Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Selamat Hari Pahlawan 2011

salam semua !

Pagi tadi saya dan keluarga bersama sama menyaksikan isteri saya menerima watikah pentauliahan sebagai seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia🙂

Saya akan buat satu entry khas untuk peristiwa itu InsyaAllah dalam 2-3 hari lagi.

Esok, 31 Julai adalah Hari Pahlawan Malaysia – saya petik dari Wikipedia untuk sama sama kita kongsi tentang apa itu Hari Pahlawan :

Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai. Pelbagai acara diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Sempena Hari Pahlawan, acara letak kalungan bunga oleh pemimpin negara iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri serta ketua pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ketiga-tiga cabangnya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bertafakur selama seminit di hadapan Tugu Negara berhampiran Panggung Aniversari, Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Acara tradisi ketenteraan tiupan “Last Post” dan “Rouse” serta deklamasi sajak juga dilakukan di hadapan tugu. Acara-acara keagamaan seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya juga diadakan di Masjid Negara.

Hari ini, adik ipar saya datang membawa anak saudara saya si Danish melawat neneknya di Rawang🙂 Almost 3 bulan tak jumpa dia – dan Alhamdulillah dia membesar ngan sehat hihi.

Jadi, sempena Hari Pahlawan 2011 esok , ini saya sertwkan satu posing tabik hormat dari Danish (waktu dia tido) hihi

20110730-102539.jpg

Selamat Hari Pahlawan pada wira negara !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s