Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Rawang – my POV – Street

Salam.

Alhamdulillah – sehingga ke bulan ini , hampir 9 tahun genap saya bekerja di Rawang. Bandar Rawang 9 tahun lepas tidak sama sekali sama dengan apa yang ada sekarang. Bagi saya yang saban waktu melihat perkembangannya – Rawang bagi saya merupakan salah satu dari bandar yang paling pesat membangun – secara exponential – .

Perubahan landskap pembangunan pesat Rawang – banyak bagi kesan pada penduduk kat sekitar. Sesak dan jalan jem dah seakan akan sinonim dengannya. Malahan saya – seboleh mungkin elakkan diri dari lalu ataupun berurusan di Rawang – unless memang betul betul kes yang tidak dapat dielakkan. Pembangunan gak kasi beberapa faedah – antaranya yang paling ketara ( bagi saya ) adalah McD hahaha. Saya masih ingat masa hari pertama McD Rawang dibuka – beratur dari depan kaunter hingga ke parking lot !

Kedai kedai lain banyak di buka – kawan kawan yang nak cari sport rim untuk kereta – fear not – kat Rawang ni memang bersepah kedai tayar / sport rim. Walaupun saya tak pernah tukar – namun dari pada info kawan kawan – memang a good bargain lah harga sport rim kat sini. Lagi satu yang macam cendawan banyaknya :

Along. Peminjam wang berlesen (?) – almost every block of building memang ada je. Dan most dinding, pondok telefon, pagar sementara – tertera dan tertampal bermacam sticker iklan Along ( or Ah Long?). Bijak diri – kawal perbelanjaan dan kita tidak perlu jumpa depa ni.

Jalan Welman Rawang – kalau tak salah saya pernah disenaraikan dalam list sebagai salah satu jalan raya yang paling susah nak dilintas di Malaysia ! Sekitar nya ada banyak kedai kedai yang jual pelbagai barang khusus untuk orang India – so bila mana Deepavali nak bermula – kat sini lah akan meriah😉  So colourful.

Di belakang Jalan Welman – terletaknya Stesen KTM Rawang – dan kalau jalan kaki sikit lagi – jumpa kita pulak dengan Pawagam SUN ( at Lorong Taiping) – yang mostly tayangkan cerita Tamil .

Kawan kawan yang saya hormati – saya dah almost 9 years di Rawang – but kalau tak kerana cinta saya pada dunia fotografi – saya rasa saya takkan peduli apa yang ada di celah celah jalan / lorong kat Bandar Rawang. Pagi Sabtu lepas – saya dan kawan saya sedang minum minum di McD Rawang – sepanjang masa dok melepak di situ , kami tidak dapat idea lagi kat mana nak jalan jalan amek gambar ( mini outing). Sehinggalah it struck me right to the heart : Why not Rawang ?

So, tanpa dirancang – saya dan kawan saya Wan Faizal http://lensasimerah.wordpress.com pun ambil camera dari kereta masing masing – berpakat untuk layan street photography di celah celah jalan bandar kami – only equipped with 5o mm f/1.8 sahaja . Saja tidak bawak lense lain – sebab saya sangat sangat kagum dan mencemburui street photographer dunia yang just fit 20 mm, 35 mm je tapi gambar gambar yang depa ambik – masyaAllah – fantastik !

Berjalan di celah celah Rawang sambil mengambil gambar banyak menyedarkan kita – some of the beautiful things in life just sitting there – waiting to be discovered. Dan selalunya kita lupa tengok tempat tempat yang dekat dengan hidup kita – tempat kita sendiri. Street photo memungkinkan saya ‘freeze’ kan moment moment – riak muka- atmosphere – human interaction – peluh – penat mencari rezeki sebagai foto yang boleh ditengok berulang kali.

Membuatkan saya bersyukur – ketika saya terniat untuk upgrade kereta – ada lagi yang saya tengok si bapa yang dukung 2-3 anak jalan kaki tengah panas lintas jalan sibuk untuk ke sana sini membeli barang keperluan harian.

Dan ada lagi yang masih mengemis duduk di kaki lima.

Orang orang tua yang termenung di gerai gerak sambil cungkil gigi – teringat anak yang sudah lama tak singgah kunjung dia maybe ?

Ada lagi uncle yang baca newspaper pakai kanta pembesar .

Ada orang yang top up handphonenya sebanyak rm2 je.

Ada lagi untie Cina yang gigih masak dan bukak gerai – walaupun umurnya pada perkiraan saya almost 80 years old.

Muka ceria sorang budak bila bapa nya bawak dia beli VCD kartun ( yang jual lambak sebab kartun lama) – dan dia cium pipi bapanya sebab too happy and overwhelmed.

Ada pekedai yang hari hari kasi makan pada burung burung merpati depan kedainya – sambil tersenyum –

Semua drama ini ( dan banyak lagi) saya dapat tengok sepanjang tempoh 1 jam lebih jalan kaki menelusuri Bandar Rawang.

Kawan kawan – this is Rawang – maybe gambar tak cantek – buat dengan membuat street outing di Rawang – i get more than just pictures.

I get to appreciate LIFE.

So kawan kawan – itu lah Rawang saya😉

Sekian – jumpa lagi !

9 responses

  1. Mantap. Tidak dinafikan… Memang mantap. Now I got the idea how to take a street photo.

    October 30, 2011 at 13:49

    • alhamdulillah – next time kita leh set try sama sama – kat kuala kubu town pun mari gak tu – haha

      October 31, 2011 at 17:45

  2. nakia

    mamu memang hebat la..:)

    October 30, 2011 at 16:04

  3. tak cantik apebendanya…cantik sangat..kagum.
    memang suka tgk gambar ‘live’ macam ni.

    October 30, 2011 at 23:53

    • alhamdulillah – gambar gambar ni kat mana mana pun leh amek sebenarnya😉 cuma masa amik gambar burung tu hampir hampir kena ‘bom’ kat kepala sebab asyik dok dongak atas je hahaha

      October 31, 2011 at 17:49

  4. i like the photo of “achi” badan besar in sari main sms tepi dinding, excellent – tak takut kena belasah ke???

    October 31, 2011 at 14:21

    • hahaha takut gak bos – one of street photographer’s main technique is = shoot from the hip . tak perlu tengok pada viewfinder – shot pastu cecepat belah hahaha – sambil camera tergantung . Time tu set pada high speed shooting😉 – but lain orang lain caranya😉

      October 31, 2011 at 17:47

  5. how about teh tarik session esok ptg

    October 31, 2011 at 14:31

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s