Don’t shoot what it looks like. Shoot what it feels like. – David Alan Harvey

Light Crafting !

Salam kawan kawan,

Genuinely, saya masih mendefinisikan yang saya ini ‘natural light’ photographer. Mengambil kuasa cahaya dan memanipulasi arah pancaran matahari adalah asas kepada kebanyakan gambar gambar yang saya rakam selama ini. Dan saya rasa sangat selesa untuk bermain dengan ‘ available light’. Bagi saya, kombinasi prime lense 50mm f/1.8 dan ‘avalaible light’ sangat mendesak saya untuk bergerak ke sana sini mencari alternatif lain untuk membuka dimensi dimensi baru dalam stail saya membuat komposisi gambar. Tapi tak mengapa, kerana hasil nya agak lumayan ( bagi saya)😉

Namun , di zaman sekarang, bila saya bukak2 and belek2 Flickr, tertarik hati jugak melihat kawan kawan yang lain mencurahkan kreativiti masing masing melalui permainan cahaya – yakni penggunaan flash. Wahhh memang menarik.

Actually saya dan kawan saya Wan Faizal, kami telah pun membeli beberapa peralatan basic untuk ‘permainan cahaya’ ni. Namun, disebabkan oleh waktu kerja yang sangat sibuk schedulenya, tak ter’test’ lagi beberapa teori yang selama ni di pelajari.

Jadi, last week , kami berusaha keras untuk mencilokkan sisa sisa masa yang ada untuk bertapa dan mencoba dan mencoba beberapa kaedah pencahayaan yang selama ini sangat kurang applikasi praktikalnya.

Taman Tasik Titiwangsa + Wan Faizal + Mr Dwen + Flash Nissin Di622 Mark 2 seketul  + 5 in 1 reflector + umbrella set lengkap dengan stand and apa semua swivel head + Nikon D90 + kit lense 18-105mm + Mamu + perut yang lapar.

So di bawah ni saya akan kongsikan hasil dan ulasan teknik teknik yang digunakan oleh kami yang baru nak belajar pakai flash ni😉

Gambar #1 : Dengan meletakkan ‘model of the year’ Wan Faizal membelakangi matahari – saya terus amek shot ini. Saya menggunakan kaedah ‘Spot Metering’ kerana if saya guna ‘matrix’ rasanya gambar yang terhasil akan jadi gambar Silhouette. Metering saya pada pipi Wan dengan menggunakan Manual Exposure. Bila gambar dirakam – hasilnya sangat mencemaskan. Muka model nampak banyak bayangnya dan gelap.

DSC_0009  Gambar #2 Kiri – saya meletakkan reflector berwarna perak 45 darjah dari Wan. Perhatikan serta merta gambar akan improve – dan kulit muka nampak lebih natural kalernya.

Gambar #2 Kanan – penggunaan reflector berwarna emas pula. Moralnya, penggunaan reflector bagi saya dapat give fill light pada muka yang agak terlindung kerana sinaran matahari dari belakang Wan.

Gambar #3 Bawah – still on reflector kaler gold. Actually saya tak dapat nak buat decision samada untuk Wan ni penggunaan warna perak or gold yang lebeh sesuai. Apa pendapat kawan kawan ?

combo1

DSC_0016

Ok, Reflector dah guna – dah dapat idea dah sikt sebanyak tentang kesan penggunaannya.

Gambar #4 : Reflector simpan sekejap, amek flash pasang di stand  dan KLIK! Perhatikan penggunaan flash yang agak tinggi powernya ketika tu dan anglenya yang agak direct memberi kesan harsh shadows pada tengkok Wan.

DSC_0024 Gambar #5, 6 dan 7 : Niat di hati target hari ni saya mahukan gambar potrait Wan yang penggunaan flash nya dapat membalancekan antara ‘ artificial light’ dan ‘ambient light’. Saya cuba lagi setting nya kali ni dengan modify sikit kuasa dari flash gun yang digunakan – light modifier umbrella ( kaedah reverse umbrella) dan kali ini saya saja saja try letak sekali dengan Reflector Silver ( Gambar Kiri) dan Reflector Gold ( Gambar Kanan). Hmmm kali ini saya rasa saya suka gabungan kesan Reverse Umbrella + Gold Reflector ni. Gambar gambar lepas ni semua pakai kombinasi ni sebab saya rasa tona warna kulit muka Wan lebih natural .

combo2 DSC_0050 combo3 Peringatan lagi sekali – semua gambar gambar ini diambil dengan position Wan membelakangi matahari😉 Saya rasa kali ni saya dapat balance antara ambient light dan  artificial light.

DSC_0054 Mr Dwen = Gold Reflector + Shoot-trough umbrella technique.

DSC_0056 DSC_0057The Making Of :  Wan dan Mr Dwen sedang berkerjasama di tengah tengah panas terik mentari.

Gambar last :  Sebelum balik , saya menguji plak teori teori lain dimana :

    1. Aperture mengawal  terang/gelap subjek.
    2. Shutter speed mengawal terang/gelap backgroud subject.

combo4 Gambar Kiri nilai shutter nya < nilai shutter gambar kanan.

Itulah catatan sikit sebanyak mengenai eksperimen eksperimen yang kami buat tempoh hari. Lepas ni dah boleh try dah untuk improve composition dan cubaan memasukkan element art (chewah) dalam shot.

Hmm. Best gak pakai artificial light ni.

Jumpa lagi kawan kawan.

Alhamdulillah.

2 responses

  1. suDe

    Best bro….
    lama tak layan kome punya blog ni…
    Bila dh start pakai reflector + umbrella, rasa dah….. berenti jer dari P2 tu…
    salute you guys….

    June 25, 2011 at 05:15

    • hahaha suDe, mana leh berenti .. banyak lagi nak kena eksperimento lagi ni – bila lagi kita nak lepak sekali shooting bro? jom a

      June 26, 2011 at 00:22

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s