Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Tahniah Kapt. (Dr) Nur Hidayah – Isteriku :)

Salam sejahtera dan tidak lupa juga salam Ramadhan kepada semua kawan kawan saya🙂

Terima kasih lagi sekali saya ucapkan kerana masih sudi untuk menjenguk ke blog saya ini. Mudah mudahan perhatian dan komen yang kawan kawan kasi semua bisa dapat bikin ini blog menjadi lebih menarik dari posting ke posting yang seterusnya.

Tanggal 30 Julai 2011 saya membawa ibu mertuaku untuk sama sama menyaksikan Istiadat Pengurniaan Watikah Tauliah yang diadakan di Kem Sungai Besi – khas untuk isteri saya dan kawan kawan seperjuangannya. Cuaca mendung sepanjang hari bermula pagi – menyaksikan hujan juga turun pada awal pagi itu membasahi padang kawad. Kami terus sahaja masuk ke dalam Dewan Tun Templer berhampiran dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Royal Military College (RMC) kerana di situ lah akan berlansung istiadat yang penuh gilang gemilang itu.

Tetamu diraja pada hari itu adalah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang sendiri menyampaikan kesemua watikah pentauliahan kepada semua yang terlibat pada hari itu.

Saya sampai awal – semangat gile menyaksikan isteri saya mendapat watikah pentauliahannya. Mencari cari tempat strategik untuk mengambil gambar – saya terpaksa mencari tempat yang paling strategik kerana bilamasa sahaja majlis istiadat bermula – memang dilarang mengambil foto dan bangun dari tempat duduk pun. Setelah berkira kira dapatlah adanya tempat duduk yang strategik itu- maka saya dengan keterbatasan kit lense dan 50mm  yang ada tu pun mulalah amek gambar apa sahaja yang sempat🙂

Berikut adalah antara gambar gambar yang diamik (mostly dalam keadaan tak leh bergerak dari tempat duduk) hihi

combo1

land5 land3 combo2combo3 combo4combo5land7 combo6combo7land8 combo8combo9combo10

land9 combo11combo12land10 land11 combo13combo14combo15land12 combo16combo17combo18

combo19land13 land14 Itu sahaja yang sempat saya ambil pada hari itu.

Kepada isteri dan kawan kawan saya – saya ucapkan berbanyak tahniah dan selamat meneruskan perjuangan untuk menjaga Malaysia – tanah tumpah darah kita semua.

Assalamualaikum.

8 responses

  1. Sallutte kepada kedua Kapten dan suami….tahniah sekali lagi……..dalam keadaan pergerakan yang terhad masih dapat menghasilkan gambar-2 yang penuh makna.

    July 31, 2011 at 14:42

    • salam saudara rodzi , terima kaseh kerana sudi menjenguk ke blog saya ini.
      Alhamdulillah – itu juga kurnia dari Allah😉
      Salam Ramadhan untuk saudara Rodzi sekeluarga – and teruskan memetik shutter !😉

      August 1, 2011 at 00:21

  2. reehan

    tahniah……

    August 1, 2011 at 11:06

    • alhamdulillah – tq reehan

      August 2, 2011 at 01:06

  3. ikamuizz

    canteknya gambar2 abg yan amik!!
    tq very much!
    I LIKE !!😉

    August 1, 2011 at 12:39

    • alhamdulillah – tq tiqah !😉

      August 2, 2011 at 01:07

  4. shahrul idaham

    very nice moment!!tahniah utk isteri n bro faz..gmbr2 mmg cntek slalu..slamat berpuasa! =p

    August 5, 2011 at 02:03

    • salam shahrul – tq again for visiting bro😉
      Alhamdulillah😉
      Selamat sambut ramadhan untuk bro sekeluarga jugak😉

      August 5, 2011 at 04:24

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s