Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Travelog Bali 2011 : Part One

Salam kawan kawan !

Tuuuu dia .

Lama sangat lah saya tak update ini blog😉 Paling lama saya tinggal rasanya.

Jadual kerja saya memang agak pelik – saya akan kerja semasa orang semua cuti. Jadi sewaktu kawan kawan saya se Perodua semua mendapat cuti 9 hari untuk meraikan Hari Raya Aidiladha, saya dan beberapa orang kawan kawan lain datang kerja dan memastikan semua project yang dischedule berjalan lancar – dan Alhamdulillah berkat usaha tekun semua orang – pada 13 Nov hari Isnin tu semuanya berjalan lancar .

Jadi – selepas kerja teruk – maka saya pun mencari peluang untuk bercuti berehat bersama isteri tersayang. Perancangan kami memang dari dulu nak bercuti ke Bali. Maka 3 minggu sebelum 17 Nov – kami menempah tiket Air Asia pergi balik ( patutnya tempat awal lagi boleh dapat lagi murah dong) ke Bali – dan perancangan kami memang free and easy – kami mahu meneroka Bali tanpa menggunakan sebarang perkhidmatan travel agency. Pastu dengan menggunakan http://www.agoda.com kami plak menempah accomodation hanya untuk 2 malam pertama sahaja – yang lain akan diputuskan semasa kami berada di Bali nanti.

Bermula dari LCCT – perjalanan mengambil masa 3 jam – dan bila tiba di sana – kita tidak perlu untuk menukar waktu jam tangan kerana waktu di Bali = Waktu di Malaysia. Sampai di Denpasar Airport hampir jam 12 dan bila supir dari hotel datang menjemput dan menghantar kami ke hotel AP Inn Kuta waktu sudah hampir jam 1.00 pagi. Kami terus tidur tanpa mengetahui keputusan Malaysia vs Indonesia ( perlawanan peringkat kumpulan) yang berlansung pada malam tu.

 

Setelah pengsan – esok nya selepas kami brekpes ( pisang n nenas pancake + orange juice) kami pun mengambil keputusan untuk meneroka sekitar Kuta Beach dengan berjalan kaki. Kuta Beach ni memang happening. Siang dan Malam. Di pantainya memang jadi tumpuan surfer mencabar ombak, dan para peniaga mencari rezeki. Walaupun ramai gile orang kat pantai tu – yang saya kagum adalah kesungguhan mereka menjaga kebersihan di pantai tu. Memang bersih sangat. Tong sampah disediakan tiap 20 meter kot dan tiap orang yang berniaga di situ akan menyapu sampah di pantai tiap 10 minit sekali kot. Kagum kagum.

Sepanjang panjang kiri kanan kami memang banyak kedai yang menjual pelbagai cenderamata – dan barang keperluan. Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan barang barang keperluan – kerana di Kuta Beach ni ada saja kedai 24 jam. Memang banyak dan memang sangat convenient. ATM machine pun bersepah.

Bunyi deru ombak memanggil manggil kami untuk terus ke pantai – untuk melihat sendiri pantai Kuta. Dan memang Kuta Beach itu cantik dan ‘alive’.

Ya betul – kita boleh belajar surfing di sini. Dan ITU lah yang kami berdua buat ( tunggu entry-entry lain selepas ni) hihi.

Memang banyak aktiviti kat Kuta Beach ni – samada korang nak sun bathing sampai rentung (hihi) , nak beli cenderamata yang dibawa dan dijaja di mana mana, nak buat manicure and pedicure, nak surfing, nak duduk minum, nak kena picit picit dek makcik makcik yang menawarkan harga runtuh massage dan banyak lagi. Your call.

Kedai kedai dan butik butik sangat banyak di sekitar Kuta Beach. You name it hampir semua jenama terkenal ada butiknya di sini. Berhampiran dengan Kuta Beach ini ada sangat banyak hotel. Sangat banyak dan antara yang femes di sini ialah lain tak lain Hard Rock Hotel Bali.

Satu nasihat – antara gejala yang tidak beberapa sehat kat sini ialah aktiviti ‘gores dan menang’. Bukan saja di Malaysia – di sana pun ada. Berhati hati kerana mereka ini sangat lah banyak dan cuba elakkan untuk berbual dengan mereka. Merata rata di kaki lima bandar Kuta , di hadapan tiap kedai/butik dan hampir di mana mana – dapat dilihat temple (kuil) – besar dan kecil memang merata rata bertaburan di sana sini – baru saya paham sesetengah traveller menggelarkan Bali sebagai ‘ Island with thousand temples’.

Sebabkan panas sangat after berjalan kaki sekitar Kuta Beach, kami balik berehat jap di hotel dan tidor ( lama plak tu) . Bila malam, saya mengajak isteri untuk cuba merempit di sekitar Kuta-Legian-Seminyak – untuk mengenal jalan senang nanti sebab kami nak duduk di situ almost a week. Sewa speedamotor murah banget rp35,000 je untuk half day.

Malas bertanya sesat jalan. Jadi kalau pakai speedamotor memang senang nak stop kat memana untuk tanya hehe.

Selepas pusing pusing + sesat kami dapat semula kembali ke Kuta town – stop untuk dinner di situ – McD halal😉 dan murah dan berjalan jalan sebentar sebelum rest di bilik untuk adventur esoknya.

Esok nya kami bersiap untuk menuju ke Kintamani . Nantikan entrynya nanti InsyaAllah😉

Jumpa lagi ya !

 

 

 

 

 

 

 

 

8 responses

  1. Azim Nur

    NICE BANGAT

    November 29, 2011 at 22:43

    • terima kasih azim😉

      November 30, 2011 at 08:04

  2. nakia

    Terbaekkkkkkkkkkkkk!

    November 29, 2011 at 23:02

    • alhamdulillah tq nakia😉

      November 30, 2011 at 08:04

  3. Hirzan

    mantopp mamu…menunggu entry2 seterusnya….coz bakal pegi bulan 8 nanti…:)

    November 30, 2011 at 10:06

    • tq hirzan sudi melawat – nanti saya update – gambar masih dalam process pilih dan susun hihi -insyaAllah akan update nanti.
      Yang penting, BALI MEMANG CHANTEK !

      November 30, 2011 at 10:17

  4. Pegi ngan anak2 seswai tak ek?

    November 30, 2011 at 21:55

    • Zalina – tq for visiting😉
      Ya – bagi saya Bali adalah tempat yang sesuai untuk semua golongan – ramai jugak tengok orang bawak kids ke sana but tempat tempat yang hendak dilawati mungkin bisa di ‘google’ – contohnya mungkin kurang sesuai untuk bawak baby kecik ke Pura ( temple) , maybe tidak sesuai untuk lepak di Kuta beach ( kerna girls agak seksi dan ombak kuat) . Namun banyak lagi tempat best yang boleh bawak bebudak jalan sebagai contoh tengok dolphin di Lovina, tengok Gunung Berapi , air terjun pun banyak – Or can go to Sanur beach yang lebih tenang dan banyak water sports nya. Dan untuk 7 hari tu pun kami tak habes pusing lagi Bali. Lots of things to see sis. Memang sesuai bawak kids – for extra safety – upah Supir untuk bawak jalan jalan😉

      December 1, 2011 at 10:40

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s