Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Travelog Bali 2011 : Part Four

Salam kawan kawan😉

Ingatan saya memang tak sekuat mana. Oleh itu sepanjang saya di Bali, saya memasukkan segala small notes yang saya lihat , yang saya dengar dan yang saya bau di dalam iphone saya dengan menggunakan apps NoteMasterLt (free) . Termasuk juga semua kos duit jutaan rupiah yang keluar masuk saban hari. Bagi saya memang sangat penting something untuk merekodkan semua pengalaman dan kos kita – ada yang pakai gadjet ada juga yang pakai old skool method notebooks😉 Mana mana kaedah pun tak kesah – janji boleh membantu me’refresh’kan memori jika perlu.

Setelah balik dari meninjau Gunung Batur – kami check in di Hotel Villarisi . Hotelnya terletak di celah celah bangunan berhampiran pantai Legian – tak le besar sangat namun selesa dan sangat lah bersih. Staff nya sangat bersopan dan sempat lagi mengucapkan tahniah kepada kami atas kejayaan Malaysia mengatasi Indonesia 1-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan Sukan Sea 2011. Wifi free, namun ada password dan hanya boleh diakses di ruang lobi saja. Malam itu – kami membuat plan untuk ke Lovina Beach yang letaknya di utara Bali. Dan dengan menggunakan Agoda, kami membuat booking dan payment secara online. Setelah berurusan dengan Supir Nyoman untuk merancang perjalanan , kami berehat pada malam tu .

Setelah brekpes pada pagi – seawal jam 8.30 am Pak Nyoman sudahpun menunggu di ruang parkir . Secara percaturannya kami akan ke Lovina , dan sepanjang ke sana kami akan singgah dahulu ke Tanah Lot. Perjalanan di mula kan dan sepanjang perjalanan saya baru perasan bahawa almost 95% rumah rumah di Bali dibuat daripada batu – agak sukar mencari rumah papan. Dan dari info Pak Nyoman – kalau di daerah kampung – mereka membina sendiri rumah mereka dari batu dan pasir dari gunung berapi.

Kami sampai di Tanah Lot betul betul ketika matahari terpacak di atas kepala. Memang sangat terik namun para pengunjung tak putus putus sampai berbondong bondong. Kami membayar rp25,000 untuk masuk – lepas melalui deretan kedai dan restoran di kiri kanan – kami pun sampai di sana.

Angin kuat dari laut – ombak menghempas batuan di pesisir pantai dan tebing tinggi di sekitar kawasan Tanah Lot tu. Habes tempias kena pada kami yang kengkadang terlalu hampir dengan gigi air😉

Pelancong mempunyai pilihan samada untuk cross over ke bawah pura di atas tebing itu kerana di bawahnya ada satu lagi holy spring kalau tak silap saya (kami tak pi pun)

Ombak kat situ memang tinggi betui – dicelah celah ritual agama kelihatan sorang budak local yang membawa surf boardnya untuk surfing – memang macho la ini budak

Setelah berpanas bergambar , kami meneruskan perjalanan ke Lovina – kali ini jalan makin lama makin tinggi – makin sejuk hawa – lebih sejuk dari Kintamani. Kami tiba di Pancung – berhenti sebentar untuk melihat suasana padi humanya yang sangat extra hijau !

Ada satu resort kat situ Saranam Eco Resort yang memang menjadi target kami if ada rezeki kami datang balik ke Bali. Bukak tingkap terus nampak gunung n sawah padi n sangat sejuk woooo – mana nak dapat huhu.

After stop by situ – kami terus ke Lovina dan singgah sebentar di salah satu lagi ikon budaya Bali – di Pura Ulun Danu yang letaknya di sebelah sebuah tasek yang sangat luas dan sangat tenang dan sangat cantik. Di sini jugak – after 3 hari di Bali pertama kali kami mendengar suara muazzin mengalunkan azan. Terhenti sebentar langkah dek menusuknya azan ke dalam telinga dan terus ke hati.

Kami sampai di Bali Taman Resort – Lovina pada jam 5.30 pm. Sebaik sahaja check in kami terus comfirmkan booking untuk aktiviti melihat dolphin pada esoknya seawal jam 6 pagi akan bertolak so dalam jam 5.30 am hotel akan call untuk gerakkan kami dari tidur. Lapar setelah berjalan agak jauh, kami pergi ke restoran resort dan menikmati makanan sambil melihat matahari terbenam. Kelihatan ada makcik makcik mat salleh sedang enak diurut oleh makcik makcik Bali di tepi pantai yang sama sekali berbeda dan sangat tenang berbanding pantai Kuta.

Setelah kenyang kami pun balik ke room. Bali Taman Resort Lovina sangatlah cantik – macam duduk dalam taman (kena dengan namanya). Namun pada malam hari suasana nya sangat lah sunyi dan tenang.

Wifi free dan sampai ke dalam room. Dan laju gak😉

Kami tidor awal kerna esok harus bangun awal untuk aktiviti mengejar dolphin.

Jumpa di next episode ya kawan kawan !

Salam😉

 

 

 

 

 

 

 

2 responses

  1. irma sujak chomel

    2 thumbs la abg yan… been to some of the places that u’ve been… n ur picts n notes… mmg menggamit semula all the memories… but maybe bcoz my tukang bawa kami berjalan2 di sana is not quite good, tu yg makes me quite upset n not very happy dgn our journey kat sane…. n lg la upset bcoz bile tngok ur travelog ni, bali supposed to be ant tempat yg mmg patut dikunjungi….. but through my experience semase kat sane menyebabkan saye rase sabah pun lg best dr sane…. anyway…. thanks to ur travelog, i’m gonna keep these as part of my log gak leh kan…. hehehehehe……. n ur pict said it all la… man they were awesome…..

    December 8, 2011 at 03:09

    • tq so much for dropping by irma ,
      Bali bagi saya memang best . Dan kalau have the courage to explore it by ur self without any guide – lagi thrill hehehe.
      Hari 1-2-3-4 from Kuta – Lovina – Kuta memang kami pakai Supir (Alhamdulillah dapat yang bagus) tapi Irma nantikan next entry – dimana kami decided together untuk hari ke 5-6-7 kami sewa motor je pusing pusing hoho. Totally different experience all together.

      tq again irma😉

      December 8, 2011 at 07:56

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s