Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Travelog Bali 2011 : Part Two

Salam kawan kawan !

Jumpa lagi kita .

Hari pertama kami di Bali memang agak rileks. Hanya spend masa jalan jalan melihat bandar – tidak lagi ada perancangan untuk kemana mana hari tu.  Rata rata hotel dan motel , restoran dan jugak kedai 24 jam sini memang dilengkapi dengan Wifi. Jadi saya dan isteri hampir setiap malam kami merancang untuk bergerak ke sana ke sini sambil membuat tempahan hotel pada malam malam mendatang dengan menggunakan Agoda . Memang convinient habes.

Sebelum datang ke Bali – hampir seminggu saya membuat study tentang tempat tempat yang menarik untuk kami lawati sepanjang stay kami di sini. Jadi setelah berbincang dengan beberapa orang di kaunter hotel kami , saya dan isteri decided untuk mengambil ‘supir’ untuk lawatan hari kedua kami kerana jaraknya yang agak jauh . Ultimate destination pada hari itu : Kintamani.

8.30 pagi Supir Nyoman sudah pun menunggu kami di loby hotel walaupun kebanyakan jalan di Kuta ditutup sementara kerana Presiden Amerika Barrack Obama merancang untuk melawat kawasan bekas kelab malam yang dibom dan meragut lebih 200 nyawa tidak lama dulu.

Destinasi kami yang pertama pada pagi tu adalah hanya 20 minit perjalanan dari Kuta Beach – untuk menyaksikan Barong Dance. Tiket berharga rp80,000 / person perlu dibayar dan jangan lupa untuk mengambil salinan sinopsis cerita di sebalik Barong Dance – kerana melihat culture dance itu tanpa mengetahui sinopsisnya – alamat nganga la kita nanti sebab tak paham apa apa.

Nasib baik saya baca sinopsis cerita nya sebelum tengok dance bermula – kalau tak memang tak paham. After 1 hour plus, show pun habes dan kami bersiap untuk dibawa melihat ‘Kerajinan’ perak ( or pertukangan/kraftangan perak) di salah sebuah kampung on the way to Kintamani . Kampungnya bernama Celuk dan tempat ‘Kerajinan Perak’ itu bernama Celuk Yatta Gallery – salah satu kedai yang PALING KEMAS YANG PERNAH SAYA LAWATI SEUMUR HIDUP saya .

Seriously.

Sampai saja di sana, akan ada seorang staff akan datang membuka pintu mobil anda, pastu akan menerangkan step by step kaedah pembuatan barangan perak, pastu akan mengiringi anda untuk melihat kesemua barangan perhiasan perak yang disusun rapi di kedai ( tidak dibenarkan amek gambar di sini) , pastu akan menguruskan pembayaran kalau anda jadi beli, pastu akan mengiringi anda kembali ke mobil , bukak pintu , kata terima kasih and selamat tinggal – then stays there melambai lambai sambil mobil anda meninggalkan perkarangan gallery.

Wow. Fantastic PR. I’m impressed.

Rakyat Bali secara keseluruhannya memang kaya dengan adat dan dimana mana saja termasuk di atas jalan raya kami dapat tengok depa tidak lekang dari memakai pakaian adat mereka. Gambar gambar berikut diambil dari dalam mobil kami :

Kami singgah sebentar atas saranan supir di salah satu Pura yang femes di Bali : Pura Desa Batuan untuk menyaksikan beberapa ritual agama yang diadakan disana. Untuk melawat – semua pelawat diminta untuk memakai pakaian khas yang boleh didapati di pintu masuk kawasan itu.

Melihat culture pada tempat asing memang mengundang banyak pertanyaan pada diri sendiri😉

Selepas itu kami singgah sebenar di salah satu tempat yang ‘must see’ di Ubud : Monkey Forest !

rp30,000 per person dan if nak beli pisang untuk kasi si monyet monyet ni makan – bisa dibeli dipintu masuk dengan harga sesikat pisang rp20,000. Be careful and do not provoke the monkeys here. They can be wild sometimes. But fun to watch !

Ubud Monkey Forest is one very ancient forest !

Next entry kami di Kintamani !

See u guys !

Thanks for visiting my blog ya🙂

 

 

 

8 responses

  1. how much habis mamu for this tour…and these photos are the 50mm product ka?

    November 30, 2011 at 21:40

    • salam nakia
      Untuk tour ni – selama 7 hari 6 malam secara kasarnya :
      1) Tiket kapal terbang pergi balik 2 orang RM1200
      2) Penginapan 6 Malam RM800
      3) Belanja makan/jalan/hore hore RM1000

      Mamu bawak 2 camera : my d90 with 90% shoot pakai 50mm f/1.8 dan satu compact camera Panasonic Lumix TZ15😉

      December 1, 2011 at 10:24

  2. eda

    cit..kredit kat agoda ajerk? eda maner ;p

    November 30, 2011 at 21:42

    • hahaha – ya tak lupa saya mengucapkan terima kasih pada puan eda dan encik azizi atas semua info Bali yang diberikan sebelum kami pergi heheh

      December 1, 2011 at 10:28

  3. wonderful pictures yan!! remind me of Bali all over!!

    December 1, 2011 at 15:42

    • tq for visiting rommel !
      Bali memang chantek la bro .. rasa macam nak pi lagi sekali !

      December 1, 2011 at 16:38

  4. siti nur aniza

    bestnya tgk pics hg yan!! semua shot cantik2…aku mmg slalu tgk tp xpenah comment pn sblm2 ni hehehe….tgk pics ni lg menaikkn semangat aku nk p bali…aku dh beli tiket semua end of last year tp xbleh p…😦 xpa nnt aku plan lain…

    December 1, 2011 at 17:29

    • tq siti nur aniza sebab datang menjengah😉

      hang memang kena pi bali ! ni aku baru upload part two . total ada 6 parts kot hehe. Bali got everything for everybody. Pesan aku hang wat homework sikit sebelum pi – banyak lagi tempat cantik kat situ selain dari depa punya hotspot😉
      Happy travelling !

      December 1, 2011 at 17:41

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s