Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Pulau Tioman Family Retreat ( Part 1)

Salam semua kawan kawan😉

Hari hari bekerja . Kalau cuti ujung minggu pun kekadang call ada gak yang masuk. Kerja seakan akan tak pernah habis. Habis satu kerja, maka datang lagi 3-4 kerja pula yang diamanahkan untuk diselesaikan. End of the day, badan dan minda akan wore out – haus – and exhausted. Balik rumah – tidor – then esok pagi kena lagi pi kerja. Dan ulang dan ulang. Fuh.

Maka dari masa ke semasa selagi ada kesempatan yang timbul saya dan keluarga akan cuba mencuri masa di celah celah kesibukan untuk mencipta memori menenangkan fikiran dengan bercuti. Saya dan isteri hampir saban tahun akan spend masa bercuti di pulau pulau peranginan di serata Malaysia tercinta ni. Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor , Pulau Pinang semua dah pun diteroka – kali ni kami nak ke Pulau Tioman plak. Last 10 years saya dan kawan kawan se-UTM pernah sampai di sana – dan kali ini saya kembali lagi.

Perjalanan dari Rawang ke Mersing memang jauh. Lalu ikut PLUS highway – exit Ayer Hitam melalui Kluang. Jalan yang berliku liku diharung jua – Alhamdulillah Mama yang pernah duduk di Kluang teringatkan satu jalan short cut di Kahang melalui Felda Nitar terus ke Bandar Mersing. Dapat la jimat dalam 30-40 kilometer dan jalannya chantek dan straight sahaja.

Sebelum itu saya dahpun mengkompomkan pakej percutian yang diambil secara direct dengan Panuba Inn http://www.panubainn.com/  yang dirasa sangat berbaloi RM335 seorang untuk penginapan 3 Hari 2 Malam merangkumi Boat Trip Mersing-Tioman-Mersing, Penginapan, Breakpes-Lunch-Dinner(BBQ) , Snorkeling Trip.

Memang berbaloi lah ini package. Panuba Inn mempunyai pantainya yang tersendiri terasing dari pantai pantai yang lain (private beach).  Semasa kehadiran kami di situ- Panuba Inn penuh dengan warga asing yang berchuti. Panuba Inn secara totalnya adalah satu resort yang unik kerana konsep bilik penginapannya yang semuanya mengadap laut dan bertingkat tingat. Walaupun biliknya tak seselesa yang diharapkan namun cukup untuk tido lena dan dengar bunyi ombak menghempas pantai semasa nak pejam mata nak tido. Balkoni view bilik kami ( Super Durian) sangatlah mengkagumkan.

Di sini saya kongsikan beberapa gambar kami😉

Enjoy –

combo2 combo1combo3DSC_0269combo5 combo6 combo7combo8DSC_0166DSC_0326combo9 combo4 combo10combo12 combo18 combo20 Bagi seorang yang sangat minat photography macam saya ni – ini tempat is like heaven on earth !

More pictures to come in Part 2 !

Jom pi bercuti😉

Salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s