Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Gigih

Salam kawan kawan🙂

Tiap tiap isnin dan juga jumaat – berhampiran dengan rumah saya akan ada pasar malam. Macam macam ada kat pasar malam tu – walaupun tidak seluas mana – namun setakat nak mencari juadah makan malam tu memang no problem🙂

Saya dilahirkan di dalam keluarga yang majoritinya kerja makan gaji. Tidak ramai dari kami yang berniaga – berbeza dengan family isteri saya – berniaga itu antara warisan tradisi keluarga sehingga sekarang.

Saya percaya – apa saja yang Allah kasi saya tengok dengan dua mata saya ini – adalah untuk saya tengok – belajar- insaf-syukur-ambil pengajaran. Tidak perlu kita pertikai mana yang lebih baik – makan gaji atau kerja sendiri – yg pasti asal halal caranya – kedua duanya ada harga di sisi Allah🙂

20110927-054019.jpg

Saya ada hilangkan kunci rumah last week . Jadi Isnin lepas saya pun jumpa dengan tukang kunci di tapak pasar malam untuk duplicate kunci. Sementara menunggu – sempat gak saya amik kesempatan snap gambar dia yang gigih buat kerja. Dalam hati tertanya – berapa RM dia dapat malam ni ? – cukup ke untuk dia sara keluarga ? – wife dia tak marah ke dia kerja sampai lewat malam ? dan banyak lagi.

Namun bila fikir balik – kat situ yang saya silap. Silap kerna saya anggap dia – tukang kunci yg cool dan
sentiasa senyum tu hidupnya sama seperti saya. Tiap kita ada perjalanan hidup masing masing – digarap rapi oleh Qada & Qadar . Apa yg menjadi masalah dalam hidup saya – mungkin satu rahmat pada orang lain – begitu
jua sebaliknya:) Rezeki ada di mana mana – dan saya percaya rezeki bukan disukat dengan total nilai RM. Rezeki itu terlalu luas dan subjektif – dan sangat sempit fikiran saya jika anggap rezeki = duit.

Saya doakan semua kita sentiasa murah rezeki masing masing – dan saya harap saya tidak lupa bersyukur atas kurnia Tuhan pada saya.

Alhamdulillah.

2 responses

  1. sude

    Bila nak upload yg dari kelab kude tu….???
    Waiting… waiting… waiting…

    September 29, 2011 at 14:15

    • sude ! dah update ! hihi

      October 6, 2011 at 22:56

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s