Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Aroma Ikan Bakar : Berbuka Puasa

Salam kawan kawan

Bulan puasa dah masuk almost half time dah. Another half time – Aidilfitri bakal menjengah InsyaAllah.

Saban hari berbuka puasa di rumah – menikmati juadah berbuka yang disediakan oleh family memang best. On the way saya balik keje, saya sempat singgah di beberapa gerai yang menjual kuih mueh untuk dijadikan aksesori tambahan semasa berbuka puasa. Saya pernah hanya sekali sahaja ke Bazaar Ramadhan kat Bandar Tasek Puteri ni, tapi – huh.

Ramai gile orang. Susah nak parking. So sekali pergi sahaja dah mencukupi.

Hujung minggu lepas saya dan isteri membawa family untuk pergi berbuka di Aroma Ikan Bakar , restoran ikan bakar tersohor yang terletak di Pantai Jeram Kuala Selangor. Even Aroma pun ada depa punya Facebook fan page : http://www.facebook.com/pages/Aroma-Ikan-Bakar/271179043711?sk=info . Bergerak dari Bandar Tasek Puteri perjalanan hanya mengambil masa kira kira setengah jam sahaja ikut jalan lama.

petaSampai tu awal gak – namun dah banyak kereta dan orang mula berbondong bondong masuk ke dalam restoran walaupun time tu baru dalam pukul 6.10pm. Saya terus ke meja tempahan – bimbang takut takut semua meja habis dibooking kerana hari tu hari minggu. Syukur Alhamdulillah ada lagi meja kosong . Lepas secure meja – saya menyerahkan tugas memilih menu dan ikan kepada 2 orang yang paling pakar dalam keluarga : my wife and her mother.

combo1combo2  Menu – semua segar segar belaka : Ikan siakap masak stim – tomyam ketam – ikan pari bakar – udang segar masak mentega (butter prawn) – sotong goreng tepung yang crunchy – lala – nasik – jus tembikai – telur bistik ayam – cukup untuk 5 orang !

combo3 Shah – my wife’s cousin pun join bukak posa pada hari tu – dan it’s true – dimana ada ikan disitu akan ada kucing !

combo4land14 Disebabkan semua dah secure order – jam baru tunjuk pukul 6.35pm. Kalau tunggu depan meja nanti jenuh pulak nak mengelap air liur yang menitik tengok ikan fresh yang terhidang – so saya ajak wife jenjalan kat pantai berhadapan dengan restoran. Tetamu tetamu lain pun sama gak – sama sama melepak kat tepi pantai – surut time tu – sambil tunggu masuk waktu maghrib.

land3land4land2land5 Permandangan tak le cantik sangat – namun udara cukup segar dan angin agak kuat

land6combo6

land7 combo7land8land12combo5Bahagian depan berhampiran pantai pula sedang mengalami proses renovasi – struktur bangunan diperbuat dari buluh – saya pasti ia akan cantik bila dah siap nanti.

land10land11combo8combo9combo10combo11 Setakat tu saja sempat saya amek gambar – sebab bila dah mula makan – memang tak leh nak stop dah hihi.

Harga untuk kesemua makanan memang sangat berpatutan, masakannya sangat fresh dan sedap ! Layanan pun memuaskan walaupun time nak berbuka tu memang ratusan orang kat dalam restoran tu. Surau yang selesa dan agak besar pun disediakan dan parking kereta saya rasa mencukupi – siap ada orang tolong arrangkan parking lagi.

Saya berpuas hati ( dan kenyang)

InsyaAllah, kan ketemu lagi – saya nak bawak family saya dari Penang lak makan kat sini.

Alhamdulillah.

Salam !

6 responses

  1. Macam menarik tempat nie.Boleh bawa keluarga jalan-jalan cari makan nanti

    August 14, 2011 at 07:11

    • salam, tempat ni memang menarik🙂 yang best nya ikannya fresh dan harganya sangatlah berpatutuan – sesuai sangat bawak family jenjalan😉

      August 14, 2011 at 23:26

  2. adushhh menggoda nye, xleh tahan kalau bab bab bakoo ni kita bakooo je
    huhu
    nice photos too

    August 14, 2011 at 15:14

    • tq sis🙂 bakoo bakoo dia memang superb – !

      August 14, 2011 at 23:27

  3. zalifa

    aroma ikan bakar pantai jeram mmg best sgt2.sy da byk kali pergi mkn.ada sekali sy bt re union skolah tingkatan 5.mmg murah,sedap.kaw. kampung sunyi je..tepi pntai…

    March 5, 2012 at 23:13

    • Terima kasih zalifa😉
      yes you are rite ! Harga kat situ memang sangat berbaloi dengan makanan yang ada kat situ .. sesuai sangat buat apa apa majlis sebab besar dan luas gile ! Angin lak menderu deru hehe.
      Terima kasih melawat Fotomamu😉

      March 6, 2012 at 21:50

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s