Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Spontaneously Portrait

Salam kawan kawan !

Sekarang ni tempat kerja saya masih dalam keadaan shut down selama seminggu kerana menyambut Aidiladha . Namun , portfolio kerja saya kini membuatkan saya terpaksa tidak bercuti kerana time shut down yang lama macam ni lah segala project upgrading akan dibuat🙂

Namun pada hari Aidiladha – dapat jugak cuti walaupun sehari untuk meraikannya. Saya dan isteri meluangkan masa selepas dia bertugas pada hari itu di rumah makcik nya di Kampung Melayu Kundang. Memang hari tu adalah hari menambah berat badan – kerana asyik mengadap makanan yang pelbagai bentuk dan rupa dan rasa – lagi pun bukan hari hari dapat makan nasik impit ye tak ?

Jadi pada hari itu, saya mengajak sepupu isteri saya – Hazim – yang minat main gitar untuk membuat photoshoot – saja suka suka – mungkin untuk gambar profil FB nya yang terbaru pun kira cukup lah😉

Lagi sekali- 50 mm f/1.8 sahaja digunakan .

Ok, itu sahaja update untuk kali ini😉

Selamat bercuti kepada yang masih bercuti hehe😉

Jumpa lagi !

4 responses

  1. Seperti biasa, 50mm memang tidak mengecewakan.

    November 10, 2011 at 11:53

    • ya betoi tu bos – cannot imagine doing photography without it😉

      November 10, 2011 at 14:43

  2. khairil

    Salam mamu… Apa habaq… Nk tanya tips ckit ni… Hg pkai lens 50mm kan, setting kamera camno.. Gambaq lawa tu.. Aku pkai 50mm gak.. Tp x dpt lawa camni… Mintak kaunseling ckit…:)

    November 25, 2011 at 01:05

    • salam khairil bro – alhamdulillah aku maseh sihat sihat saja haha.

      Gambar gambar diambil guna 50mm f/1.8 dan diedit colour tone pakai adobe lightroom 3.0

      Gambar aku cuba masukkan flare matahari dalam framing untuk dapatkan effect jugak .

      Hang jangan lupa change metering hang kepada Spot Metering bila shoot against flare matahari tau – meter pada kulit ( aku selalu amek kat pipi) dan terus Snap !

      Cuba try test tengok bro ..😉

      November 25, 2011 at 12:09

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s