yang sangat tenang (berbeza dengan laut di Kuta yang ombak besar). Sambil kami menghala ke laut – saya terasa sedikit panas di belakang dan apabila saya pusing dan melihat daratan – Subhanallah – cahaya mahatari terbit menjamah muka dan saya disajikan dengan permandangan sun rise yang sangat lah hebat.

Memulanya kami have no idea macam mana perasaan dan keadaan dolphins tu – sebab saya pun tak pernah tengok secara live. Setelah dalam 15 minit kami belayar – tiba tiba sahaja sekumpulan dolphins timbul betul betul hampir dengan bot kami ! dan apabila kami hampir – kumpulan ikan itu hilang pastu timbul lak kat tempat lain . Macam main kejar kejar hahaha. Selain kami rupanya ada lebih kurang 15-20 boat kecil lagi yang turut sama penuh sarat dengan pelancong yang nak main kejar kejar dengan dolphin ni.

Pemandu pelancong (lupa nak tanya nama) yang sarat dengan tatoo.

Setelah puas kejar kejar – we’re back to the resort around 7.30 am to have our breakfast. Simple and pleasant breakfast dan sempat lagi saya jalan jalan untuk mengambil gambar sekitar resort yang sangat hijau tamannya sambil ketika itu isteri saya sedang ke Spa.

Antara yang bestnya kat Bali Taman Resort ni – bilik kami pancuran mandinya terletak di luar ! ( of course bertutup dari pandangan orang) , namun untuk merasa mandi di bawah langit biru , ini pengalaman yang sangat unik.

Setelah check out, kami pergi ke Pantai Lovina (main beach) – walaupun angin bertiup kuat, namun kerna matahari sangat terik, tak ramai orang di pantai ketika itu. Ada satu patung dolphin resakse ada disitu – tak silap saya kan ada satu resort di sini (tak ingat apa nama) diorang siap ada dolphin betul dalam swimming pool depa untuk pengunjung resortnya. Unik !

Hampir di mana mana ada anak kecil yang datang approach kami untuk menjual pelbagai cenderamata.

Sekumpulan anak anak Bali sedang balik dari sekolah. Saya notice yang untuk girls, hampir semuanya bertocang dua kiri dan kanan. Maybe peraturan sekolah kot hehe.

Antara tempat lain yang boleh dilawati sekitar Lovina ini adalah Air Panas Lovina. Memang panas dan yang macam bestnya time ngah panas panas terik mentari membahang tu la pengunjung mandi air panas tu. Tempat ni dibuka until jam 5 pm je. Malam tutup, berlainan kat Malaysia – bila malam je baru penuh kawasan kolam air panas kita. Kami pun tak mandi – singgah bergambar dan duduk di tepi kolam sambil makan aiskrim Conneto je.

Setelah itu, kami bergerak ke Air Terjun Gitgit . Kena park di atas dan have to do a little bit of hiking untuk ke melihat air terjun kembar Gitgit. Tak ramai pengunjung sewaktu kami sampai. Di sepanjang jalan menuju ke air terjun ada banyak kanak kanak akan berjalan mengikut kita untuk menjual cenderamata. Boleh beli kalau nak or tolak dengan lembut sambil tersenyum if tidak mahu beli.

Air memang ssssangat sejuk dan jernih !!

Anak anak kecil di Gitgit. Baru saya perasan kuku kaki budak lelaki ni di cat kan kaler biru. Matching plak dengan seluar dan seliparnya hahaha.

On the way back to Kuta, saya meminta Pak Supir Nyoman untuk singgah di Bedugul – tempat dimana kami mendengar azan tempoh hari kerana tak silap saya kat sini saya ada melihat beberapa restoran Muslim. We stopped there for lunch dan kami try Ayam Bakar Taliwang – memang sedap dan minumannya of courselah Teh Botol !

Last pit stop di Pura Taman Ayun di Menguoi.

Malam tu kami kembali lagi ke Kuta. Kali ini menginap di Hotel Barong Kuta. Kami memilih di sini kerana ada satu special aktiviti yang kami sama sama nak try pada keesokan harinya – BELAJAR SURFING !!

Jumpa lagi ya🙂

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6 responses

  1. Nuzli

    cantik2 gmbr ko amik…awesome bro!

    December 15, 2011 at 07:19

    • alhamdulillah – tq bro nuzli🙂

      December 15, 2011 at 08:04

  2. atie

    sangat mempersonakan………setiap gambar yang diambil, begitu terpegun bila melihatnya…cantik sgt…sll follow blog nie sambil cedok ilmu sikit…huhuhuhu well done bro.

    December 15, 2011 at 14:34

    • alhamdulillah – tq atie sudi menjengah blog🙂

      December 15, 2011 at 17:20

  3. nakia

    Nakia tak jeles mamu pi Bali..sikitpun dak…tapi Nakia jeles kehebatan mamu meng’capture’ gambar..awesome dude!

    December 15, 2011 at 14:34

    • Alhamdulillah – tq nakia – tapi kalau ada can bawak che abg pi sana honeymoon lagi hehe

      December 15, 2011 at 17:19

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s