Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Lumut sahaja-tak sempat ke Pangkor ;) Part Two !

Salam semua kawan kawan.

Sambungan dari entry Lumut saya yang lepas 😉

Malam tu memang saya dan isteri tak kemana mana – hanya lepak sahaja di kawasan sekitar resort sambil ada upacara penyampaian hadiah, karaoke dan makan makan. Dapat lah jugak saya duduk dan berkenalan dengan kawan kawan se-department isteri saya sambil menjamu selera – sempat gak tukar tukar address Facebook dengan depa hahaha.

Perkhidmatan Wifi di lobi resort tu memang laju tahap cipan ekor terbakar lari cari sungai . Sayangnya access percuma Wi Fi hanya di Lobi, tidak sampai ke bilik kami yang terletak di tingkat 4 resort tu.

Esoknya seawal pagi – setelah brekpes saya dan isteri pun mula nak bertolak balik – dan alang alang dah kat situ, saya mengajak isteri untuk melepak sebentar berjalan mencari keropok ikan satay yang legend kat situ di samping beberapa ole ole lain untuk dibawa pulang ke Rawang.

combo11 Macam macam ada dijual di area berhampiran dengan Lumut Waterfront tu. Selain dari makanan – kain baju bertemakan pantai dan santai jugak di jual secara berleluasa di sana.

combo12 Saya jugak rasa sangat selesa – kerana sepanjang pengamatan saya  – Bandar Lumut sangat bersih !

DSC_4632 DSC_4636 Terminal Jeti @ 1000 Hrs – perasan tak takde orang sangat ?

DSC_4667 DSC_4653

DSC_4673  Setelah berjalan sebentar di Lumut – saya bergegas mengajak isteri untuk kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Teluk Intan. Sejak dari kecik lagi saya mendengar ke’femes’an Menara Condong Teluk Intan, namun sehingga lah usia saya menjengah 33 tahun July depan ni saya tidak bisa lagi tengok dengan mata kepala saya sendiri. Alang alang dah dekat , kami zaaasssss terus ke Teluk Intan !

DSC_4691DSC_4696 Ditengah tengah matahari yang sedang terik membakar tu saya menyaksikannya – terletaknya betul betul di tengah bandar – dan memang ! memang ianya condong !

DSC_4698

combo13

Niat di hati memang nak panjat naek ke atas menara tu, namun time kami pi sana – TUTUP UNTUK TUJUAN PENYELENGARAAN. Adusss.

DSC_4701 Betul betul kat tepi Menara Condong tu ada satu papan informasi menceritakan sedikit sebanyak mengenai sejarah Menara Condong Teluk Intan ni. By the way, perasan tak dia punya tulisan pun ‘ condong’ ?? Hehehe.

combo14 Setelah spend masa lebey kurang 30 min di sekitar Menara tu, kami pun bergerak pulang. Melalui jalan lama Sabak Bernam-Tanjung Karang-Kuala Selangor-Exit Bukut Tagar-PLUS-Bukit Beruntung. kami terserempak dengan kemalangan maut yang mengorbankan 3 nyawa – boleh baca dalam entry saya yang lepas. Alhamdulillah, sampai di Bukit Beruntung jam 5 dan kerana masih awal lagi – kami bawak kereta kami ‘mandi’ setelah dia sakan berjalan seminggu dua ni.

DSC_4731 Alhamdulillah.

Jumpa lagi ya kawan kawan.

2 responses

  1. cantik menara condong tu lam gambar :p

    June 27, 2011 at 15:08

    • ambry/zalina – tu la pasai.. mcm antik . tapi tak leh nak naek ke atas time tu sebab tutup time penyelenggaraan. Dengar kata drpd orang yang pernah masuk dalam tu ada macam macam lagi item ( dan mende untuk di amek gambarnya) haha

      June 28, 2011 at 00:13

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s