Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Travelog Bali 2011 : Part 3

 

 

Salam kawan kawan.

Hari minggu macam ni mcm rileks sikit – after doing some house chores, watching movies kat Astro – baru leh curi masa lepak sebentar untuk update Fotomamu hehe.

Kalau anda mengambil Supir (driver) – pasti kan sebelum mobil bergerak dari hotel anda ke destinasi ( contohnya kami yang bergerak dari Kuta ke Kintamani ) – ambil sedikit masa sebelumnya untuk mengkaji semua tempat tempat menarik yang boleh disinggah along the way towards the destination. Dan bawak peta. Nanti sepanjang perjalanan tu kita leh refer peta dan mintak supir untuk berhenti kat tempat tempat yang menarik – ataupun just berhenti sebentar untuk bergambar.

Alhamdulillah Supir Nyoman Jus yang mengiringi kami kali ini sangat kooperatif dan banyak mencadangkan tempat tempat yang menarik untuk kami singgah. Dengan membayar rp400,000 untuk ke Kintamani pergi balik – menaiki Avanza yang sangat bersih dan wangi sangat menenangkan.

Daripada Ubud Monkey Forest – setelah melayan karenah monyet monyet kat situ – kami meneruskan perjalanan menuju ke Kintamani.  Dan on the way – kami stopped by di Tegalalang – untuk menyaksikan padi bukit yang ditanam bertingkat tingkat . Nasib tak baek sangat kerana most padi dah pun di potong namun the view is still spectacular.

Malu plak si pakcik ni bila saya try nak amek gambar dia hahaha.

 

Setelah singgah sebentar – kami pun meneruskan perjalanan – dah hampir dah ke Kintamani . Suasana hawa dingin dapat dirasa bila saya turunkan cermin tingkap. Fresh. Terus terang saya kata – saya memang takde idea camna rupa nya Gunung Berapi Batur yang diceritakan oleh supir saya. Cuba jugak saya tengok internet for pictures – namun cam gitu gitu je – afer google yang ada cuma pemandangan satu gunung berapi je.

But apabila saya tengok ikut cermin depan bila dah sampai ( tak turun kereta pun lagi) – saya dihidangkan dengan secebis dari ciptaan Allah Taala yang sangat cantik. Terasa kerdil apabila tengok such panorama ( saya pun tak pernah tengok gunung berapi sebelum ni). Kami berhenti di salah sebuah restoran yang mempunya view terus ke Gunung Batur. Rp100,000 seorang untuk buffet lunch dan anda boleh lunch di situ sambil ‘menjamu mata’ melihat ciptaan Allah SWT .

Subhanallah.

Macam tak mahu berganjak dari situ melayan mata tengok Gunung Batur. Dan di kaki Gunung itu ada jugak Danau Batur. Tak sempat nak pergi pada hari itu – maybe next time. Setelah spend masa dan mengenyangkan mata dan perut – kami pun bergerak untuk balik semula di Kuta.

Balik dari melawat Gunung Batur, kami singgah sebentar di Pura Tirta Empul – ada holy spring di sini. Di sini dapat dilihat banyak pelawat dan jugak orang tempatan beratur panjang untuk mandi – mensucikan diri dan berdoa di kolam yang ada pancuran air di situ.

Tidak lama masa diluang disitu – badan pun dah mula penat . On the way out, ada sangat banyak kedai cenderamata di situ menunggu. Rule of thumb – bargain minima 50 % daripada harga yang mula dioffer. If did offer rp100,000 – teruskan mula harga pita dengan rp50,000 dan go lower after that.

Kat situ cenderamata pertama kami dibeli – some batiks for our beloved mothers dan juga some perhiasan ceramic untuk hiasan rumah kami. After that, kami pun terus balik ke Kuta – kali ini kami akan check in di Hotel Villarisi Kuta – saja ubah angin. Sampai di Kuta pun sudah lewat hampir jam 7 malam. After check in, kami sempat keluar sekejap jalan jalan kaki sekitar hotel.

After dinner Sushi pada malam tu, saya dan isteri try Foot Reflexology – memang sakit gile ! Tak mau dah buat ! Hahahaha

Kami pun balik ke hotel untuk berehat lepas tu kerana esok – kami agak memulakan perjalanan ke Lovina – tempat di mana kita boleh bertemu si dolphin !

Jumpa lagi😉

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s