Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Pro Trainer di Nikonian Academy

Salam kawan kawan,

Telah pun saya pernah cheritakan sikit sebanyak pengalaman saya mula untuk belajar selok belok dunia photography bermula dari tahun lepas, walaupun pada hakikatnya minat saya telahpun mula mekar sejak tahun 2006 lagi. Pencarian saya untuk mempelajari ilmu telahpun menemukan saya akan kepada Nikonian Academy – satu akademi fotografi yang terletak di Kota Damansara.

Terdapat sangat banyak kelas kelas yang ditawarkan di sini – bermula daripada kelas yang paling popular iaitu Basic To Intermediate Class kepada kelas kelas yang lebih advanced. Saya masih ingat lagi masa mula mula start dengan kelas Basic To Intermediate pada 20 November 2010. Selepas itu, kelas demi kelas saya ikuti sehinggalah saya percaya gambar yang saya ambil makin improve jika dibandingkan sebelum saya mula masuk ke kelas.

Kawan kawan boleh refer di sini http://www.nikonian.com.my/ untuk cerita terkini mengenai Nikonian Academy dan di sini http://www.nikonian.com.my/default.asp?contentID=883 untuk senarai mata pelajaran dan kelas kelas yang ditawarkan. Kelas kelas disini jugak menitikberatkan seisi praktikal photoshoot dimana kami belajar untuk shoot dengan menggunakan model dan props yang disediakan.

Masa makin berlalu dan setiap masa kami antara murid dan akademy saling berhubung dan saling mengupdate antara satu sama lain mostly dengan mengunakan perantaraan Facebook untuk tag gambar, give comments dan sebagainya.

Pada awal bulan lepas saya dan kawan saya Wan Faizal menerima panggilan telefon daripada Director Nikonian Academy, Sifu Andrew Boey menawarkan kepada kami untuk menjadi Pro Trainer untuk berkhidmat secara part time dengan Nikonian Academy.

Alhamdulillah😉

Jadi tugas kami bermula sebagai Assistant Trainer di academy – membantu Lead Trainer untuk mengajar dan membantu membentuk kepahaman yang lebih jelas kepada para peserta di dalam kelas kelas yang diadakan di sana.

Baru baru ni ( lama la jugak) saya dan Wan menjadi trainer di dalam kelas Basic To Intermediate yang diadakan pada 16 Julai 2011. Berikut adalah antara gambar gambar yang sempat kami amek masa dalam kelas. Kami dapat ramai kawan baru !!!😉

combo1combo3  Sifu Andrew Boey tanpa jemu sedang mengajar para peserta pada hari tu

combo4combo5combo7Gelagat peserta-peserta yang hadir

combo6combo2    Model : George Ng – ini je antara gambar yang sempat saya sendiri ambil .

combo8Class Foto !! ( Wan yang amek gambar ini)

Dengan mengajar – saya dapat banyak ilmu jugak secara tak disedari.

Jom la datang ke Nikonian Academy – mana tau, kita boleh berjumpa di sana😉

Alhamdulillah.

TQ !

4 responses

  1. khairil

    Salam mamu,
    Kawan aku dh jadi trainer dh la ni… Lps ni blh la ajaq aku lak…

    August 21, 2011 at 22:43

    • khairil bro – alhamdulillah – ilmu untuk dikongsi😉 nanti leh lepak teh tarik kat mana mana lepas raya😉

      August 22, 2011 at 11:11

  2. khairil

    No worries… Raya blk mn…?

    August 22, 2011 at 22:31

    • insyaAllah – balik johor bro.
      nanti kita set

      August 23, 2011 at 16:41

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s