Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

KLCC in Black & White

Salam kawan kawan , selamat menghargai weekend😉

Jarang sekali wife saya mendapat cuti pada hujung minggu – kekadang tu dalam sebulan hanya sekali dua dapat off during weekend. Pada hari minggu lainnya memang kena bertugas.

Jadi apabila cuti – kerapkali kami merancang untuk ke sana sini – walaupun dekat namun yang penting sejauh mana kami dapat memaksimakan masa yang ada . Kekadang tu hanya lepak di kedai kopi – atau jalan jalan ke restoran baru yang belum pernah kami sampai – atau membuat mende mende yang tidak pernah dicuba sebelum ini ( contohnya jatuh berguling di atas ice sewaktu mencuba ice skating di Sunway Pyramid beberapa minggu lepas).

This week , jumaat malam saya ajak dia pi melepak di KLCC. Tidak ada apa yang nak dibeli – hanya lepak spend masa bersama sembang sembang dan tengok wayang ( The Three Musketeers) . Kali ini , sebelum tengok wayang , kami beratur dulu di depan kaunter Untie Anne’s membeli pretzel breadnya yang bersalut cokelat cair (sorang satu) dan tapau juga Lemonade nya yang sangat sedap tu – once dah dapat, kami pi melepak tepi fountain kolam air pancut di depan KLCC.

Memang ramai orang di situ – saya percaya – if kawan kawan pergi pun hampir tiap masa ada orang di situ baik orang tempatan or warga pelancong . Berkelip kelip mata saya bila tengah makan di situ dek banyaknya camera dan flash yang berkelipan di keliling saya🙂 Dari semahal mahal camera DSLR sehinggalah ke camera phone – saya rasa KLCC ialah antara the most photographed building di Malaysia.

Dan saya pun tidak mahu ketinggalan – my trusted D90 kena tinggal kat rumah time tu – maka apa yang ada digunakan sebaiknya :

20111008-013431.jpg

Ya kawan kawan – SELAMAT BERHUJUNG MINGGU !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s